Menantu Kaya Vs Mertua Miskin
Sepatutnya seorang ibu berbangga bila anaknya telah bertemu jodoh dengan seorang yang kaya. Ternama. Berharta. Ada rupa jugak. Bagi ibu ini sebaliknya. Berborak sambil meluahkan rasa hati yang terselit jauh di sudut hatinya tetapi dia tetap mendoakan kebahagiaan anaknya. Mengizinkan anaknya berkahwin tetapi izin yang berat. Almaklumlah perkahwinan si enggang dan pipit.Mempunyai 9 orang anak. Suaminya baru sahaja kembali mengadap Ilahi sebulan lepas. Mengejut tanpa sakit teruk. Tiga orang telah berkahwin, tiga masih bersekolah dan yang bungsu berumur 12 tahun. Anak yang lain sudah bekerja dan hanya seorang masih menanam anggur kat rumah. Alhamdulillah yang bekerja banyak membantunya tetapi selagi kudrat masih ada si ibu tetap ingin bekerja lagipun tanggungjawabnya masih belum selesai pada 3 anaknya yang masih bersekolah. Untung anak-anaknya tak pernah diajar bermewah. Makan dan pakai tak pernah berkisah.
Anak sulung adalah perempuan lepasan kolej dan bekerja sebagai pegawai bank di ibu negara. Ditakdirkan jodohnya, bertemulah dengan seorang anak Pak Menteri. Kaya-raya. Kerjanya pun bagus juga, pegawai bank seperti anak perempuannya. Bila berkahwin dan mempunyai anak suami meminta anaknya berhenti kerja. Akur dengan kehendak suaminya si anak menjadi suri rumah sepenuh masa, memang dia mampu menanggung keluarganya pun bahkan boleh bermewah walaupun isteri tidak bekerja.
Mula-mula kahwin anak masih bekerja, anak hulur Rm200 menantu pulak akan bagi double Rm400 setiap kali balik. Alhamdulillah rezeki si ibu dan bapa. Bila anak berhenti kerja masih lagi menghulur tetapi duit suami apalah sangat. Sekarang langsung tak ada walaupun anaknya tidur dalam duit tetapi hidup ibunya tetap sebegitu, masih menghuni rumah DBKL. Bekerja pula sebagai tukang cuci. Bukan merendahkan tukang sapu tukang lap tapi mempertikai kenapa si anak menantu jadi sebegitu.
Balik dengan kereta berkilat, menjalar. Tekan suiz keluar tempat simpan kasut, bapa mertua tertinjau-tinjau pelawa masuk pun tidak. Bukan nak merasa bawak cukuplah dapat merasa duduk di kerusi empuknya. Bab makan di rumah mertua jangan cerita, masak mee mesti mangkuk mee berbalut, teko kopi bertutup rapi kalau tak memang dia tak menjamah. Asalnya memang didikan tetapi berbezalah pula tempatnya manakan sama hidangan di banglo bertingkat-tingkat dengan rumah pangsa berpuluh tingkat. Sekarang kalau balik hanyalah anak menantu jauh sekali.
Emak lelaki control semua, takut hartanya habis kepada keluarga besannya pula almaklumlah tidak sama taraf. Sudah tua, berakal pula cuma mungkin tidak cukup ilmu agamanya. Harta yang ada sehingga tujuh keturunan pun makan tak habis masih risau. Si bapak yang bergelar Pak Menteri pula lain caranya, tetamu datang berlari turun berkain peikat pun tak kisah, tetamu dirai seperti sepatutnya apatah lagi yang datang itu besannya pula. Isterinya pula terlebih sudu dari kuah, suami Pak Menteri isteri pula lebih-lebih.
Kini anak mula mengadu dah tak tahan dikawal sebegitu. Suami baik mertuanya pula begitu, sudahnya rumahtangga haru-biru. Cakap lebih-lebih orang gaji pula mengadu, cepat sahaja mem besar mendapat tahu. Lama-lama menantu naik terkedu kisah kat rumah boleh pulak dia tahu bagai ada CCTV atau hantu yang mengadu. Begitulah jadinya kalau kawin tak sekufu!
Ibu pula bersusah hati, anak dan cucu biasa bersenang bermewah. Minta sahaja semuanya dapat. Balik rumah pagar dan pintu dibuka. Makan pula siap berhidang. Baju pula siap bergosok. Bimbang anak dan cucu tak mampu mengharungi kesusahan. Hanya mampu menasihati anak. Bersabarlah dengan kerenah mertuanya. Anak dah tak tahan setakat mengawal boleh mengalah bila main ilmu hitam cukuplah sudah. Isteri menderita suami tersiksa.
Sayang masih ada dihati, ibu pula tak sampai hati. Akhirnya semua bersusah hati. Suami penyayang manakan sanggup melepaskan anak dan isteri. Akhir sekali sabar dan tahanlah hati bertawakkal pada Allah (s.w.t).
Itulah kehidupan dunia hari ini Aina. Bermacam ragam. Ingatan anak masih pada ibu namun apakan daya dah jadi isteri org. Menantu patut kena pandai mengorak langakah bukan setakat mendengar cakap ibu. Kedua-dua ibu harus dijaga bukan sbelah pihak yg kaya saja.
BalasPadamErr .. sebab tu agaknya islam kata kawen biar sekufu .. tp kan kadang2 x kawen ngan anak org kaya pun lupa daratan jugak ... banyak lah ..
BalasPadamsusah nak cakap..sebab itu faktor sekufu perlu diberi perhatian sewajarnya..
BalasPadamp/s: anak menteri mane dia kawen huhuhhhhh
masih ada lg golongan manusia sebegitu..
BalasPadamhuhu..
mentua kalau dah lorat, satu sen pun tak guna dinasihat. yg kaya dgn kayanya tp kalau dah jenis tak sedor diri, yg tak berapa nak kaya pun sama jer aina...
BalasPadamakak dah naik jeran melaluinya..mmg boleh meroyan...simpati pada besan yg miskin tu...mmg betul cakap dia tu, sabar jer la...
penmgalaman akaklah, biasanya sang suami yg sebenarnya punya pangkat dan kedudukan tu ok jer, bak kata aina sambut tetamu ngan kain pelekat pun takper...tp kebanyakan sang bini yg numpang tui laki selalunya melebih2 tak sedar diri...
ragam manusia kan aina...bagus enttri ni...moga ada yg celik mata hati utk kita2 semua...
tu yg merisaukan kalau kawin xsetaraf kedudukan dunia..
BalasPadamCubaan sangat besar Allah beri.. Masyaallah..sebagi ibu takkan sekali-kali hilang risau pada anak-anak selagi belum menutup mata..
BalasPadamdugaan dari Allah..perlu tabah hadapinya....
BalasPadamkesian... :(
moga si ibu mertua cepat sedar akan kesalahannya....rumah dah kata pergi..kubur dah kata mari.... tapi masih lagi jahil...tak ingt mati..hrumm...
mana ada yang sempurna
BalasPadamKisah benar keni??...kalau benar kesian benar kat mak yg miskin dan anak dia....Kalau sekaya mana pun org tu dan kehidupan berlandaskan agama, insyaAllah tak terjadi macam ni,....
BalasPadamsalam.
BalasPadamPermainan dunia jun. Adakalanya kita menang. ada kalanya kita kalah. ada kalanya kita seri..
semuga kita semua dilindungi keadaan sedemikian.