Kerajaan Umumkan Bonus

8:34 PG JunAina 3 Comments

Berita malam tadi tercongok depan tv, tengok berita Pak Tuan sibuk kat bilik entah apa yang dicarinya. Tajuk utama yang membuat Aina teruja...

Kerajaan umumkan separuh bulan gaji bonus buat semua kakitangan awan dengan bayaran minimum Rm500 termasuk untuk semua pesara . Rezeki bulan Ramadhan untuk Aidilfitri tak lama lagi, sekurang-kurangnya ringanlah sedikit bebanan perbelanjaan hari raya nanti.

Seperti biasa sandiwara semusim pun berlakulah...
Abang...bonus tu separuh I punya ke...hahahaaaa...
Hah...!!! Bonus apa pulak (buat-buat tak faham)...?
Tu hahhh...Najib umumkan bonus separuh bulan gaji tadi untuk kakitangan kerajaan kalau bagi takut boros berbelanja boleh juga masuk ASB...
Pak Tuan gelak besar tp tak ada pulak jawapan yes or no...

Aina masih menunggu buah tak gugur, harap lepas Kerajaan Malaysia umumkan bonus utk kakitangannya Kerajaan Kecil RWP pun akan umumkan bonus juga buat semua rakyat di bawah naungannya...




You Might Also Like

3 ulasan:

  1. Untunglah yg kerjo gomen Aina. Kakak kena tunggu YE2011 baru boleh dapat....

    BalasPadam
  2. kak zakie...aina juga masih menunggu kot2 bulan jatuh keriba atau mendapat durian runtuh...

    BalasPadam
  3. kalau dapat la bonus..
    alhamdulillah..kan kak aina..hee~

    BalasPadam