Bonus - Redza Dalam Terpaksa

12:37 PTG JunAina 8 Comments

Kalau dulu bulan Julai semua kakitangan akan mendapat surat kenaikan gaji bila akaun ditutup pada bulan Jun setiap tahun. Dalam surat yang sama juga akan diumukan bonus bagi tahun keewangan sebelum itu. Sejak ekonomi syarikat berkembang pesat pihak pengurusan membuat keputusan agar Kuala Lumpur menjadi hub untuk Asia Tenggara. Jadi sekarang everythings go global. Syarikat tempat Aina bekerja ini berpangkalan di Australia dan join venture dengan satu syarikat di Malaysia. Pentadbiran adalah sepenuhnya datang dari Australia.

Tahun ini genap 5 tahun Aina bekerja di sini. Sejak syarikat go global semua hanya perlu klik-klik dihujung jari, termasuk segala cuti, claim, timecard dan segala macam yang berkaitan dengan pengurusan. Sejak itu juga ada harga harus dibayar oleh semua kakitangan. Segala profit di kongsi bersama. Bermakna sekiranya London Office tak ada kerja Kuala Lumpur, Dubai dan semua pejabat lain kena tanggung gaji dan segala macam perbelanjaan di sana. Perit. Sekarang hanya Kuala Lumpur yang mempunyai agak banyak projek atas lesen syarikat join venture.

Kakitangan menjadi mangsa bila bekerja bertungkus lumus dan bila masa bayar bonus kami terpaksa korbankan keuntungan sebelum itu untuk kakitangan global yang lain. Sangat-sangat sedih. Jangan terpedaya dengan syarikat yang gah namanya. Silap-silap haribulan syarikat tempatan lagi banyak bayar bonus kepada kakitangan.

Bila buka surat petang semalam semangat terus down. Terasa nak cepat-cepat update resume. Tarik nafas panjang-panjang. Lepas dengan ketidak puasan hati. Renung. Muhasabah diri. Alhamdulillah setakat inilah rezeki. Redza aku memang dalam terpaksa.


Surat ini dapat semalam. Walaupun sedikit kecewa tapi hanya itulah rezeki. Mungkin ada rezeki lain nanti, insyaallah.

You Might Also Like

8 ulasan:

  1. alhamdulillah... ada hikmah nyer... bersabar n redha yer...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, ada juga rezeki Aina berbanding mereka yang tiada apa2...

    BalasPadam
  3. ada kenaikan seronok sikit....
    nampak sedikit hampa....

    BalasPadam
  4. betul kadang2 rezeki nak datang kita x tau dlm bentuk apa & cara mcm mana.. kalau x dpt dr sudut ni mgkin nk dtg dr sudut lain.. siapa tahu, kan??

    BalasPadam
  5. kty keje kilang kicap je..
    tp alhamdulillah tiap tahun ada bonus..tp gaji kecik je kot.

    BalasPadam
  6. sekurang2 nyer ada juga, kalau rasa boleh terima redha ajelah, kalau x pelan2 cari rezeki tempat lain.!

    BalasPadam
  7. saya dah berkurun takde bonus..ekekekeke

    BalasPadam
  8. Salam kak, camna nak apply kerja kat co. kak kerja? Saya berminat tuk kerja di sana tapi sukar nak masuk..

    BalasPadam