Dah Jadi Anak Dara
Tadi jalan-jalan kat rumah kawan-kawan. Terbaca info tentang haid kat rumah CHE MID.Tersenyum sendirian mengenangkan kekecohan yang berlaku kat rumah awal pagi tadi. Memang melemahkan hati mak betul. Bapak pulak cool sahaja.
Sarapan pagi hari ini sarapan ekpress sahaja. Milo sorang satu mug dan gorengan golden crab ball cicah sos. Tak sempat nak berkuih-kuih pagi ini. Trend sarapan anak sudah berubah sekarang dari menu berat pada hari sekolah kepada menu ringan seperti kuih dan roti sahaja. Menu berat cuma pada hari minggu sahaja. Sekarang mak terpaksa merajinkan diri memasak kuih paling tidak cekodok ikan bilis.
Habis makan kakak bangun cuci tangan. Baru je berpusing adik menjerit.
"Kakak apa tu kat baju kakak. Merah-merah"
"Apa nya?" kakak cepat je jawab dengan sedikit berangin.
Mama panik. Cepat-cepat minta kakak pusing belakang. Dalam fikiran memang cepat-cepat katakan mungkin sos yang abang makan tadi tertumpah kat kerusi. Pusing je, rasa nak pitam. Terkejut.
Anak perempuan dah jadi anak dara! Baru umur 10 tahun dah datang bulan. Mama dulu umur 15 tahun baru datang bulan. Cepatnya. Terasa makin tua mama. Tiba-tiba terasa terlalu cepat masa berlalu. Masih terasa peritnya melahirkan kakak dulu.
Cepat-cepat tarik kakak masuk bilik. Buka baju dan kain pergi cuci. Ketuk-ketuk pintu bilik air.
"Abah. Your daughter. 1st day period. Macam mana ni, tak payah pegi sekolahlah ye"
"Tampal-tampal jelah. Tak apanya pergi sekolah. Hari ini Jumaat baik cepat"
Wahhh...selambanya dia suruh tampal-tampal sahaja. Mama yang peningnya. Semua nak kena ajar, paling penting macam mana nak jaga supaya tak bocor kat sekolah nanti. Adik dah jerit-jerit coz kakak lambat. Bapak ke hulu-ke hilir kat dalam rumah entah apa yang dicari. Mama kalangkabut uruskan kakak.
Finally jerit abah. "Boleh tak tolong keluarkan motor untuk hantar anak-anak ke skolah sementara mama nak siapkan kakak". Barulah terkial-kial angkat helmet dan ambik kunci turun ke bawah. Tiba-tiba...
"Yang...Yang.." bapak jerit dari bawah.
"Apanya" mama jerit dari atas.
"Bawak kunci kereta hantar anak pergi sekolah, minyak motor habis. Abah nak tolak motor cari minyak"
Jam dah 7.30 pagi. Berlari mama keluarkan kereta.
Anak-anak bernasib baik coz hari ini hari Jumaat. Masa sampai bacaan Yassin sedang berkumandang di perhimpunan pagi jadi tiada pengawas yang mencatit nama hari ini. Perlahan-lahan adik dan kakak berjalan menyertai perhimpunan sedangkan abang dah pergi dahulu dengan ayah (adik ipar).
Parking kereta dibelakang dalam kepenatan berjalan ke depan tunggu bapak. Jangan harap le dia nak masuk KL dengan kereta pagi-pagi macam ni. Sanggup dia jalan kaki tolak motor cari minyak dari tersangkut dalam kesesakan.
Semput mama. Rasanya belum bersedia untuk menghadapi semua ini tetapi mama tiada pilihan.
Wahhh pengalaman baru ni. Terkejut juga ya? Maklum kira awal juga dari gadis biasa.
BalasPadamNampaknya kenalah ajar sedikit sebanyak. Tapi budak2 sekarang sangat terbuka dan depa mudah saja belajar.
Jangan panik!
skrg tak macam dulu..dulu byk yg dtg P lambat..
BalasPadammgkn faktor pemakanan kot..
kesian akak , tapi tu la kalau saya pun rela tolak motor lagi dari tersangkut ddengan kesakkan.. penat ow
BalasPadamAnak kakak kena pada usia dia 12 tahun. Tapi nasib sekolah agama dia pun dah darjah 6. Dah pandai. Tapi perkara kena kita pantau: -
BalasPadam1. Jaga kebersihan
2. Ajar mandi wajib - kena ajar walau dah tahu
3. Tak boleh tinggal solat lagi
4. Catit tarikh next month bila lagi seminggu nak kena mesti bawa pad walau kemana-mana sekalipun.
Cepat anak Aina kena kan...
10 tahun dah period
BalasPadammemang ramai anak anak dara sekarang period awal, ayong pun 10 tahun
dia selalu tanya sya pasal tu
sebab dia kata ada kawan2 tahun 3 dulu dah period, sya pun lewat masa umur 14 tahun
memang kena ajar anak anak ni kan? dari segi kebersihan lagi penting dan sangat sangat perlu.
takut menunggu si anak dara ber-2 tu ...
Kak Zai perhatikan budak2 sekarang memang cepat datang bulan.Zaman kak Zai dulu umur 15 tahun keatas baru ada.
BalasPadamHa ha kelakar ada, kesian pun ada..masa paling kecoh kan waktu pagi..!
BalasPadamhaha. terasa sunggguh kelam kabut pagi itu.
BalasPadamsaya dulu 12 tahun dtg 1st period.
tapi kalau tgk balik, bebudak zaman sekarang ni mmg makin cepat berbanding budak zaman dulu.
alalalala... kesiannya mama dan ayahnya.. memikirkan anak pempuannya yang dah jadi anak dara.. ehehe
BalasPadamsemoga jadi ibu bapa yang baik utk anak2 ya.. selamat pagi Jun...
PR tak tahu lg pengalaman pertama anak dah dewasa ni. Sbb lambat lg tau....
BalasPadampengalaman kan kak? :D
BalasPadammemang sangat2 terkejut kak azie. tak bersedia langsung nak hadapinya, baru 10 tahun pun. masih bermain pondok2 dan main kejar2.
BalasPadamaetakat ni alhamdulillah. nampak ok tp bab2 lain tu mungkin kena ambil masa supaya dia faham.
Panik tetap panik kak. Pagi tu rasa semput nafas ni hah...nasib baik kena kat rumah.
MDT...budak2 dulu matangnya pun lambat. sampai darjah 6 masih main masak2(pondok2). habis le segala daun dan bunga keliling rumah jadi mangsa.
BalasPadambudak2 sekarang ni terlebih advancenya. mungkin juga faktor pemakanan coz semuanya sekarang segera2 sahaja...kata org ayam nak bg cepat besar cucuk hormon sedangkan itulah makanan kegemaran anak2.
amy...memang kesian...kesian...kesian tp lg kesia kat suami yg terpaksa tolak motor kejalan besar cari minyak kena lintas jln yg sibuk pulak tu.
BalasPadamitulah persamaan sikap k.aina dan suami, memasing tak sanggup duduk dalam jem...
terima kasih atas panduan yang kak zaki beri. insyaallah aina akan ikut semua yang ada dalam senarai.
BalasPadammemang cepat sangat kak sebab tulah aina terkejut sangat.
kasih ibu...
BalasPadamaina memang tak bersedia lagi, memang terkejut sangat. anak ok sahaja coz sebelum ni pun selalu juga cakap2 pasal benda ni pada dia...
mula2 memang terasa letih sangat, nak ingatkan dia tentang penjagaan dan kebersihan terutama bila dia menggunakan bilik air.
kak zai...
BalasPadambudak2 sekarang cepat matangnya, bukan macam kita dulu sampai naik sekolah menengah masih main kejar2 dengan kawan sekampung.
che mid...nasib baik berlaku waktu pagi kat rumah, kalau tak lagi kecoh kalau berlaku kat sekolah. mak terpaksa merempit balik dari KL ke kajang!
BalasPadamGB...pagi tu kak aina naik somput. berpeluh ketiak dia buatnya. bila duduk kat belakang atas motor terasa nak tido...heheheee...
BalasPadamcikgu...
BalasPadambapak cool jerk mama yang berserabut, macam2 nak buat macam2 nak fikir.
insyaallah cikgu doakan yang terbaik buat akak sekeluarga ya...
PR...persediaan tu penting. kak aina tak bersedia langsung tiba2 jadik macam ni melompat mak...
BalasPadam