Berkampung Di Puncak Alam

11:40 PG JunAina 20 Comments

Salam Jumaat.

Hari ini kebanyakan keluarga telah memulakan perjalanan dari utara menuju ke Puncak Alam, Selangor. Menjadi tradisi keluarga apabila ada keraian besar-besaran kami semua akan berkumpul sekurang-kurangnya sehari sebelum majlis berlangsung dan kebiasaannya tiga hari dua malam. Kali ini kami semua akan meraikan perkahwinan anak kedua adik emak yang ke-tujuh Rosnani Senapi dan suaminya Othman Ali.

Emak telah dahulu sampai ke Kajang pada hari Selasa yang lepas dengan membawa empat anak dara untuk menolong apa yang patut di sana. Kebetulan Makcik Ros (adik emak) membuat sendiri baulu kemboja untuk majlis ini sebagai buah tangan untuk tetamu. Emak masih di Kajang melayan kerenah cucu-cucunya.

Tradisi keluarga juga adik beradik akan menyumbangkan bunga telur untuk majlis. Jadinya Aina hanya membeli untuk emak di Nilai pada cuti Deepavali yang lepas. Tema purple. Harap-harap kaum keluarga akan mengikut tema atas kerelaan masing-masing. Majlis bakal berlangsung seawal Sabtu dengan majlis Marhaban dan Berzanji, diikuti majlis angkat nikah di sebelah malam dan majils meraikan pengantin pada hari Ahad.

Setakat ini semua adik beradik emak telah memberi persetujuan untuk datang. Pak Long Mat dan tiga isterinya, emak dan anak-anak serta cucu, Mak Lang Ajalilah dan Pak Lang serta anak cucu, Pak Njang Ismail serta keluarga, Mak Cik Nor Hayat dan anak-anak (suaminya menjaga emaknya yang uzur), Mak Cik Uji, suami dan anak-anak. Hanya seorang yang tidak dapat hadir iaitu Pak Tih Hussin kerana anaknya sedang menduduki peperiksaan SPM. Manakala emak meninggalkan anak bungsunya yang bakal menduduki peperiksaan STPM pada 19hb November. Tiga buah rumah berdekatan disediakan untuk kaum keluarga yang datang.

Atas kapasiti Majlis Perkahwinan dan perhimpunan keluarga ini jugalah Aina tidak dapat hadzir ke perhimpunan blogger yang akan diadakan di Senawang pada tarikh yang sama iaitu 18hb November 2012. Doa di panjatkan kehadrat ALLAH (s.w.t) agar kedua-dua majlis akan berjalan lancar dan meriah. Mohon maaf kepada Pak Ngah (Al-Lavendari) dan Mak Ngah kerana tidak dapat memenuhi undangan untuk kali ini.

Salam Tahun Baru buat semua.


    Bakal Pengantin.

You Might Also Like

20 ulasan:

  1. Assalam aina semoga majlis berjalan lancar

    BalasPadam
  2. tahniah kpd bakal yg mengakhiri zaman bujang yer....
    congrat...
    puncak alam, leeza belum sampai lagi.

    BalasPadam
  3. Bila dah cuti sekolah memang musim org menikah Aina. Apa lagi kalau yg adakan majlis keluarga sendiri kenalah cuti lebih sikit kan.

    BalasPadam
  4. Selamat tahun baru buat JunAina..

    Dan selamat pengantin baru buat Rosnani senapi

    BalasPadam
  5. berkampung untuk berkumpul sekeluarga meraikan hari bahagia keluarga terdekatkan..
    moga tradisi yang baik diteruskan...

    BalasPadam
  6. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAZEN AINA TU..SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE AHER HAYAT..AMIN

    BalasPadam
  7. Bagus tradisi keluarga ni. Patut dicontohi keluarga lain. Bukan senang nak kumpulkan seramai mungkin sanak saudara bila keluarga besar mcm ni. Lainlah saya yg cuma dua beradik ni .... ngeeee

    BalasPadam
  8. musim kenduri kendara dah bermula lah ni!

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Aina

    moga majlis berjalan lancar

    BalasPadam
  10. Salam maal hijrah. mudahan majlis ni berjalan lancar, insyaAllah

    BalasPadam
  11. Bila agenda keluarga bertindih dgn agenda kengkawan, tentulah priority harus diberi kepada keluarga. Semoga majlis berjalan lancar.

    Selamat Pengantin Baru buat mempelai.

    BalasPadam
  12. wak pon ucap tuk bakal pengantin muger2 berkekalan hingga akhir hayat yee.. ehHHHe

    BalasPadam
  13. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
    singgah n follow ya

    BalasPadam
  14. Masa kenduri ni lah rasanya gather gather yang paling best kan.....makcik pun sibuk jugak last weekend......jadi port utk org2 selatan yg menyertai Penang Bridge run & juga port badik badik masa cuti kan.

    BalasPadam
  15. Masa kenduri ni lah rasanya gather gather yang paling best kan.....makcik pun sibuk jugak last weekend......jadi port utk org2 selatan yg menyertai Penang Bridge run & juga port badik badik masa cuti kan.

    BalasPadam
  16. Tu yang makchaq suka kenduri tu... Dapat kumpui ramai2, jumpa adik beradik yang lama tak jumpa...

    BalasPadam