Festival Kuih Bulan

8:16 PG JunAina 24 Comments


Junior berlari-lari masuk rumah sambil melompat girang,

Junior : Mama...! Mama...! Kok Meng kata sekarang tengah ada festival (Kok Meng adalah anak jiran depan rumah berbangsa Cina dan Junior pulak mesti ingatkan festival macam dalam kartun Dora The Explorer).

Mama : Festival apa?

Junior : Ala yang ada hantu-hantu tu.

Kok Meng : Bukan la acik, Amirul tipu (dia bersuara dari luar).

Mama : Kok Meng pesta tanglung ke?

Kok Meng : Main tanglung acik tapi festival kuih entah kuih apa (hahahaaa...ada ke pulak cam tu budak ni).

Mama : Oooo.. Festival kuih bulan (masa tu tiba-tiba teringat kat Nekcik yang dok cerita tentang kuih bulan pemberian seorang kawan di blognya)



Kuih bulan yang mempunyai pelbagai pilihan inti dan rasa. Cerita mengenai Pesta Kuih Bulan boleh di baca di blog idhamlim.com dan gambar ini juga di copy dari sana.



Perarakan tanglung yang cantik dengan pelbagai warna dan rupa akan di adakan pada malam perayaan Pesta Kuih Bulan. Pic credit here. Malam tadi budak-budak tumpang gembira main tanglung bersama Kok Meng, ada 2 tanglung macam kat atas tu berwarna merah dan oren.


Rupanya Junior dok koyak kertas buku banyak-banyak kononnya nak buat tanglung! Apalah anak ni, mama dulu buat benda tu dengan surat khabar lama ja. Buat bersegi kemudian bakar atas jalan depan rumah mak tok yang merupakan kawasan lapang almaklumlah sawah. Naik tinggi. Orang tua-tua tak bagi main sebabnya bila api di udara depa samakan dengan 'hantu tengelung'. Korang pernah dengar? Ceritanya hantu tu terbang bagai api di angkasa dengan perut terburai. Takutttt...larikkk... Sekarang dah ada lampu neon 'hantu tengelung' pun dah lari masuk hutan dia pulak yang takut. Budak-budak zaman sekarang dah tak pernah dengar cerira mitos sebegitu.


Malaysia terdiri pelbagai bangsa, begitu juga kaya dengan adat dan budaya bangsa masing-masing. Meraikan sambutan perayaan sesuatu kaum sebagai menghormati budaya mereka selagi tidak mengganggu aqidah dapat merapatkan silaturrahim sedia ada. Apa juga bangsa dan warna kulit kita tetap 1Malaysia yang hidup di dalam kepelbagaian budaya.


You Might Also Like

24 ulasan:

  1. Jiran kakak pun main tanglung ini Aina. Bila anak-anak balik tuisyen malam-malam bukan terus masuk rumah tapi enjoy tengok tanglung yg telah tinggi di atas. Warna-warni dan bergerak itu yg mereka suka.

    BalasPadam
  2. Ya ya betul tu.. tapi dulu-dulu, che mid pernah 'ter'makan kuih bulan ni setelah diprovoke oleh orang Cina. Nampak macam halal je, jadi che mid makan la.. tapi ada orang Cina lain kata, "Eh, jangan makan .. itu kuih ada minyak babi.." Erk! Tapi sekarang dah banyak yang confirm halal kan..

    BalasPadam
  3. aritu dah merasa gak moon cake, kawan opis bawak org melayu bkn cina. Kitakan 1 Malaysia, semua merasa...sedap & manis.

    BalasPadam
  4. hehe 1 malaysia :)

    kita suka jgk kueh bulan..

    BalasPadam
  5. Dulu ms kerja ngan cina sll gak makan kuih bulan nie depa bgyg halallah..sedap jugak

    BalasPadam
  6. baru mlm tadi anak mama sambut pesta ni di kediaman guru kelasnya... mama pun join.. seronok..

    BalasPadam
  7. he3 x pernah dgr pulak nama hantu tu...

    BalasPadam
  8. musim raya kuih bulan ni hari2 saya dapat makan kuih bulan..hehehe

    BalasPadam
  9. psttt kak...kalo akak nak tau peberet lieya kuih bulan nieh....lagi skrang ni senang nak cari yg halalkan...so boleh mkn tanpa ragu2....

    skrang dah canggih kak, tanglung yg siap lampu pun ade jual...cantik n tahan lasak lagi...dah abis gune leh simpan n main balik tahun depan hah heheheeheheh....

    hepi weekend akak & family....have a nice weekend....

    BalasPadam
  10. sy pernah rasa kuih bulan tu....ikut perisa, skrg ni katanya dah ada perisa durian pulak..huhuh

    BalasPadam
  11. yer kita semua 1 malaysia :)
    tapi saya tak makan mooncake hehe

    BalasPadam
  12. KA suka kuih bulan ni tapi bukan yg ada telur asin tu.... yg penting kena cari yag halal kan !

    BalasPadam
  13. bos ada bagi kuih bulan tu..tp dee tak berapa suka nak makan..dulu2 seronokkan main tanglung..budak2 skrg ramai yg dh tak merasa..

    BalasPadam
  14. Baru baru ni mmg nampak JJ jual banyak kuih bulan depan casher ...rupanya ada pesta khas tu Kuih Bulan ....tulah Raya Cina lama lagi!

    BalasPadam
  15. Kalu depa dapat pi tengok sambutan Pesta Tanglung haritu kat Petaling Street dan Pasar Seni, mesti depa suka. Sebab budak-budak ada booth yang ajar buat tanglung, dan juga dapat tanglung percuma. Meriah sangat!

    BalasPadam
  16. kompom meriahkan nti fetival kuih bulan tuh

    BalasPadam
  17. Tak pernah dengar pulak pasal Hantu Tengelung tu. Nasib baki mitos aje. Hari ni anak saya cuti sempena 'festival' kuih bulan semalam, katanya ... :D

    BalasPadam
  18. Kalau tanglung pasang masa raya...letak plak kat laman rumah....pehhh....sure ohsem...

    BalasPadam
  19. Menarik bila tengok kat pasaraya pelbagai jenis kuih bulan.

    BalasPadam
  20. antu terebang-terebang.. ada api.. macam antu penanggal je..

    BalasPadam
  21. tahun ni belum sempat merasanya.

    BalasPadam
  22. semalam balik dari sekolah,anak bongsu ada bertanya jugak..mak..bila pesta kuih bulan?
    agaknya terdengar2 kawan2 berbangsa cina bercakap dalam kelas kut..

    BalasPadam
  23. sy tingin nk mkn tp masih blom jumpa yg halal

    BalasPadam
  24. zura pernah makan mooncake yang halal.. zura korek amik telo masin kt tengah tu jerk.. hahaahah

    BalasPadam