Doa Pelembut Hati

8:52 PG JunAina 5 Comments

Dunia serba moden serta canggih, dunia cyber tanpa sempadan. Semakin berkembang kemodenan dunia semakin juga hebatlah cabaran ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Setiap dari kita sentiasa mendambakan anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Kejayaan dalam mengejar cita-cita dan kesempurnaan menjadi anak yang soleh serta solehah.

Tidak dinafikan walaupun kita sebagai ibu bapa telah menjalankan amanah Allah (s.w.t) terhadap anak sebaik mungkin masih ada ketirisan yang berlaku. Kesibukan kita terhadap tuntutan tugasan dalam meneruskan kelangsungan hidup kadangkala memberi ruang kepada anak-anak untuk meneroka dunia tersendiri. Maka bermulalah masalah-masalah sampingan di dalam keluarga yang mengundang masalah sosial.

Bila terasa ibu bapa semakin jauh anak-anak akan memilih rakan sebagai pengganti dan di zaman sekarang teknologi membawa anak-anak kita menemui rakan-rakan yang tidak sepatutnya. Mereka tidak perlu keluar dari rumah tetapi segalanya hanya di hujung jari sahaja.

Kadang-kadang dalam keletihan bekerja kita sering mengabaikan perhatian kepada anak-anak. Sedikit kesilapan anak-anak pasti mendapat habuan pukulan paling tidak tengkingan. Sudah tiada kata-kata semangat, sudah hilang kemesraan dalam mendidik mereka. Bermulalah juga didikan menjadikan anak-anak kita seorang yang keras hati tanpa kita sedari.

Sebelum terlambat sama-samalah kita memperbaiki diri juga ingat mengingati semoga kita akan menjadi ibu bapa yang cemerlang dan melahirkan anak-anak yang gemilang.

Antara doa-doa yang boleh diamalkan.

Surah Toha ayat 1-5. Surah ke 20 dan juzuk ke 16. Selain sebagai doa pelembut hati diamalkan juga sebagai ayat pendinding.


1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya engkau menaggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (s.w.t).
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahman yang bersenayam di atas Arasy.

Surah Alam Nasyrah/Surah Al-Inshirah di baca dan di hembuskan ke bubun anak-anak. Juga di amalkan untuk menghilangkan gementar dan kerisauan. Bagi anak-anak juga bagus ketika hendak meghadapi peperiksaan dan menghadiri temuduga.


1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan  daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam)
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan.
6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Sama-samalah kita berikhtiar yang terbaik buat keluarga kita. Rajin-rajinkanlah diri kita untuk bangun malam meminta dan berdoa sesungguhnya Allah (s.w.t) Maha Pemurah. Tak pernah lekang rahmatnya kepada hamba yang meminta dariNya. Doa ibu bapa adalah yang terbaik buat anak-anak.

Entri ini adalah sebagai ingatan untuk diri sendiri. Mempunyai dua orang putera dan seorang puteri membuat hati ini terlalu gundah. Putera yang pertama sentiasa akur dengan cakap mama walaupun ada ketikanya dia juga memberontak. Senang meminta maaf dengan mama. Putera kedua 'like father like son' kalau dapat semua kehendaknya perlu dipenuhi tetapi bila dipujuk akan cepat lembut hatinya. Puteri yang satu membuat mama gundah. Kekadang hatinya sekeras kerikil, sedingin salju. Bila telah membuat keputusan tak siapa dapat mengubahnya. Cepat benar marahnya tetapi ada ketika cepat pula sejuk hatinya asal mama jangan menambah-nambah.



You Might Also Like

5 ulasan:

  1. Salam...
    Thanks sebab share ngan bapak 3 hero ni...hehehe....
    tu la setiap anak berbeza perangainya, hanya mak bapak yg sepatutnya lebih alert...

    BalasPadam
  2. Salam.. pelik pada diri sendiri, ayat Tahaa dah hafal dan dah jadi amalan. Surah Insyirah, tak jadi-jadi nak hafal.. asyik terbalik-balik je..kena gandakan usaha ni..

    BalasPadam
  3. fadzil...
    thanks jugak sudi singgah ke teratak kak aina.

    harap dapat jadi ayah yang baik...

    BalasPadam
  4. che mid...surah insirah tu ayat2 dia tu macam nak sama ja. di ulang. kadang2 memang membuatkan kita keliru...

    surah ini aina hafal masa nak gi interview nak sambung belajar. Arwah Tok Ayah kata hafal ayat ni. masuk bilik nanti pelan2 hembus kat org nak interview tapi jgn la dok pi hembus kuat2 kat dia pulak hanya hembus syarat.

    BalasPadam