Taman Negara Kinabalu

3:10 PTG JunAina 13 Comments

Perjalanan ke Sabah tidak lengkap sekiranya tidak mengunjungi Taman Negara Kinabalu. Merasai kesejukan kabus yang tebal di kaki Gunung Kinabalu tetapi tidaklah pula mampu untuk mendaki ke puncaknya. Tidak juga ingin menceritakan sejarah bagaimana gunung yang tinggi itu mendapat nama kerana terdapat berbagai versi ceritanya. Hanya ingin berkongsi keghairahan kami sekeluarga menempuh bukit-bukau semata-mata untuk menikmati dinginnya kabus di kaki gunung.

Menyewa sebuah kereta dengan bayaran Rm100 sehari semalam dan tambahan Rm30 untuk menambah masa sehingga ke pukul 2 petang keesokkan hari dan janjinya kereta akan diambil di lapangan terbang (senang tak perlu ambik teksi dari penginapan ke lapangan terbang). Nombor telefon empunya kereta hanya diambil dari sebuah restoran sekitar Permonade Apartment semasa sarapan pagi, dalam masa sejam kereta dihantar hingga ke penginapan.


Singgah sebentar di Balai Polis Tamparuli, bertanya arah. Walaupun Pak Tuan sudah biasa dengan Sabah tetapi sesekali tersasar jua. Semasa terlihat papan tanda Tamparuli tiba-tiba teringat bait-bait lagu Jambatan Tamparuli.


Perjalanan yang memenatkan menempuhi jalan berbukit-bukau, bila memotong kenderaan di hadapan hati berdebar kencang (yang bawa kereta steady sahaja). Kelihatan dihadapan hampir diliputi salji kabus adalah puncak Gunung Kinabalu.



Setelah melalui perjalanan yang mendebarkan (kerana selalu menekan break  kereta walaupun hanya menjadi penumpang kat sebelah) akhirnya kami sekeluarga sampai juga. Inilah dia pintu masuk ke Taman Negara Kinabalu. Bayaran masuk sekitar Rm3 untuk dewasa dan kami hanya membayar Rm8 untuk sekeluarga.

Sayup mata memandang, kehijauan yang melegakan mata tetapi andai tersesat pastinya menakutkan. Gambar ini diambil sekitar jam 11.30 pagi.

Anak-anak sempat bergambar di pelantar ini. Walaupun dibelakangnya hanya hutan rimba tetapi mereka tetap gembira.

Gambar ini di perhentian pertama sebelum sampai ke point terakhir Timpohon untuk mendaki. Tempat ini disediakan untuk pelancong menikmati pemandangan tetapi di tika ini sekitar jam 5 petang tiada apa yang dapat dilihat kecuali kabus tebal yang dingin. Tengaharinya semasa sampai tke sini terpaksa meneruskan perjalanan ke Ranau kerana minyak kereta telah menyala-nyala minta di isi, takut sekiranya meneruskan niat ke tempat pendakian kami anak-beranak pula terpaksa menjadi pendaki.

Berjaya juga akhirnya sampai ke point terakhir untuk pendakian ke Gunung Kinabalu melalui Timpohon. Sempat juga berposing. Selamat mendaki tetapi hanya ucapan buat pendaki tidak untuk kami sekeluarga.

Siapa berani? Inilah nama-nama pendaki terhebat yang tercatat selepas pintu gerbang.

Di dalam kabus meneliti laluan mendaki sepanjang lebih 8 kilometer (andai stamina hanya seciput jangan ada hati!). Takut tak sempat naik sudah semput.
 
Abang bergambar kenangan di pelantar perhentian ini, andai tiada kabus pasti pemandangannya cantik sekali tetapi jika tiada kabus tidak terasa berada di tanah tinggi.

Kakak mengambil kesempatan bergambar di pelantar, ditangannya adalah buah-buahan siap dipotong yang dibeli di Kundasang yang pastinya nenasnya sangat manis. 

Taman Negara Kinabalu sememangbya sesuai buat pencinta alam. Flora dan faunanya pasti akan menggamit kedatangan buat kali ke dua. Pemandangan yang cantik seluas mata memandang itulah kebesaran Ilahi.




You Might Also Like

13 ulasan:

  1. Kak... best giler kalau dpt p
    situ time panas2 gini...sejuk jer
    cuaca kat sana kan...

    BalasPadam
  2. memang best...duduk tempat tak berbumbung pun terasa nyaman jer.

    BalasPadam
  3. Walau panas tapi sebab banyak pokok terasa freshnya udara di sana. Mendamaikan sungguh buat mata memandang Aina...

    BalasPadam
  4. bestnya kalau dapat pergi sana..tak pernah sampai Sabah lagi ni kak..hee~

    BalasPadam
  5. suatu hari kalau ada rezeki ke sabah lagi aina nak bermalam di kawasan sana, banyak chalet kat situ...memang udaranya fresh tak macam kl yg penuh hutan batu...

    BalasPadam
  6. ezad...nak gi sabah sekarang tak perlu belanja besar sangat...k.aina pun beli tiket air asia masa promosi, kalau tak tak termampu nak bawak satu keluarga.

    BalasPadam
  7. Aina..bila tengok gambar kabus tu pun dah tau tanah tinggi kan

    BalasPadam
  8. tahun depan baru nak pergi ke kaki gunung...hari tu tak sempat..perjalannya jauh kan...kereta apa Rm 100 sehari tu...ada no. phone dia lagi tak kak jun?

    BalasPadam
  9. Satu M'sia kak Zai dah jejaki cuma Sabah yang belum sampai,teringin sangat tapi tak tau bila.

    BalasPadam
  10. betul tu kak erna...kabus di sesetengah kawasan tu memang sampai tak nampak jalan...hanya main agak2 je...

    BalasPadam
  11. ema...

    k.aina pun booking air asia je, awal tahun hari tu masa promosi. memang jauh jugak hampir 100km tp 100km highway lin ini 100km bukit bukau...

    rasanya abang ada simpan coz akak dah minta dia simpan utk datang lain kali...

    BalasPadam
  12. kak zai...

    aina pun sama macam kak zai jugak ada stu lagi belum kupijak buminya iaitu Bumi Kenyalang tetapi telah berada di dalam senarai menunggu utk tahun hadapan...

    BalasPadam