Keluarga Besar Kami - Kemeriahan Ungu

2:26 PTG JunAina 27 Comments

Meriah majlis berwarna ungu. Entri yang panjang dengan gambar-gambar candid dari compact camera. 18hb November 2012 keluarga besar kami berkumpul di Puncak Alam dengan tema ungu. Meraikan pengantin yang di nikahkan pada malam sebelum itu. Penuh meriah dengan kaum keluarga jauh dan dekat serta sahabat handai. Masih ramai ahli keluarga lain yang hadzir tapi hanya ini yang sempat di snap tambahan pula kamera di ambil alih oleh anak-anak.

 Kalau nak belajar rahsia bahagia kahwin tiga bolehlah cari Pak Lebai dalam gambar. My Pak Long Mat yang datang bersama dua isteri, anak dan cucu-cucunya. Isteri ketiga tidak dapat hadzir kerana kesihatan yang tidak mengizinkan (gambar isteri-isteri dia tak ada pulak).

 Mak cik, tok, Alya, Umi, Emak, Lan (adik ipar).

 Ketiga-tiga gambar di atas adalah tika sama-sama menjamah sarapan pagi di hari meraikan pengantin. Najihah (sepupu), Pak Cik E, Hakim dan Yong (kak sulung). Masing-masing masih keletihan menguruskan malam pernikahan.

Pengantin dalam senyum kebahagiaan. Sama chuby sama padan. Teman sekolah yang akhirnya menjadi teman sebantal. Itulah jodoh yang menjadi rahsia Allah s.w.t.

Bapa pengantin Othman Ali. Berasal dari Kedah dan bertemu jodoh dengan ibu saudaraku.

Ibu saudara kesayangan hamba. Di sini hanya dia tempat mengadu, mengganti emak. Dia umpama emak kedua buat Aina. Tempat mengadu jerih di hati.

 Si musyuk Alya dan uminya. Adik Aina. Si kecil tu tempat kami satu family melepas kasih pada anak kecil. Mama dan abah memang manjakan sangat dia. Sanggup tinggalkan umi dan ayah kerana nak ikut mama dan abah jalan-jalan.

 Sepupu sepapat yang ada.

 Lagi sorang mak cik. Nor Hayat. Family kami memang ramai mak cik mungkin sebab ingatkan anak bungsu nengok-nengok ada lagi.

  Kakak dan adik. Satu saiz. Sikit hari lagi Aina pun jadi cam tu jugak.

 Kesibukan menyambut tetamu juga tandahati dari keluarga pengantin. Sepupu Fatin Nabilah dan my pricess Hayani. Sibuk menyusun cenderahati dan hadiah yg di bawa tetamu.

 Amirul antara orang kuat majlis. Pada keesokan harinya terbang semula ke Sarawak atas tuntutan tugas. Aina selalu mengusiknya sebagai duda terhangat. Jodohnya hanya seketika bersama bekas isterinya. Sebelahnya my anak menakan Syamimi.

majlis menepung tawar
Majlis persandingan yang di serikan lagi dengan acara menepung tawar dari kedua-belah pihak.

 Mak, mak lang Ajalilah dan tok. Sehari selepas majlis mak lang di masukkan ke Hospital Termerloh kerana jangkitan kuman di paru-paru. Demam berpanjangan sejak dua minggu.

 My princess Hayani and little Alya.

Biru. Kakak dan adik.

 Pengantin dengan kek tiga perisa. Paling bawah perisa coklat yang kedua red velvet dan paling atas perisa kopi (lupa sudah).

 Anak dan menantu sulung.

Makanan pada hari tersebut. Pencuci mulut dihidangkan di dalam sampan. Selain nasi ada laksa Perlis, rojak, pelbagai kuih muih dan paling best tapai daun getah. Air pelbagai perisa di sediakan di sudut berlainan. 

  Pelamin nan indah. Buku tamu serta antara door gift pada hari tersebut. Khas buat keluarga terdekat pula ada beg berisi kain batik dan kain pelikat.

Tuan tanah. Memenuhi tema warna.

Majlis sebeginilah antara penyambung silaturrahim bagi keluarga besar kami. Sedaya mungkin masing-masing akan tetap meluangkan waktu untuk menghadirkan diri meraikan tuan rumah dan juga pengantin. Masih utuh ikatan kekeluargaan kami di tika ini. Moga ia akan terus erat sehingga bila-bila. Kekayaan bukanlah jaminan bahagia, hati yang baik jiwa yang bersih dan silaturrahim yang terjaga akan membuat kita sentiasa tersenyum. 

You Might Also Like

27 ulasan:

  1. Wah..purple...Saya paling suka purple :D

    BalasPadam
  2. dari gambar2 itu memang nampak meriah .. hari yg sama kat tempat saya juga meriah walupun tak ramai.

    nampak macam tak hujan kat situ !

    BalasPadam
  3. Saudara mara Aina yang perempuan nampak macam ada iras2 semuanya. :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Aina

    moga penganti gembira selalu sehingga ke Syurga

    BalasPadam
  5. amboiiii..amirul duda terhangat! hihihih..semoga dia pula bertemu jodoh selepas ni..

    Unik juga ada laksa perlis di majlis kawin..

    rupa ibu saudara Aina ada iras iras sikit wajah Aina..:)

    BalasPadam
  6. Huiiii!!... meriah-meriah-meriah. Sungguh kakak dapat rasa punyalah meriah dgn sanak-saudara yg ramai. Untung saudara-mara dapat kain batik/pelikat, berhabis-habisan betul nak terima menantu nie.

    BalasPadam
  7. kepenatan berbaloi dengan kemeriahan kenduri kahwinkan sis..saudara mara berkumpul, bergurau mesra..lama kami tak buat kenduri kahwin..hehehe..

    BalasPadam
  8. best... kenduri mmg tempat pengumpulan sume ahli keluarga.. hehehe~

    BalasPadam
  9. Meriahnyaa majlis.. Selamat Pengantin Baru pada kedua mempelai.. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.. amin

    BalasPadam
  10. salam dear.dah update step 2.sila tgk!! =)

    Segmen Jejak Kaki Ku di Blog Mu

    wedding yg cantik,maera ddah tgk gambar nikah yg sis upload dlm entry sblm nie.cantik. =)

    BalasPadam
  11. yea la.jodoh rahsia Allah
    kwn ni ade gak nikah sesama meraka.3-4 pasangan gak la

    BalasPadam
  12. salam..datang BW blog ni..salam perkenalan..

    BalasPadam
  13. meriahnya berkenduri...time ni la kite dapat jumpa sedara mara kan...kalau raya kadang ada yg terlepas jumpa..

    BalasPadam
  14. waahh.meriahnya nya kenduri ni.comel je semua warna ungu :)

    BalasPadam
  15. wah...pengantin dah kenal dr sekolah lagi. best nye :) -terjah dari kak Maera- :D

    BalasPadam
  16. meriah dengan unggunya.. semoga berbahagia hingga ke syurga untuk kesemuanya.. =)

    BalasPadam
  17. assalamualaikum..blogwalking dari peminat tegar hello kitty!! heheheh

    BalasPadam
  18. assalamualaikum...
    jalan-jalan sini...=)

    BalasPadam
  19. cantik nye bj akak ... lain dr lain

    BalasPadam
  20. nyue singgah & follower ke 251

    dr segmen yg sama :)
    http://nyueyien.blogspot.com/2012/11/jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html

    salam perkenalan..

    BalasPadam
  21. cantik juga tema prple ni..selamat pengantin baru kepada mempelai ^_^

    BalasPadam
  22. Ungu? Laksa Perlis? Adehhhh mana tahan!

    BalasPadam
  23. salam..amboi..meriah haih..ungu suma...datang dr segmen maera ismail...
    http://www.lamanprincess.blogspot.com/2012/11/jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html

    BalasPadam
  24. salam sis, dah boleh create entry dan update blog list terbaru ya. =)

    Update lists terbaru

    terima kasih sebab join. jangan serik nak blogwalking sesama anda ya =)

    wassalam

    BalasPadam
  25. you look purple...
    memang cantik temani..
    meriah majlis kalau keluarga besar...
    bertemu saudara mara yang susah nak berkumpul

    BalasPadam
  26. ".. to love is to care, to care we must share..."
    get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

    BalasPadam