Ranau - Kundasang
Akibat kekeringan minyak kereta Pak Tuan membuat keputusan untuk pergi ke Ranau terlebih dahulu untuk mengisi minyak. Terpaksa keluar dari Taman Negara Kinabalu dan menurut penjaga tiketnya kami sekeluarga boleh masuk kembali tanpa bayaran kerana tiket tersebuat sah untuk sehari dan bagi pengunjung yang bermalam pula tiket tersebut sah di gunakan untuk 3 hari.
Sepanjang perjalanan pemandangan sangat cantik dengan gunung-ganang dan hutan memukau mata memandang. Melalui Kundasang yang di penuhi kebun sayur saujana mata memandang dan rumah-rumah berbalam-balam di celahan bukit, hati tertanya-tanya bagaimana cara mereka untuk sampai ke sana. Tiada jalan raya sehebat kita di Semenanjung cuma jalan tanah merah yang hanya mampu di lalui oleh pacuan empat roda!
Setiba di Ranau tentulah stesyen minyak yang di tuju. Pak Tuan membuat keputusan untuk makan tengahari di Ranau. Di sebabkan kakak dan abang telah muntah di dalam perjalanan masing-masing hanya berani memakan roti canai sahaja termasuk Junior. Mama pula hilang selera makan akibat keletihan turut meminta roti canai, hanya pak tuan yang makan nasi. Walaupun hanya roti canai anak-anak menghabiskan 2 roti canai seorang. Pekan Ranau hanyalah sebuah pekan kecil dengan deretan kedai biasa, walaupun terletak jauh dari bandar tetapi harga makanan tidaklah mahal.
Selepas singgah solat zohor di masjid Ranau kami meneruskan perjalanan untuk ke Taman Negara Kinabalu semula dan akan singgah di Kundasang juga seperi yang dijanjikan Pak Tuan. Singgah sebentar di kawasan penjualan sayur-sayuran di Kundasang. Sayur-sayurannya sangat menarik dan murah harganya tetapi tiada apa yg di beli kecuali buah-buah siap potong. Semasa sedang berjalan-jalan azan asar bergema dari Masjid Kundasang dan kami terus singgah solat di situ. Masid terletak di tebing bukit, semasa berwuduk sejuk airnya terasa hingga ke tulang (over acting tp memang sejuk macam mana agakny rasa air tu waktu subuh).
Berehat di Masjid Ranau setelah solat zohor di situ.
Pemandangan sekitar Kundasang. Rumah-rumah yang terdapat di situ nampak umpama permainan. Sanggup ke nak berjalan naik ke sana sedangkan rumah yang di tingkat dua sudah terasa sengal-sengal lututnya memanjat.
Gerai sayur-sayuran dan buah-buahan di Kundasang. Strawberrynya kecil-kecil sahaja dengan harga Rm10/pek, tidak berbaloi untuk dibeli.
Tengoklah kesegaran sayur-sayurannya. Setiap pek mengandungi brocolli, bunga kubis, beberapa biji tomato, lada benggala dan daun bawang yang besar. Di jual dengan harga Rm6 tetapi kalau membeli 2 pek hanya Rm10 sahaja. Memang segar dan berbaloi kalau beli tp memandangkan jauh sangat hendak di bawa balik aina pendamkan sahaja walaupun dalam hati ada taman teringin sangat nak beli.
Bunga-bunga yang segar di tanah tinggi dan belum tentu segar sebegitu bila di bawa balik ke Kuala Lumpur.
Lagi gambar sayur-sayuran dan pelbagai makanan ringan yang di jual di sini.
Masjid Kudasang. Semasa kami sampai solat asar baru saja selesai, jemaah mulai keluar dari kawasan masjid. Walaupun boleh sahaja solat jamak tetapi Pak Tuan mengambil keputusan untuk solat seperti biasa disamping dapat menziarah masjid sekitar laluan perjalanan kami. Syukur alhamdulillah...
Pemandangan sekitar Kundasang yang berbukit bukau.
Jalan ini baru sahaja siap, sekiranya dari jalan besar kita akan nampak ia dibina khas untuk kemudahan penduduk pergi ke masjid. Jalan ini tidak mati di sini mungkin turut menghubungi kampun-kampung lain di pedalaman.
Betul tu kak..
BalasPadamGeram nengok sayur2 dan bunga segar tp apakan daya...x berbaloi nak bawak balik ke semenanjung...lain la kalau p Cameron highland..
salam kenal - salam ramadhan
BalasPadamselamat menjalani ibadah puasa
Kundasang....kau tunggu aku datang!!!
BalasPadambestnya tgk gambar2 kundasang ni. tak sabar nak pegi. bulan 10 ni insyaAllah. :D
*kalau nak sayur baik beli kat cameron je kan? :D
wah seronoknya... tak pernah sampai ke sana
BalasPadamkundasang mmg cantik sgt2.. :)
BalasPadamBetul tu SHiNJU akak geram je tengok sayur2an kat situ tp mengenangkan jauhnya nak bawak balik akak diamkan sahaja...
BalasPadamterima kasih kerana sudi menjengah halaman ini buat sonata anak kecil...salam ukhwah...
BalasPadamgadis bunga...kalau anda seorang pencinta alam tentu anda akan teruja tp memang best. banyak lg tempat tak sempat pergi dalam 4 hari tu tp insyaallah suatu hari akan kembali lagi...
BalasPadamkak normah...aina first time sampai tp bawak anak2 yg tak tahan jalan berbelit2 ni memang meletihkan...
BalasPadamheidi...betul2 cantik thanks sudi singgah...
BalasPadamharap tahun depan dapat jejak ke kundasang itu..
BalasPadamakak sewa kereta erkh?
bla la dpt g sana... aik keje2 je
BalasPadamKak Zai suka tengok sayur2 yang fresh,kalau kat tempat kita beli sayur layu semacam lepas tu banyak pulak lubang2 kat daunnya.
BalasPadamanies...nanti kalau kerja dah kurang ambik cuti paln time air asia buat pro jer...
BalasPadamkak zai...ikut hati mai aina borong tp mengenangkan nak bawak balik KL terpaksa di batalkan wlaupun hati bagai di garu...
BalasPadamNi nak tumpang lalu kejap.... D'Izz Homestay Kundasang menawarkan penginapan berkonsep kekeluargaan... Sayur2 kat gerai boleh d beli utk d masak sendiri kat homestay... Homestay serba lengkap dengan dapur dan peralatan... D jamin halal... Tq. welcome to Kundasang....
BalasPadam