Menjejak Sejarah di Muzium Negara
Masih berkisah sempena cuti perayaan Diwali yang lepas. Anak-anak memang sudah lama teringin sangat hendak pergi ke Muzium Negara, cuma mama sahaja tiada masa melayan kehendak mereka. Telanjur ke Planetarium Negara setereng kereta pun dipusingkan ke Muzium Negara. Boleh sahaja berjalan menuruni anak tangga yang disediakan tetapi kaki sudah memberi amaran keletihan berjalan boleh membuatkan aku menangis. Entah berapa puluh anak tangga yang perlu didaki nanti.Bayaran masuk hanya Rm2 untuk dewasa dan tiada bayaran dikenakan untuk kanak-kanak, pelancong asing perlu membayar lebih untuk masuk ke sini.
Mempunyai 4 ruang pameran dengan ruang legar di depannya di penuhi dengan pameran ketenteraan (lupa pula apa nama pameran tersebut). Galeri A merupakan Galeri Sejarah Awal, Galeri B pula Galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu, Galeri c menempatkan Galeri Era Kolonial dan Galeri D merupakan Galeri Malaysia Kini. Kami melewati setiap ruang yang ada, menghayati segala artifak yang di pamerkan. Lebih banyak menghabiskan masa di Galeri Kerajaan Melayu. Terlalu banyak yang boleh di pelajari. Tak banyak yang berubah sejak 15 tahun lepas. Hang tuah masih gagah berdiri disitu. Pelaminan nan indah masih utuh di tengah ruang. Susun atur juga tidak banyak yang berubah tetapi ilmu yang anak-anak dapat terlalu mahal harganya.
Di sebalik cermin. Anak-anak diruang legar utama. Pameran ketenteraan yang di penuhi replika ketenteraan.
Tertarik dengan susunan bahasanya. Nukilan A.Samad Ahmad.
Mama pun nak berposing juga with only my anak dara.
Ini pula adalah pameran khas. Pameran Khazanah kapal karam. Bayaran berasingan dikenakan dan berada di galeri berasingan juga. Bersebelahan dengan bangunan utama.
Iqbal dan Junior. Bergambar berlatarkan sebuah kapal karam yang dipamerkan di situ. Memang nampak menarik sangat tetapi awas sebelum masuk telah diberi amaran supaya tidak menyentuh barang-barang yg dipamerkan.
Junior sedih. Minta mama belikan kapal kat belakang tu nak buat koleksi....hahahaa...
Sebagai hadiah buat Junior mama ambil gambar dan printkan lekat kat bilik.
Korang ada tiket cam gini? Peace no war...
Antara tempat yang paling pames untuk ambil gambar kat muzium. Dah macam hero Tamillah pulak...
20 Rider Beraksi: