Pasembor Utara Kampung Baru-Hujan Nan Dingin

12:52 PTG JunAina 12 Comments

Pagi Khamis dapat call dari bogger tart tersohor Kak Azie. Depa nak pi pekena Pasembor Utara Kampung Baru yang femes tu. Kalau korang nak tahu Tok Det pun suka pasembor ni. Sejak berpindah ke tempat baru Aina belum berpeluang untuk singgah. Berpindah pun hanya seberang jalan je. Tempat lebih selesa, parking pun banyak. Makin ramai le orang yang datang. Dulu kedai ini tepi jalan so kalau pergi pandai-pandailah cari parking. Susah-susah orang terus carik kedai lain pasai parking tak ada.

Walaupun baru je dapat email pasal time keeping tu Aina buat bodoh jelah. Lagipun dah dapat warning dari tukang belanja 'Jangan manyak hotiaq'...hahahaaa... Disebabkan warning tu Aina derhaka le kat Manager semalam. Waktu rehat bermula 12-1pm tapi Aina tercegat kat situ pukul 12.35 tengahari. Balik jangan cerita bila hujan turun mencurah-curah membasahi bumi jam 1.48pm baru sampai pejabat.

Cerita kami dan ABC sama cantik sama kiut. ABC tu depa punya macam biasa Aina tak minum ais. Tetap dengan purplenya si kakak purple AzieAzah.
 
 Ini Kak Azie punya. Mee Rebus Special. Licin si empunya pinggan kerjakan.


Ini Aina punya. Pasembor Special. Apa yang special? Depa tambah sambal sotong dan paru. Bagi Aina sambal sotong tu menghilangkan keaslian rasa kuah pasembor, dah jadi macam makan sambal je rasanya. Portion memang sikit, dulu memang Aina tak terhabis makan kali ini kejap je licin. Korang pernah buat oder untuk bungkus pas tu minta pinggan tuang separuh untuk makan separuh bawak balik. Boleh? Itu cerita dulu! Korang jangan jelez dengan tedi beear yang menyibuk kat situ okeh. Walaupun Aina rider tapi dalam hati tetap ada taman ahakass..


 Merenung hujan. Bila la gamaknya nak berhenti. Aku dah lambat ni (macam la depa tu merempit cam aku dok risau pasai ujan ahhaahaa...).


Tengok hujan teringat lagu Hujan nyanyian arwah Sudirman Hj. Arshad. Meruntun kalbu dengar dalam hujan cam gini. Bangunan paling tinggi sebelah kiri tu my opis okeh. Dekat je.

Lirik : Hujan
Hujan yang turun bagaikan mutiara.
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau dan bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi diwaktu hujan turun
menyirami ketandusan hati...
dan hujan turun turut mengiringi
engkau... pergi

Selembut hujan bercurahan begitulah cinta ini
semeesra bumi yang disirami begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
bersama pergi bersama rindu
kau datang dan kau pergi jua
rindu...lagi

Selembut hujan bercurahan begitulah cinta ini
semeesra bumi yang disirami begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
bersama pergi bersama rindu
kau datang dan kau pergi jua
rindu...lagi... rindu...lagi


You Might Also Like

12 ulasan:

  1. okey skrg ayu tau kak jun diet orgnya.. selain kurangkan mkn lemak. kak xminum ais..

    ala.... ayu suka ABC yang mcm tu. belanjalah ayu

    kak azie merenung hujan.. ibarat teringat hisyam dan seri bulan kah?

    BalasPadam
  2. Hujan boleh menukar mood jadi romantis...ecece.

    Hehe...

    BalasPadam
  3. ohh .. dari sini rupanya gambar ABC yang AzieAzah masukkan ke fesbuk dia .. boleh habis ke ?

    BalasPadam
  4. Pasemboqqqqqqq ....
    Rasa terliurrrr pulak ....

    BalasPadam
  5. Salam Kenal June..

    Wah, bestnya pergi utagha makan pasermbor..Semua nampak sedapsedap belaka.

    Blog Qashmere
    Style Me Gorgeous By Qashmere

    Take Care Sis

    BalasPadam
  6. Makan masa hujan mestilah syok Aina.
    Pasembor sana terkenal betul ye.


    psst: kakak rindu nak tart tersohor Azie lagi. Sedap tau:)

    BalasPadam
  7. salam kunjung balas.....

    wah sedapnya pasembor tu...tiba2 tringin nk makan.....

    BalasPadam
  8. ekekekeke..baca juga kisah ni kat blog kak azie....saya musti try la, kalau chedet pun pi makan kat sini..

    BalasPadam
  9. syahdu jer si baju pepel termenung ngeeee.........

    BalasPadam
  10. Nak kena deting ngn mmD nih...sempoi! ,,,cam best je abc sama mee rebus tu...pasembur kl tak leh lawan penang punya kot kak Aina..

    BalasPadam