Menjejak Sejarah di Muzium Negara

11:33 PG JunAina 20 Comments

Masih berkisah sempena cuti perayaan Diwali yang lepas. Anak-anak memang sudah lama teringin sangat hendak pergi ke Muzium Negara, cuma mama sahaja tiada masa melayan kehendak mereka. Telanjur ke Planetarium Negara setereng kereta pun dipusingkan ke Muzium Negara. Boleh sahaja berjalan menuruni anak tangga yang disediakan tetapi kaki sudah memberi amaran keletihan berjalan boleh membuatkan aku menangis. Entah berapa puluh anak tangga yang perlu didaki nanti.

Bayaran masuk hanya Rm2 untuk dewasa dan tiada bayaran dikenakan untuk kanak-kanak, pelancong asing perlu membayar lebih untuk masuk ke sini.

Mempunyai 4 ruang pameran dengan ruang legar di depannya di penuhi dengan pameran ketenteraan (lupa pula apa nama pameran tersebut). Galeri A merupakan Galeri Sejarah Awal, Galeri B pula Galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu, Galeri c menempatkan Galeri Era Kolonial dan Galeri D merupakan Galeri Malaysia Kini. Kami melewati setiap ruang yang ada, menghayati segala artifak yang di pamerkan. Lebih banyak menghabiskan masa di Galeri Kerajaan Melayu. Terlalu banyak yang boleh di pelajari. Tak banyak yang berubah sejak 15 tahun lepas. Hang tuah masih gagah berdiri disitu. Pelaminan nan indah masih utuh di tengah ruang. Susun atur juga tidak banyak yang berubah tetapi ilmu yang anak-anak dapat terlalu mahal harganya.

Di sebalik cermin. Anak-anak diruang legar utama. Pameran ketenteraan yang di penuhi replika ketenteraan.




 
Tertarik dengan susunan bahasanya. Nukilan A.Samad Ahmad.

Mama pun nak berposing juga with only my anak dara.


Ini pula adalah pameran khas. Pameran Khazanah kapal karam. Bayaran berasingan dikenakan dan berada di galeri berasingan juga. Bersebelahan dengan bangunan utama.

Iqbal dan Junior. Bergambar berlatarkan sebuah kapal karam yang dipamerkan di situ. Memang nampak menarik sangat tetapi awas sebelum masuk telah diberi amaran supaya tidak menyentuh barang-barang yg dipamerkan.

Junior sedih. Minta mama belikan kapal kat belakang tu nak buat koleksi....hahahaa...

Sebagai hadiah buat Junior mama ambil gambar dan printkan lekat kat bilik.

Korang ada tiket cam gini? Peace no war...

Antara tempat yang paling pames untuk ambil gambar kat muzium. Dah macam hero Tamillah pulak...



You Might Also Like

20 ulasan:

  1. saya ada 1 gambar lama di dpn kepala keretapi tu..memang klasik :)

    last masuk muzium after form 5 thn 94

    BalasPadam
  2. Entah bila agaknya kakcik nak jejak semula ke Muzium Negara...

    BalasPadam
  3. lama tak masuk muzium, bawa anak2 best kot..

    BalasPadam
  4. sy dok je kt KL tp x penah g pun MN hehehe

    BalasPadam
  5. ha nak gak gi muzium negara... dah lama tak gi... dah dua kali sejak ada anak ni pegi situ..best per...

    BalasPadam
  6. kak, dlm muzium boleh amek gambar ke?

    BalasPadam
  7. Rasanya dah lama benar tak ke MN - nak gak pergi semula

    BalasPadam
  8. MDT...memang klasik, trade mark datang ke muzium.

    kak cik kalau bawak anak2 kecik macam anak2 aina ok, kalau dah besar takut pulak dia org cepat boring.

    BalasPadam
  9. Qhaifa Nur...

    anak2 ni kalau tengok benda baru memang mereka teruja sangat. semua nak tanya dan kadang2 mak pulak naik rimas nak menjawabnya...

    KhaiRin...pertama kali pegi Muzium Negara masa rombongan sekolah rendah, pas tu kawan2 ajak pergi masa umur 21 tahun dan ini kali ke 3 kak aina jejak muzium itupun memenuhi permintaan anak2...

    BalasPadam
  10. Cho Zila...

    cuti umum memang ramai org kat muzium hari tu.

    wahida...boleh tp ada syarat2nya. tertulis hanya sekadar untuk koleksi peribadi bukan untuk komersial...hehehee... Nak lebey2 kena buat surat hantar ke Pengarah Muzium.

    BalasPadam
  11. sonata anak kecil...
    pergi mengimbas kenangan disana?

    BalasPadam
  12. dah berpuluh tahun tak ke sana...

    BalasPadam
  13. Lama tak jejak kaki ke Muzium Negara ni. Kali terakhir masa anak-anak kecik.

    Seronok dapat memenuhi hajat anak2.

    BalasPadam
  14. Amy dah lame x ke muzium negara , seingat amy last pergi masa umur 12 tahun la nir dah 27 tahun dah ha..betapa lamenya x ke sana...

    BalasPadam
  15. uihhh lame bebenor teman x g muzium ni..tp ari2 den lalu sinun psl nk anto bini g kojo..hikhik

    BalasPadam
  16. bagus pi tempat mcm nie..memperkukuh sejarah dikalangan anak-anak2...

    BalasPadam
  17. A Samad Ahmad memang best. Lama Acik tak ke muzium ... :(

    BalasPadam
  18. ada terbaca gak dalam blog sapa ntah pasal pameran tongkang pecah nie. hajat nak pergi hari minggu yang lepas, tapi kebetulan ada hal lain pulak. minggu ni nak balik kampung, mgkn mngu2 yang satu lagi kut

    BalasPadam
  19. Dulu masa kecik2 selalu ke muzium taiping
    masa study kat shah alam, pi muzium shsh alam...muzium negara tak pernah sampai lagi...

    BalasPadam