Petua Menyimpan Daun Sup

8:18 PG JunAina 3 Comments

Hari ini Aina nak syer petua untuk simpan daun sup atau daun saderi atau dalam bahasa orang putihnya celery. Kebiasaannya kita hanya pergi pasar pada hujung minggu bagi mak-mak yang bekerjalah tapi ada juga mak-mak yang tak bekerja borong barang basah seminggu sekali kerana menunggu turun bajet dari kementerian.

Daun saderi ini sesekali je kita guna terutama bila masak sup. Kalau Aina buat sayur campur belasah je masuk, masak sweet sour pun masuk jugak. Goreng nasi nak ada rasa wangi Aina masuk daun saderi dan terus tutup api. Kiranya banyak guna jugaklah daun saderi ini kat rumah Aina.

Kadang-kadang kita beli terbanyak. Simpan dalam surat khabar macam sayur lain cepat juga layunya. Aina selalu amalkan petua ini. Balik buka daun saderi dari plastik putih yang kita masukkan untuk timbang kat pasaraya. Jangan rosakkan plastik tu. Cuci bahagian dalam plastik. Rendam daun saderi dalam air dan cuci bersih. Jangan buang akarnya. Lepas tu masukkan balik ke dalam plastik yang sama dan ikat. Biarkan pastik sedikit mengelembung, bermakna ada udara dalam tu. Sisa-sisa air pun biarkan saja. Simpan dalam peti ais.

Insyaallah daun saderi tu akan sentiasa segar. Kalau setakat seminggu insyaallah masih hijau dan segar bugar. Jika terlalu lama daunnya akan bertukar menjadi warna kuning tetapi keadaan daun dan batangnya tak akan layu. Kalau dah terlalu lama semua barang akan rosak so akan berair dan buang jelah dalam tong sampah.

Peringatan ini bukan batang saderi yang besar-besar tu ye. Yang tu tereban je dalam peti ais bersama bungkusan asal dari supermarket.


You Might Also Like

3 ulasan:

  1. Kalau guna foil cover susu/milo pun boleh Aina. Kakak dapat petua yg ini dari tv masa rancangan masak-masak.

    BalasPadam
  2. wak pon kekadang sukak makan sup ayam jugakk.. ahakkks

    BalasPadam
  3. oh..mcm tu ye..biasanya daun2 sup ni mati kering je dalam peti sejuk tu..

    kalau nak kasi segar balik..rendam dalam air sejuk..segar la sikit..hehe..

    biasanya sy buat sayur2 berdaun..siang siap2..balutkan dgn surat kabar basah..masukkan dalam plastik...boleh tahan lama juga.. :)

    BalasPadam