Sehari di Bagan Lalang Dan Morib

5:21 PTG JunAina 13 Comments


Cuti persekolahan akhir tahun 2013 kami sekeluarga tidak ke mana-mana. Tiada perancanagan khusus untuk jalan-jalan sebab awal tahun sudah bawak anak-anak ke Bukit Tinggi, Indonesia. Jadi cuti persekolahan yang panjang hanya dipenuhi makan-makan dan jalan-jalan sekitar Selangor sahaja. Seperti biasa Bagan Lalang menjadi pilihan dan kali ini kami menyusur sehingga ke Morib. Cuti sekolah ramailah yang berkelah kat sini.



Macam biasa kami masak-masak dan makan-makan kat tepi pantai. Ikut cantik pantainya memang nak pergi Pulau Perhentian tapi dari tak ada bolehlah nak lepas gian tengok laut kat sini.




Mak tok senyum lebar. Mana taknya anak cucu sekeliling dia. Kami tak berlamaan di sini sebabnya mak tak tahan dengan cuaca panas dan kering. Kulit mak terasa pijar, lagipun air laut tengah surut.




Budak ni ada dia kisah air surut ke air pasang. Siap baring-baring dalam air yang cetek.




Sampai je masing-masing sibuk nak terjun laut. Sesekali lepas bebas mandi laut terujalah depa.




Main buih! Anak Yong si Mimi tengah enjoy main buih-buih sabun, sekarang sedang mengikuti krusus PLKN di Kem Wang Kelian.



Anak bujang minta nak bergambar dengan mama.



Ummi pon sibuk nak juga, jeles lah tu...ahahha...



Selepas itu kami jalan-jalan ke Morib. Orang ramai sebab hujung minggu tapi memang best boleh lepak-lepak. Adik dengan kakak.




Adik dengan abang.



Mama nak juga posing. Selendang dah hilang sebab layan adik yang merajuk. Nak tidur dalam kereta letih katanya, puas memujuk.




Mak tok nak juga bergambar dengan cengkerang-cengkerang di Pantai Morib. Puas hati dapat layan mak dan anak-anak.



Kami anak-cucu mak.



Pemandangan pesisir pantai Morib.



Dengan ayah. Air surut ada yang berani berjalan sehingga ke tengah, gerun tengok siapa tahu tiba-tiba air pasang.



Sepupu.



Di Pantai Morib juga ada ilmu yang dapat di garap. Ilmu hidupan laut juga ilmu sejarah yang terpahat di binaan di laluan pejalan kaki seperti di atas.


Ini adalah kunjungan semula selepas 16 tahun, banyak perubahan telah dilakukan di Pantai Morib. Lebih selesa dengan kemudahan surau dan bilik air yang bersih. Terdapat juga gerai-gerai makanan memudahkan pengunjung dan tentulah 'makanan laut' menjadi pilihan utama. Walau apa pun berhati-hatilah memilih gerai sebab bagi pengunjung tetap mungkin mereka arif gerai yang patut di pilih dan kami hari tersebut bernasib agak malang kerana tersalah memilih gerai.



You Might Also Like

13 ulasan:

  1. Dah cantik pantai morib skrg nie yer..

    BalasPadam
  2. Dah cantik pantai morib skrg nie yer

    BalasPadam
  3. Kalau tak silap kali terakhir saya ke pantai Morib 10 tahun lepas masa masih kerja di KL dan kebetulan ada kerja dekat situ. Itu pun bukan singgah pun, cuma lalu tepi pantai saja...Mungkin sekarang pantai Morib lebih menarik dari dulu...?

    BalasPadam
  4. I love vacation..huhu...happy holiday k.aina!!!

    BalasPadam
  5. Bestnya picnics reramai bersama keluarga ye Jun ;)

    BalasPadam
  6. biasa depa ada yg overnight dkt bagan tu kan? kalo ade bbq lagi syiokk kak

    BalasPadam
  7. Salam.

    Bersama keluarga memang saat yg mengembirakan.!

    BalasPadam
  8. Assalam Sweetie JunAina

    Bestnyer jenjalan ke Bagan Lalang. Cantik juga tempatnya...

    BalasPadam
  9. Seronok dan meriahnya berkelah dan bercanda ditepian pantai...

    salam ziarah dari bunda..

    BalasPadam
  10. seronoknya bila bergathering mcm tu...makan2,mandi manda,sembang2...

    BalasPadam
  11. seronok la dapat berkelah mandi manda bersama keluarga....sekali sekala dapat buat aktiviti bersama-sama memang rasa bahagia ja :)

    BalasPadam
  12. sekarang saya tiap minggu ke pantai morib sebab bawak mak mertua ke sana berurut .. rumah tukang urut saraftu depan pantai moribjer... memang ramai orang berkelah kat sanakan.. kita singgah pantai nak beli 'coconut shake'jer...

    BalasPadam
  13. lamanya saya tak pergi bekelah mcm ni.. dulu masa kecik2 makayah saya sll bawak gi picnic.. hehe
    tgk muka Mak tok senyum sokmo.. happy yer Mak Tok :)

    BalasPadam