Planetarium Negara - Menjelajah Angkasa Lepas

11:50 PG JunAina 17 Comments

Edisi menjelajah angkasa di Planetarium Negara bersama anak-anak, menghabiskan cuti Perayaan Deepavali dengan riadah berfaedah. Sudah lama berjanji dengan mereka untuk menjelajah sekitar Tasik Perdana yang di penuhi dengan tarikan yang tersendiri. 

Kali ini memilih mendekatkan anak-anak dengan angkasa lepas. Melihat planet-planet yang berada di alam maya ini. Merasa menjadi angkasawan dan menikmati kemudahan-kemudahan yang angkasawan gunakan di angkasa lepas.

Paling teruja masuk ke panggung Teater Angkasa. Memang best! Kesan 3D yang menarik, berkisar tentang bumi, matahari dan satelite yang ada di angkasa lepas. Pertunjukan mengambil masa 20-25 minit tetapi banya info yang bakal anak-anak dapat.

Abang Iqbal dan Junior berangan-angan berada di dalam SOYUZ. Merasai pengalaman berada di dalam kapal angkasa, Berangan jugak nak jadi pengganti DR SYEIKH MUSZAPHAR.

Instant punya angkasawan. Berdiri dan klik sahaja.

Junior berada di Planet Marikh. Semua info berada di hujung jari. Bukan setakat handphone sahaja menggunakan 'touch screen' banyak info-info kat Planetarium Negara menggunakan kemudahan yang sama. Anak-anak memang cukup teruja.

Mendarat di The Red Planet.

 Perempuan Melayu Terakhir berposing di dalam panggung Teater Angkasa. Mesti cuba!

Mengambil peluang untuk berada di sini. Berada di puncak kira-kira 106.5M dari aras laut. Menikmati panorama dari menara. Kuala Lumpur sungguh indah.


 Inilah kemudahan di Galeri Pemandangan. Berebut-rebut tiga beradik nak meneropong. Awas jangan salah guna untuk sekodeng (kolam renang Meridian Hotel seumpama berada didepan mata bila menggunakan teropong ini!)
 

You Might Also Like

17 ulasan:

  1. Ha ha berapa ramailah agaknya yang kena skodeng...

    BalasPadam
  2. seronok anak anak meneroka ye?

    BalasPadam
  3. Mana tahu satu hari nanti jadi kenyataan. :)

    BalasPadam
  4. Kakak belum pernah ke sini lagi Aina. Tapi anak-anak semua dah sampai sebab pergi dgn pihak sekolah... Tak apalah dedahkan anak-anak yg sebegini...

    BalasPadam
  5. Bestnya...kalu bawak anak2 msti diorg teruja...hahahha...yg last tu bakal kena tarik telinga tu....

    BalasPadam
  6. best nya cuti kak....saya pun x sabaq nak cuti bulan 12 nnt...

    BalasPadam
  7. hahaaa che mid...itu telah berlaku dengan tidak senaja...

    cma...kalau pergi are situ banyak tempat2 menarik boleh dilawati.

    kasihibu...
    anak2 memang seronok sampai kena halau dgn pak guard coz dah 5.30 nak tutup.

    kak cik...insyaallah. doa yg terbaik buat anak2 tapi aina suka kalau dapat jadi mcm imam muda kat rumah kak cik tu lagi...

    BalasPadam
  8. nabila...memang betul2 enjoyyy, mak pun tumpang sekaki.

    kakZakie...tak rugi kalau pergi. anak2 memang pernah pergi bersama rombongan sekolah tetapi masih hendak pergi lagi...

    Fadzil Amir...
    anak2 memang teruja sangat, berlari kesana berlari kesini. mak penat nak mengejar, last2 buka majalah lepak tunggu aje...

    BalasPadam
  9. seronoknya dapat spent time dengan anak2

    BalasPadam
  10. cikgu ma...
    balik kedah ye cikgu. memang tak sabar2...

    mamaEma...anak2 macam tulah tapi banyak main dari belajarnya tetapi sedikit sebanyak dpt le informasi.

    BalasPadam
  11. best dpt skodeng. hi..hi...hi...

    BalasPadam
  12. sori lama x menjengah / BW

    amboi2..ni mesti terkilan x dpt ikut DSM kn? kn? hehehe

    BalasPadam
  13. Bersiar-siar sambil menomba ilmu.... best....

    BalasPadam
  14. kat planetarium negara ye kak?

    BalasPadam