Petua Menghilangkan Bau Peti Sejuk

5:48 PTG JunAina 10 Comments

Peti sejuk adalah antara keperluan zaman sekarang. Fungsinya pun sangat banyak membantu tetapi kalau sudah banyak sangat yang kita simpan tentulah pelbagai bau yang ada. Daripada bau wangi sampailah bau ikan kering yang harum semerbak. Sama-sama kita kongsi petua ini.

1. Letakkan sedikit esen vanilla di dalam belas kecil dan simpan di dalam peti sejuk.
    Peti sejuk akan berbau harum dan segar.

2. Bungkus seketul arang dengan perca kain. Letakkan di dalam peti sejuk.
    Arang ini akan menyerap bau busuk yang ada di dalamnya.

3. Letakkan sepotong nenas pada setiap tingkat di dalam peti ais. Bau yang tidak enak akan hilang.

4. Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di dalam peti ais.
    Bau peti sejuk akan harum seperti    daun pandan.

Salinan Asal : Harian Metro


You Might Also Like

10 ulasan:

  1. Kalau yg guna daun pndan tu ada buat gak. tapi tak jugak berbau harum mcm pndan..mybe sikit sgt.

    BalasPadam
  2. satu lagi... letak roti pada setiap tingkat n ada juger yg kata..letak surat kabar..tapi belum try.. yg roti tuu.. ai korbankan sekeping dua..berkesan..n paling senang..guna roti yg dah expired normally but belum tumbuh cendawan laaa

    BalasPadam
  3. salam perkenalan daripada cikgu...

    BalasPadam
  4. pernah letak arang..daun pandan pun ok gak

    BalasPadam
  5. ooo...gitu pulak..sng2x je nk bt petua yer :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Jun

    terima kasih
    nanti nak cuba....

    BalasPadam
  7. Ada yang cakap letak arang pun leh juga..

    BalasPadam
  8. selalu letak daun pandan je.nk cuba try lah letak eseen vanila tu;D

    BalasPadam