Semalaman Ku Tak Lena

8:57 PG JunAina 14 Comments


 Petang semalam satu berita sedih berlegar-legar di alam maya. Kembalinya seorang teman tanpa suara mengadap penciptanya. Apa yang mampu kita lakukan kerana itulah takdirnya. Di khabarkan Amy empunya blog sinarraudah tewas kerana denggi.

Semalam mata ini sukar dipejamkan. Sungguh hati ini terasa satu kehilangan juga kejutan yang teramat. Sihat sebelumnya dan tiba-tiba mengalami demam panas dan di sahkan mengidap denggi. Pertemuan di alam maya ini membuatkan hati ini terlalu dekat dengannya bagaikan telah bertahun kenal. Keramahan dan kemesraan di alam maya membuatkan aku terkenang-kenang. Sungguh aku berasa sedih.

Pagi ini perkara pertama yang dibuat bila sampai ke pejabat adalah membuka blog kawan-kawan. Masih meletakkan harapan perkhabaran yang di bawa semuanya palsu. Terbaca entri di blog kakciknurseroja. Pagi ini aku mampu tersenyum.

Terima kasih ALLAH kerana masih memberikan senyuman padaku pagi ini.

Buat Amy tabahkan hatimu menempuh ujian ALLAH dan semoga cepat sembuh. Kami semua tak ingin kehilanganmu.

You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Salam kak..
    Cma dr semlm lg hangen dgr dorang yg sebar fitnah x tentu hala kata amy dah meninggal..
    Kesian kat dia dan family..dah la amy sakit..ade plak khabar angin camni.huhu...(-_-“)
    Apapun.alhamdulillah...amy dah sihat..Cuma bdn dia masih lemah..

    BalasPadam
  2. perasan juga entri kt blog kakcik..

    mudah-mudahan sinarraudah cepat sembuh... :)

    BalasPadam
  3. akak pun mcm tak caya...dlm hati harap sgt tu cuma khabar angin...
    tap dh nak terjadi kesilapan kan?

    Alhamdulillah dgn khabar terkini, moga amy cpt sembuh dan keluarganya bersabar atas dugaan ini...

    BalasPadam
  4. kematian dibuat main-main...siapalah sanggup sampaikan berita tidak benar tu

    BalasPadam
  5. sekrang ramai kena denggi..mak dan adik abah pun br sembuh dr denggi. Alhamdulillah

    BalasPadam
  6. KC pun semalam terkejut aina. Tp KC mcm tak percaya. Amy seorang yg mesra blogger. Rajin dia singgah blog KC, komen2 entry. Sgguh mesra kami di alam maya.

    Moga Allah SWT beri Amy kekuatan untuk tempuhi saat2 getir ini.

    BalasPadam
  7. Nasib baik ada orang kenal dia dan dapat khabar kan pada rakan -rakan yang lain....

    BalasPadam
  8. kita sama-sama doakan semoga dia cepat sembuh. amin....

    BalasPadam
  9. moga dia cpat smbuh... erm, sape la yg sebarnkan berita palsu tu.ada terbaca kt blog mtt

    BalasPadam
  10. walaupun saya blm kenal dia di alam maya ni..tapi tetap tersentuh dgn khabar duka gini.
    semoga dia diberi kesembuhan!

    BalasPadam
  11. SALAM,
    KAK, LF SINGGAH KALI PERTAMA ! KITA NI TINGGAL BERDEKATAN. NANTI BILA ADA PERJUMPAAN BLOGGER (DIS TAPI TARIKH BELUM PUTUSKAN), JOIN LAH !

    BalasPadam
  12. as'salammualaikum kak ,

    terharu sangat ramai yang amek berat pasal amy , mekaseh kak dan maaf kerana buat ramai yang risau tentang amy..amy terlalu menghargai rakan2 di alam maya ini. terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan amy , almhamdulillah now dah semakin pulih.,syukur sangat

    BalasPadam