ESCAPE Penang - Time To Lepakking

2:30 PTG JunAina 7 Comments

Pening. Mencari-cari tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak berjalan. Bukan sekadar itu sahaja sebenarnya emak pun ingin sangat berehat sambil lepakking dengan anak-anak. Plan nak pergi Penang. Menjejak kenangan di Bukit Bendera tentunya. Melepas rindu di Tanjung Bungah. Telah lama rasanya bumi Pulau Mutiara ini tidak di jejaki. Walaupun percutian bukanlah acara wajib bila cuti sekolah tetapi cuti kali ini rasa nak bawak anak-anak jalan coz bulan Julai nan lalu mama dan abah dah shopping sakan di Ho Chin Minh City tanpa anak-anak.

Menggunakan kemudahan di hujung jari. seperti biasa mencari-cari tempat yang bakal di tuju supaya tidak membuang banyak masa tika di sana. Cadangnya hanya ingin menyewa mana-mana condo yang di jadikan homestay. Alasan mudah coz kat situ ada swimming pool. Penat jalan-jalan balik lepak main air. Senarai pendek area Batu Feringghi. Dekat laut. Short listed tu termasuklah Bukit Bendera, Tanjung Bungah, Taman Rama-rama, Pasar Cowrasta (nak beli jeruk).Kek Lok Si Temple-tak tau le Pak Tuan larat tak menapak naik tangga kat sini coz teringin pulak nak tengok kolam 1001 kura-kura. Rumah P Ramlee dan War Museum cukup dulu takut tak sempat nak jelajah semua tu.

Keghairahan mencari tu terklik pada satu link. Escape Penang. Jelajah mencari info tentang Escape Penang ni. Banyak juga aktiviti yang anak-anak boleh buat. Berkira-kira untuk memasukkan dalam senarai yang dah jadi panjang. Mau jugak seharian kat sini nampak gayanya.
 


Peta dalam kawasan tu. Kalau dilihat dari peta tu memang seharianlah kat situ kerana banyak aktiviti yang boleh disertai. Harap Pak Tuan tak kisah bawak anak-anak k esini nanti. Ai very exsited okeh!

Aktivity lasak yang hanya anak-anak bakal enjoy sakan. Pastinya abah hanya akan mengawasi kerana keadaan lutut yang pastinya tidak akan mengizinkan.
Harga tiket. Harga ini adalah harga promotion. Lepas ni mungkin meningkat bila tempoh promo dah habis okeh.
Ini peta letaknya Escape. Di tengah-tengah antara Teluk Bahang dan Batu Feringghi.

Semuanya masih dalam perancangan. Kalau Pak Tuan dapat pergi insyaallah Penang kami datang tapi kalau Pak Tuan tak dapat pergi mungkin terpaksa fikir dua atau tiga kali kerana seperti biasa fobia nak memandu di Penang. Pak Tuan kata Penang tu kecik. Pusing-pusing you sampai tempat yang sama jugak! Bagi dia mungkin ya tapi bagi pemandu amatur macam ceq ni alamat kering minyak le sosatnya nanti.

Minta le mana-mana rakyat yang berpayung di bawah naungan jajahan Penang bagi pendapat tentang Escape ni. Baru buka mungkin banyak kemudahan yang masih tidak sempurna.

Selamat mengharungi cuti sekolah buat semua.

You Might Also Like

7 ulasan:

  1. salam kenal june....terlekat plak bila baca N3 u pasai Escape ni. cheq org ganu kite tapi hubby org kulim. Penang tu dah mcm kg cheq jugak la tapi xtau plak benda alah Escape ni. Baguih noo kalau blk penang p sini. tq June for sharing. kita kawan la noo alang2 ros dah singgah mai blog hang ni.

    BalasPadam
  2. Escape ni memang betul betul baru buka..Sesuai sangat kalau nak bawa anak anak ke sini..

    Dah consider tak Pulau Jerejak resort?

    BalasPadam
  3. Bestnya nak gi jln2 ke Penang.. Dah lama tak pergi.. dulu pergi tak dpt naik bukit bendera..masa tuh tgh servis laa plak..

    BalasPadam
  4. bestnya..cuti-cuti makan angin..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Aina

    kalau pergi
    saya tunggu gambar2nya

    BalasPadam
  6. Kak Azie ada adik 3 orang di Penang pun tak tau lagi pasal tempattu. Tapi adik memang dok di Teluk Bahang.

    Cuba contact Siti Murni atau Dr Najwa. Kot depa boleh tolong.

    BalasPadam
  7. wow.. teruja nya penang.. gila arrrr....
    best jew.

    BalasPadam