Rindu Pasti Bertamu di Relung Hati
Hari ini Rabu, 28hb Mei 2014 merupakan hari terakhir untuk saya berkidmat di syarikat yang membuka ruang serta peluang kepada saya untuk meneroka bidang baru yang banyak mengubah hidup saya. Tujuh tahun cukup untuk membuat hati saya berat untuk melangkah. Andai bukan kerana terpaksa pasti saya masih di sini.
Barang-barang telah saya angkat bawa balik ke rumah pada hari Sabtu yang lalu yang kebanyakannya adalah buku-buku rujukan dan nota-nota kerja. Banyak ilmu yang dapat saya timba di sini moga akan semakin banyak ilmu yang dapat saya timba ditempat baru.
Kek red velvet khas buat kami bertujuh yang akan mengakhiri perhidmatan di syarikat.
Farewell di adakan semalam sehari sebelum hari terakhir. Makanan adalah sangat super sedap nasi putih, ayam goreng berempah, masak lemak daging salai, ikan bakar (cencaru dan kembung) bersama air asam, sayur campur, telur masin, ikan masin, ulam kacang botor, timun dan selom, sambal belacan, buah tembikai, air teh o ais limau dan bubur pulut hitam. Juga sebiji red velvet kek.
Ramai-ramai bermonopod!
Saya sedang sibuk hai-hai bye-bye kawan-kawan pejabat. Kesibukan pergi-balik hospital tengok Alya menghadkan waktu saya untuk makan-makan kali terakhir bersama kawan-kawan sepejabat tengahari tadi tapi saya tetap berpuas hati bila dapat memeluk Alya dan mencium wangi rambut dia.
Akhir kata moga Allah s.w.t memberkati perjalanan pekerjaan di tempat baru nanti, mempermudahkan urusan kerja dan membanyakkan rezeki saya agar dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Walaupun hati saya bersedih tetapi hidup masih perlu diteruskan.
mcm x pecaya je...lps ni keje kt mn kak?
BalasPadamall the best in your future undertakings kak, dan semoga segalanya dipermudahkan...rindu tu dah pasti kak, tempat kita selama lebih dari 5 tahun kann???
BalasPadamMemang berat hati kan bila terpaksa meninggalkan tempat yang lama.. ngan kawan² yang ngam..tapi tak per mungkin tempat baru lebih baik lagi.. :)
BalasPadamAlhamdulillah. Yakinlah dengan Allah. Insya Allah jiwa terasa ringannya.
BalasPadamBila kita dah lama berkhidmat June .. memang terasa sedih utk meninggalkannya kan.. semoga Jun suksess di tempat yg baaru :)
BalasPadamgoodluck dear!! moga bertambah murah rezeki di tempat baru :)
BalasPadamall the best kak..
BalasPadamhope kat tempat baru nnt lebih bahagia :)
Tak per lah sis...tmpt lama tak akan dilupa..sahabat lama teringat sentiasa..tmpt baru rajin2..akan bertambah pula kenalan yg lain...InsyaAllah..
BalasPadamOohh..akak dapat dah kerja lain ya? Alhamdullilah....
BalasPadamSedih bila kita dah serasi di situ kan..
BalasPadamApapun all da best :)
Lepas ni bertukar kerja kat mana pulak?...
BalasPadamSemoga lebih di murahkan rezeki di tempat baru nanti...
ya Allah kak..sedih sgt....tempat dah lame kite bekerja tetibe nak tinggalkan ....akak kuat kan....moga akak ceria2 yeak lepas nieh...
BalasPadammeriah tgk menu semua kak...mcm2 ade atas meja tuh....kek pun nampak sedap....
Moga berjaya di tempat baru nanti..
BalasPadampsstt: part gambar reramai tu teringat petang semalam di KLIA..
semakin Allah berikn yg terbaik untuk Aina di tempat baru..aamiin
BalasPadammmg sedih .. sy pon baru merasai nye >_<
BalasPadamya hidup perlu diteruskan , semoga tempat baru memberi harapan baru.
BalasPadamtukar keje kat mana lak kak jun?
BalasPadamJA..... selamat berpisah....hehe..Tak nangis ke? Dulu OKje masa farewell mmg berjurai air mata tak tertahan tahan lagi
BalasPadamsemuga sukses di tempat baru nanti..
BalasPadamSelamat menjalani hidup ditempat baru yer Kak Aina... Jangan lupa update blog.. walaupun kengkadang sempat jadi silent reader jer.. :)
BalasPadamsemoga tempat baru aina lebih 'bahagia'. :)
BalasPadamSelamat berkhidmat di tempat baru aina
BalasPadammoga bahagia di tempat baru :)
BalasPadamAll the best akak....
BalasPadam