Bidadari Dari Syurga

2:43 PTG JunAina 16 Comments


Alhamdulillah. Teman lama satu pejabat telah selamat melahirkan anak keduanya. Bidadari dari syurga. Menyempatkan diri pergi tengok baby dan mommy kat Hospital Kuala Lumpur. Mommy sihat dan baby pun sihat cuma kena tahan wad kejap, doktor nak monitor baby takut jangkintan kuman kerana air ketuban dah kering katanya. Pecah ketuban esok baru bersalin.



Izz Tashfin tengok makcik Aina terus senyum. Geramnya. Kata mommy ambik berkat, haishhh dah tua-tua ni tak payah le bagi peluang orang muda pulak. Perasaan sukar diungkap bila pegang baby macam ni. Seronok ada sedih pun ada. Kalau jadi dulu baby Aina dah 7 bulan tapi tak ada rezeki.



Sebab senyum lebar sangat tadi dan makcik sangat geram terus kena cium sampai merah muka. Wangiiiii wehhhh bau baby. Terus rasa nak tambah ahli keluarga...ahahahaa...


Tahniah buat Wie dan suami, dah ada seorang lelaki dan seorang perempuan. Rezeki. Doa agar Izz Tashfin akan membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah yang bakal menyejukkan hati kedua ibu dan ayah.



You Might Also Like

16 ulasan:

  1. alhamdulillah comelnya lya suka sangatt wangi baby

    BalasPadam
  2. errm... wanginya bidadari itu. suka bau baby baru lahir. sangat indah :)

    BalasPadam
  3. MashaAllah comelnya.

    Semoga jadi anak yang baik ya *bisik kat telinga*

    Ikhlas,
    profhariz.com

    BalasPadam
  4. Comelnya. Pandai plak tu senyum ☺

    BalasPadam
  5. tahniah utk mak bby, msti sedap bau bby baru lahir kan kak... mmg bau syurga

    BalasPadam
  6. bab nak peluk cium baby saya pon sukaa.., teruja pulak bila tengok org beranak kecik ni ahaaa...

    BalasPadam
  7. Alorr comeinya dia.. suka bau baby.. :)

    BalasPadam
  8. Alo lo lo syoknya bau bb kan. Comey. Eiii geyam geyam..

    BalasPadam
  9. tahniah utk kwn akk sekeluarga

    BalasPadam
  10. sedapnya bau baby... bau tersendiri, bau dari syurga

    BalasPadam
  11. Salam JunAina..bau baby mmg best wangi jerrr..geram tgk!

    BalasPadam
  12. Dee pun bila tengok geram..rasa teringin tapi....hahaha..

    BalasPadam
  13. Sedap nama dia JA..... Izz Tashfin...lain dari yg lain.....
    Haih mana tua lagi ...... sempat lagi kalau nak tambah lagi tu...

    BalasPadam
  14. Alolo comeynya.. rindu nak cium bau baby lagi.. =D

    BalasPadam
  15. Alahai comel sesangat anugerah Allah ni kan :D

    BalasPadam