Adat Jawa - Kami Di Sambut Meriah

2:07 PTG JunAina 16 Comments

Masih berkisar tentang majlis yang lepas. Kali ini utusan menghantar pengantin ke Rantau Panjang, Klang pada Ahad 25hb November 2012. Rombongan terdiri dari keluarga terdekat. Tiada dulang hantaran yang dibawa tiada juga bunga telur pengiring rombongan kerana semuanya telah diselesaikan pada hari pernikahan.

Sebelum berangkat. My Pak Long first wife. Sekarang masanya banyak di habiskan di Kuala Lumpur melayan kerenah cucu-cucunya. Pak long? Lagi dua yang jaga.


Sesampanya di rumah pengantin lelaki. Adat mendahuului segalanya. Masih mengekalkan adat Jawa agaknya. Sebelum pengantin melangkah di beri minum dahulu tapi Aina tak pasti air apa yang di kongsi pengantin hari tersebut. Taburan beras kunyit dan bunga rampai mengiringi langkah pengantin.

Silat pelengkap adat. Panas terik. Rombongan kami bergerak ke bawah khemah coz sampai empat orang dok bersilat pengantin hari tu. Phewwww...

Persandingan serba coklat. Sepadan dan serasi pengantin.

Pengantin perempuan memang jenis peramah dan suka senyum. Kebanyakan gambar yang ada boleh dikatakan dia sentiasa sengih je. Berbeza dengan pengantin dulu-dulu yang kalau boleh nak tunduk pandang tanah sahaja.

Bersama kedua ibu-bapa di majlis meraikan mereka di sebelah pihak lelaki. Bapak mengalahkan pengantin!


Anak-anak serta sepupu yang semakin membesar. Tak lama lagi jenuh menyusun kenduri. Masa terlalu pantas berlalu.

Me and my mak cik. Beza umur kami hanya setahun. Geng gaduh kat rumah dan kat sekolah serta geng terjun main keleboq dulu-dulu. Adik mak yang bungsu.

Dua jurugambar tak bertauliah. Hanafi adik pengantin yang bongsu.
Abang sulung pengantin bersama isteri dan tiga anaknya. Express satu tahun satu so muda-muda dah tutup buku. Tabik kat depa very cool layan anak-anak yang masih kecil dan bermacam ragam tu , kalau Aina dah lama kena debik...hikhikhikkk...
Sepupu yang mengiringi pengantin pada hari tersebut. Bertudung hijau dan hitam kedua-duanya anak Pak Long bersama isteri pertama.
Anak menakan. Mimi dan Hakim dah macam ambik gambo kapel.

 Adik ni hensem la. Jom kawen dengan kakak...hahaaa...

Rombongan kami lagi. Tok, Mak Cik, kawan mak cik dan isteri kawan Pak Cik. Walaupun berkerusi roda kami tetap gigih bawak tok sekali kerana ingin dia merasai kemeriahan perkahwinan cucunya.

Entri panjang terakhir untuk edisi perkahwinan Sheila. Semoga rumahtangga mereka berdua akan kekal bahagia sehingga ke nafas yang terakhir. Menjadi suami serta isteri yang sentiasa berpegang pada ajaran Islam. Doa kami sentiasa mengiringi mereka.

You Might Also Like

16 ulasan:

  1. wahh seronoknya pegi wedding....sbb dapat makan lauk pauk kenduri...hehehe

    BalasPadam
  2. manisnya pengantin tu eh. semoga berkekalan...

    BalasPadam
  3. Tak lama esok, tahu2 Aina pulak terima menantu. :)

    BalasPadam
  4. Unik juga adat jawa dlm menyambut pengantin ni...Time majlis seperti kahwin lah selalunya kita boleh kenal adat budaya yang ada ni kan...

    Pengantin perempuan zaman sekarang mmg tak sama macam zaman2 dulu...hihihihih

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Aina

    oarang jawa memang menghormati tetamu...

    BalasPadam
  6. Hi Jun, I enjoyed looking thru the very nice pics here. Very colourful.
    You have a nice day, keep a song in your heart.
    Lee.

    BalasPadam
  7. selamat pengantin baru utk pengantin dan moga jodoh keakhir hayat

    BalasPadam
  8. Seronoknya bila ada majlis kahwin dari keturunan beza. Orang Jawa memang penuh adat, especially jika di kampung-kampung.

    Klang tu dah dekat dengan kampung Bujal tuh!

    BalasPadam
  9. selamat pengantin baru kpd pasangan mempelai, moga bahagia dan berkekalan sampai ke syurga...

    musim2 cuti ni kenyang sakan kita makan kenduri eks? heheh

    BalasPadam
  10. salam kenal..

    duk perati gambar kat entri ni..tertarik dgn gambar yg last tu..gambar Tok june..bila tgk tadi,tetiba jer terlintas..mcm pernah tgk..oo..rupanya, mcm ibu pemilik blog kehidupan Makkah... orang yg sama ke?..baju..tudung dia orang pun lebih kurang je... maaf ye kalau salah

    BalasPadam
  11. selamat pengantin baru utk pengantin....

    BalasPadam
  12. meriahnyer....ohhh rindu pd hari majlis nikah tempoh hari.........

    BalasPadam
  13. meriahhhh

    slmt pgantin baru u mempelai

    BalasPadam