Ustaz Amin-Lailatul Qadar

3:18 PTG JunAina 21 Comments

Kuliah subuh 20 Ramadhan.
Ustaz Amin

 
(Gambar di copy dari laman web Ustaz Amin)

Beliau merupakan seorang pendakwah bebas dan Aina sangat suka mengikuti ceramah agamanya. Juga sering mengunjungi ke laman sesawangnya ustazamin mengikuti kembara dakwahnya ke serata pelusuk dunia.

Menarik pagi Ahad yang lepas berbicara tentang Lailatul Qadar yang bersiaran di TV9. Sambil menguruskan rumah telinga masih mampu menagkap bait-bait kata dari Ustaz Amin (walaupun TV hanya membebel sendirian dan orangnya di dapur mencuci pinggan).

Tertarik dengan jawapan kepada satu soalan dari hadirin pagi tersebut.
1. Amalan-amalan yang lebih afdal untuk kita lakukan semasa lailatul qadar.
2. Bagaimana dengan ibu-ibu yang uzur hendak mendapat pahala lailatu qadar.

Jawapan yang mudah di fahami telah diberi, Aina sangat tertarik dan bagi Aina Ustaz Amin memang mempunyai ketokohan tersendiri (kalau cakap dengan makcik-makcik atau pakcik-pakcik kat kampung pun mereka akan faham).

1. Amalan-amalan ni umpama kita makan. Ada sesetengah orang dia kenyang makan nasi, ada yang kenyang makan sayur, ada yang kenyang makan roti, ada yang kenyang makan semua dan sebagainya. Begitu juga dengan amalan hari ni mungkin kita baca Al-Quran, besok kita buat sembahyang sunat lusa pulak amalan-amalan lain. Tetapi sekiranya sesuatu perkara itu menjagkaui orang lain ada lebih afdal mendahuinya seperti menziarah orang meninggal, melawat orang sakit maka lebih afdal melakukan yang menjankaui orang lain dahulu.

2. Bagi ibu-ibu yang keuzuran menjelang 10 malam terakhir, tidak perlu merasa runsing kerana rahmat Allah (s.w.t) sangat luas. Janji Allah (s.w.t) pahala amalan kita di malam lailatul qadar adalah bersamaan 1000 bulan. Makanya ibu-ibu akan mendapat pahala bangun malam menyusukan anak sebanyak 1000 bulan, pahala tukar langsir sebanyak 1000 bulan dan pahala masak sahur selama 1000 bulan.

Makanya perbanyakkanlah amalan di sepuluh malam terakhir Ramadhan, demi mengejar pahala 1000 bulan. Apa-apa juga amalan kebaikan kita dari waktu magrib sehingga menjelang subuh besoknya akan digandakan menjadi 1000 bulan. Bayangkanlah sekiranya kita berqiamullail di malam lailatul qadar seolah-olah kita telah berqiamullail selama 1000 bulan. Wallahuaqlam...

* Catatan ini di buat berdasarkan ceramah dari Ustaz Amin, mungkin apa yang tertulis tidak sama dengan setiap butir bicara ustaz. Aina sekadar berkongsi apa yang difahami untuk renungan kita bersama.


You Might Also Like

21 ulasan:

  1. suka bla dgr ceramah ustaz ni .. :)

    BalasPadam
  2. suka dgn ustaz amin ni..ceramah dia selalu kelakar dan menggunakan bahasa yang mudah di fahami...

    BalasPadam
  3. Begitulah ganjaran pahala Allah berikan setiap satu menjadi 1000 Aina.... Siapa tak mahu kan...

    BalasPadam
  4. niena...akak memang suka dengar ceramah atau membaca tulisan dia...

    BalasPadam
  5. cik kancil...hehehee...

    itu yang membuatkan kak aina jatuh cinta padanya...opsss...jatuh cinta pada ceramah2nya...

    BalasPadam
  6. kak zakie...
    kalau letak duit Rm1000 ramai berebut tapi benda tak nampak kat depan mata ramai yang masih leka kecuali orang2 yang sememangnya sedar nikmatnya pahala 100 bulan...

    BalasPadam
  7. Islam itu mudah, cuma kita yang sering membuatkan amalan itu nampak susah dan akhirnya tiada suatu pun yang dilakukan...

    BalasPadam
  8. betul tu kak cik...sekecil mana pun amalan akan ada ganjaran dari Allah (s.w.t)

    BalasPadam
  9. info yang bagus. nak quote sikit ye....

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum JunAina,

    Besar dan Luasnya kasih Allah pada kita hambanya selagi kita tidak melupakan DIA.

    BalasPadam
  11. anisalya...sila2...terima kasih kerana sudi singgah ye...

    BalasPadam
  12. k.ani...insyaallah sama-samalah kita ingat mengingati supaya kita tidak alpa dan lupa...

    BalasPadam
  13. teringin nak jumpa ngan suasana Lailatul Qadar...

    BalasPadam
  14. sangat menariklah kak aina

    BalasPadam
  15. Allah itu maha penyayang...setiap kebaikan yg kita buat..walaupun sekecil zarah..ada ganjarannya... :)

    BalasPadam
  16. saya telah dapat mafhumnya .. terima kasih.

    yang senangnya buatlah baik sepanjang masa.

    BalasPadam
  17. cikgu...
    hanya yag terpilih akan dapat merasakan kehadirannya tetapi apapun yang paling penting kita mendapat pahalanya...

    BalasPadam
  18. mamaema...
    sekadar berkongsi coz kak aina ni peminat setia ustaz amin.

    BalasPadam
  19. akak sokong nabilah. buat bai sentiasa ada balasa baiknya...kecil ke besar ke tetap di hargai...

    BalasPadam
  20. terima kasih atas kunjungan tuan haji...

    memang betul berbuat baik biarlah sepanjang masa tetapi lailatul qadar menawarkan bonus yg banyak untuk kita...

    BalasPadam
  21. sama2 le kita kejar malam tu

    BalasPadam