Perhimpunan Raksasa Hari ATM Ke-80 Part 2
Lama tak jejak Dataran Merdeka lalu tiap-tiap hari tapi...balik kerja. Tempat lepak-lepak malam minggu masa remaja dulu, dengan kata lain tempat lepak datinglah. Hari ini berkesempatan bertamu kat sini, mengutip kenangan separuh jalan zaman muda.
Klik sini untuk part 1.
Motif tunjuk gambar. Orang selalu kata kami kembar, itu dedululah tapi sejak adik saya mendapat suami yang pandai sangat menjaga isteri sehinggakan dia kembang bagai apam nan mekar tidak le lagi orang memandang kami dengan tanda soal.
Booth pertama kami lawati adalah 'Survival Village' kat sini menempatkan pelbagai info bagaimana askar-askar yang berada di dalam hutan mencari iktiar hidup mereka. Mempamerkan binatang-binatang yang biasa ditangkap untuk dijadikan hidangan sebagai ikhtiar hidup, ada ayam hutam, kura-kura, landak, ular sawa, burung hantu dan seekor binatang spesis momyet yang saya lupa namanya. Di pamerkan juga perangkap yang digunakan untuk menangkap haiwan tersebut. Juga di tunjukkan pansuh iaitu memasak menggunakan buluh.
Burung hantu. Tido je waktu siang tapi malam-malam mula aktif. Junior kata comel!
Ini pulak landak. Ngeri je tengok cam ner la nak makan dia tiba-tiba teringat kat Wahida yang teruja makan rendang landak.
Tumpang pegang senjata ye bang (nak angkat sendiri tak larat berat).
Booth Kor Risik DiRaja kebanyakan pameran mengisahkan zaman kominis, mempamerkan senjata serta barang-barang milik PKM. Tak lama di sini kerana banyak cerita-cerita sedih dan pilu menerpa di hati. Bukan keluarga mereka sahaja merasa tetapi kita sebagai rakyat Malaysia juga turut bersedih.
Demo memasak ration MRE (meal ready to eat) kala di dalam hutan. Guna lilin khas sebagai bahan api, buka pack dan panaskan untuk hidangan minum petang iaitu betik rebus dan sebelah lagi tengah masak nenas. Sebelah sana lagi tu tengah masak nasi dan lauk untuk hidangan tengahari.
Gerun tengok peluru walaupun dah tak aktif, boleh tanya apa sahaja info berkenaan peluru pada petugas yang ada. Kat dalam banyak lagi peluru-peluru yang besar-besar lagi. Ngeri!
Opocot! Tertejut mak jemah. Dok buat penyamaran tengah padang ni pulak. Ada sorang budak perempuan ni kekonon nak ambik gambar dengan agen penyamaran berdiri posing punya baik tetiba patung bergerak habis bertempiaran lari sambil menjerit termasuk kawan dia yang tengah pegang kamera so penyamaran berjaya.
Antara senjata yang di pamerkan, boleh pegang-pegang dan try-try tak ada pelurulah tapi... Kalau ada mahu ramai yang menjadi mangsa kot!
Jangan pandang sebelah mata pada abang-abang yang gagah, perkasa dan berotot ini. Muka garang dan tegas tetapi sedikit ruang di hatinya tetap halus dan berseni. Hasil air tangan mereka seni ukiran ais dan seni ukiran buah. Korang boleh buat macam ni? Tabik-tabik...
Jom hikram bawak kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik semua naik helikopter. Pilot to be...tapi dik mama risaulah abah kecik hati nanti.
Parachute! Ada berani?
Sebab tak dapat tengok 'jet pejuang' jadi tangkap gambar Junior banyak-banyak dengan replika bagi dia happy sikit.
Replika-replika aset Tentera Laut DiRaja Malaysia yang dipamerkan. Kapal selam tu namanya Tun Razak dan yang bawah KD Jebat.
Owhhh seperti biasa gambar akhir tentulah Cik Puan Blog yang turut nak cari glamour!
Pada hari yang sama juga di adakan sesi Pemilihan Awal Prajurit Muda Lelaki/Wanita Tentera Darat, mereka yang berjaya akan melalui Pemilihan Akhir untuk Prajurit Muda Lelaki Siri 174/2014 dan Prajurit Muda Wanita Siri 36/2014 dan yang terpilih akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Bersedialah mental dan fizikal wahai adik-adik sekelian.
Penat melayan kerenah anak tetapi hati tetap puas kerana dapat menggembirakan mereka. Menambah pengalaman serta pengetahuan buat mereka juga memupuk semangat patriotisma di dalam diri anak-anak. Menyemai semangat cintakan negara. Dataran yang luas memudahkan pergerakan walaupun agak ramai yang hadir, masih ada ruang untuk bergerak bebas dan selesa.
wahhh..seronoknya aina...
BalasPadamkalau kakain pun terkejut.larikk jugakkk
kak..itu daging landak..duri dia buang..kami idaklah makan dgn duri2nya..kihkihkih..
BalasPadambtw..akak asyik ckp nti abah kecik hati..kenapa? suami akak tak suka anak2 jadi asokar ye? hehehe..
wahhhh menarik nyer.... siap ada kem bagai tu...
BalasPadamIni bukan tempat OKje berdating JA hehe...
BalasPadamTapi mmg jarang pun pergi KL...zaman sekarang apa tah lagi!
Nampak menarik, sayang pada hari itu Nisa kena bekerja. Tak sempat untuk singgah ke sana :c
BalasPadamsangat menarik.. bila dapat peluang takkan dilepaskan.. ;)
BalasPadamBagus bwk anak2 pergi event cam ni. Kita org tua pon bagus gak tambah ilmu.
BalasPadamuntung akak sempat luangkan masa kat sini..
BalasPadamalohhh...
BalasPadamrugi ahh hari tu tak pergi...