77 Kes Cerai Sehari
135,548 pasangan berkahwin pada tahun 2010.
28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun 2010.
27,891 pasangan bercerai sepanjang tahun 2009.
Persoalannya sekarang bersediakah pasangan ini untuk memikul tanggungjawab masing-masing apabila sudah bergelar suami dan isteri. Perkahwinan adalah tuntutan agama tetapi kenapa semasa melalui proses perkawinan kita tidak bertunjangkan agama. Sekiranya kita meletakkan agama sebagai yang utama pasti kita akan cuba mengelakkan perceraian kerana walaupun halal ia di benci oleh Allah (s.w.t).
Kita dapat melihat pada zaman sekarang masing-masing berlumba-lumba untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Memakai baju yang mewah, hantaran di tempah di arak megah, pelamin tersergam indah. Mak dan bapak pengantin juga tak ingin mengalah, bergaya bak menjadi pengantin kali kedua. Alasan bukan hendak bermegah-megah tetapi anak kahwin hanya sekali majlis biarlah semengah.
Mak dan bapak berhabis duit untuk majlis anak. Anak mungkin hanya mengeluarkan belanja hantaran dan mas kahwinnya sahaja, itupun kalau anak berwang kalau tidak masih juga tanggungjawab FAMA (father & mother). Cuci tangan lah anak dapat kahwin free kerana mak dan bapak tanggung.
Bila terlalu senang mendapat sesuatu akan terlalu senang jugaklah kita melepaskan sesuatu kerana kita tidak tahu betapa nilainya ia. Kalau kita bersusah payah mengumpul duit untuk sebuah perkahwinan pastinya kita akan berfikir banyak kali untuk meleraikan ikatan yang ada.
Sifat ibu bapa sejak azali melindungi anak-anak. Sehingga berkahwin masih juga begitu. Pantang anak mengadu mulalah menantu disergah, manalah rumahtangga tak parah. Jiwa menantu pun goyah. Nak buat keputusan dalam rumah sendiri pun payah. Kawan-kawan jadi pendengar masalah, memberi nasihat ada yang betul banyak yang salah.
Perempuan zaman sekarang ramai yang berkerja, menyokong ekonomi keluarga. Jangan dicabar membabi buta sekiranya tersilap sedikit mereka tak kisah untuk mengorak langkah. Mencari jalan keluar segala masalah. Tinggallah suami, tinggallah janji, tinggal juga kasih sayang yang telah dibina.
Suami pula bila dah kahwin jangan pula berlagak bujang. Keluar pagi baliknya lewat malam, untungnya balik kadang-kadang sehingga pagi tak pulang-pulang membiarkan isteri tidur sendiri lebih baik bujang daripada berlaki bila malam-malam hanya peluk bantal sampai siang. Membuat keputusan dengan fikiran sendiri kerana suami ketua keluarga, pendapat si isteri dipandang sepi lama-lama isteripun naik berapi.
Masing-masing sama muda. Akal cetek fikiran pendek. Bila buat keputusan hanya untuk jangka pendek. Kahwin berhabisan berpuluh ribu ringgit akhirnya berpisah selepas dua minggu berkahwin alasan tiada persefahaman. Serasi memerlukan masa, bukan seminggu dua. Kembalilah kepada agama, semoga kita tak mudah lupa.
Kakak setuju benar kata Aina kalau kembali pada agama insya-allah tiang dibina tidak akan goyang...
BalasPadamkalo agama diketepikan, macam ni lah jadinya..
BalasPadammintak2 jauhkan perkara mcm ni..berlaku kat kite semua...
BalasPadamjodoh, ajal maut semuanya ditangan tuhan.
BalasPadambrpisah adalah jln trbaik drp hidup brsama...yg hari2 mkn hati.
2 kakak yg sy pun dah jadi IB. (bercerai)
Salam, perempuan yang baik itu adalah yang cepat nikahnya, murah maskahwinnya dan ramai anaknya.. mana nak carik sekarang ni..
BalasPadambetul tu kak Jun.. perlunya ada persefahaman antara suami siteri dan juga mertua... jangan hanya dengan ego masing2, rumah tangga jatuh berkecai... kembali lah Fitrah perkahwinan itu kerana Allah.. semoga semuanya baik2 saja
BalasPadamsalam kak...
BalasPadamhuhu...takot tgk angka tu..
agak takut memikirkan hal2 mcm ni..
BalasPadamTakut tengok jumlah orang bercerai sekarang. Sama laju dengan orang kawin.
BalasPadamMacam-macam hal yg berlaku yg menyebabkan penceraian....
BalasPadambanyaknya..
BalasPadamSeram kan...walaupun perkahwinan saya kategori selamat, tapi macamana lak ngan anak cucu...Tapi yg terbaik semua perkara hendaklah berteraskan agama, baru la rumah tangga aman bahgia, bergaduh sikit2 tu perkara biasa...Bertolak ansor, sejahtera hendaknya...
BalasPadamKakzakie...
BalasPadamDua-dua kena berpegang pada agama kalau seorang sahaja masih tiada jalan penyelesaian...
CikGu Ma...
betul2...org zaman sekarang ramai yg suka ikut hati.
ainnoraini...setiap kali selepas solat iu jugaklah yg didoakan, semoga kita di jauhkan dari segala malapetaka dan keburukan.
BalasPadamterima kasih kerana sudi singgah.
cikgu...saya kak jun suka dengan ayat2 cikgu. tak dinafikan kekadang keegoan akan lebih merosakkan keadaan.
BalasPadam