Terawikh - Terkilan

10:57 PG JunAina 4 Comments

Sejak Ramadhan, menjengah sudah hari ke sepuluh tetapi sehingga hari ini belum berkesempatan menunaikan solat terawikh berjemaah. Apa yang mampu buat sahaja kat rumah dan macam biasa banyak yang terbabas dari yang tertunai. Terasa ruginya...

Masih terkesan sehingga kini. Bila ke surau tentulah semua anak-anak di bawa sekali memandangkan tiada siapa pun kat rumah untuk menjaga. Lagipun inilah masanya mendekatkan anak-anak dengan rumah Allah. Mendidik biarlah dari kecil bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Kalau dah jadi buluh bila di lentur takut pula kita yg di bidasnya.

Suatu hari entah di Ramadhan yg ke berapa. Kebiasaan Junior agak manja, sementara menunggu rakaat seterusnya dia akan datang memeluk, cium dan pergi. Sebagai ibu Aina melayan sepert biasa. Memang kita ingin mendidik supaya dia bersolat tetapi dengan umurnya yg sebegitu dan kawan-kawan yang ramai apa yang mampu kita buat kecuali menegur sebelum bersolat.

Memilih untuk duduk di hujung saf terakhir agar senang Junior mendekati. Pada hari kejadian seperti biasa dia datang memeluk, mencium dan pergi. Suatu suara menegur dengan sinis (umurnya agak sudah separuh abad).

Anak ke?
Ya (menjawab sambil tersenyum).
Berapa tahun?
6 tahun.
Apa hukumnya nih budak lelaki masuk tempat solat wanita, apa hukumnya pulak dengan aurat-aurat wanita kat sini (ruang solat wanita terletak di ruang terbuka tingkat atas.)

Sesungguhnya aku terkedu. Junior berumur 6 tahun dan rasanya belum mumayyiz jugak.

Pernah jugak anak perempaun Aina di minta ke saf belakang dengan suara tinggi dan muka yang masam bila bersolat di sebelah Aina dan Hayani mula menarik muka tidak dapat bersolat di sebelah emak. Aina angkat sejadah dan pegang tangan anak pergi ke saf paling akhir. Padahal Aina juga memilih hujung saf sebab faham anak hanya berumur 9 tahun waktu itu.

Tahun ini kata Pak Tuan buat sahajalah di rumah. Tunggulah anak-anak sudah besar sedikit dan Aina berharap ini bukanlah RAMADHAN TERAKHIR supaya Aina dapat sama-sama berjemaah menunaikan solat terawikh. Bersama-sama mengimrahkan bulan Ramadhan!


You Might Also Like

4 ulasan:

  1. Aina..sekarang ni alhamdulillah..tiap2 malam acik dapat kemasjid..dan ada aje kanak dok sebelah ibu dia..dan selalunya ibu dia pilih saf belakang dan tepi sekali macam yang aina buat..alhamdulillah..belum sekali pun acik dengar ada yang marah dan tegur..lagi pun budak2 tu dok diam je sebelah..yang comel tu..ibu2 dia siap pakaikan anak2 comel tu telekung sekali.
    ada jugak2 kanak2 lelaki..tapi kita semua kan dalam telekung,
    tak pe aina..insyaallah nanti dapat jugak aina berjemaah tu.

    BalasPadam
  2. hmm....adakah yg menegur tu AJK Surau?

    hmm...kot yer pun nk tegur..tak perlu rasanya kan nak jerit2.. :(

    BalasPadam
  3. kenapa xsuruh suami jaga

    BalasPadam