Makan Malam di Teluk Likas.

3:57 PTG JunAina 9 Comments

Bertolak balik dari Taman Negara Kinabalu kami merancang untuk makan malam di Teluk Likas. Janji mama untuk belanja makan besar bila mama dapat surat sebelum berangkat ke Kota Kinabalu. Alhamdulillah rezeki...mama memenuhi janji.

 Mentari merah di ufuk barat, pemandangan indah di Teluk Likas.
 
Hidangan makan malam. Penuh meja untuk kami berlima terasa banyak sangat tetapi boleh pulak di habiskan.
Hidangan utama kerapu masak tiga rasa. Anak-anak hanya memandang ikan ni dan akhirnya mama dan Pak Tuan sahaja yang menghabiskannya. Ikan seberat 600gm dengan harga Rm33.

Kepak ayam permintaan Junior tapi memang sedap, lain rasanya berbanding kat KL.

Sayur yang mengconfiuskan keadaan, 2 kali panggil pelayan tanya betul ke ini kailan ikan masin. Lain macam je gayanya... Akhirnya terjawab juga rupanya mereka menggunakan baby kailan...potong selera betul...

Cuba teka kat atas tu apa? Nampak macam cucoq je... Sebenarnya itula sotong celup tepung orang Sabah, adoyaiii..ingat sama je macam dok makan kat Perlis sekali tepunnya seketul kat dalamnya adalah sotong sekeping.

Memang best jalan-jalan makan angin kat Sabah, masih banyak tempat yang belum sempat di lawati selama berada di sana. 4 hari 3 malam rasa tidak mencukupi. Insyaallah ada rezeki ingin lagi kembali kesana mengutip kenangan. Buat mamaema ini nombor telefon tempat kak aina sewa kereta 012-8412221. Hari terakhir kak aina minta dia orang ambik kereta kat KKIA je, tak perlu lagi kita nak sewa teksi untuk ke lapangan terbang, boleh jimat kos.

Cerita awal boleh di baca sini, sini dan sini.




You Might Also Like

9 ulasan:

  1. Kadang kita membayangkan order sama macam dalam gambar dalam menu sekali keluar tak sama kan Aina...

    BalasPadam
  2. best jalan2 ke Sabah ! suka tengok natural nature nya - kat KK agak mahal - maklumlah bandar - cuba gi Tawau - wow lagi best ! dengan seafoodnya ...ohhh sungguh sedap & fresh

    BalasPadam
  3. "amboii banyaknya aina..tapi alhamdulillah,habis juga janji tak membazir kan..kenapa ank2 tgk jer ikan tu..tak suka ikan kot..diorang tentu suka ayam dan sotong,tp sotong tu betul2 celup tepung..penuh tepung jer..hehhe,lain tempat lain cara diorang ni masak..."

    BalasPadam
  4. syoknya dpat p jlan2 kak yang...ri2 p indon...bila la nak byk duit dpa p jln2 tmpat org cam kak yang...

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. betul kak zakie...aina membayangkan sotong bulat di celup tepung ala2 goreng pisang gitu skali lain pulak yg sampai. memang tak memenuhi citarasa...

    BalasPadam
  7. insyaallah kalau ada rezeki teringin juga ke sandakan dan juga tawau. nanti boleh lah minta tip dari sonata anak kancil ye...

    BalasPadam
  8. kak pia...anak2 makan jugak tp sikit snagat. masing2 makan kepak ayam yang banyak, makan sotong...

    bab sotong celup tepung tu sampai la ni aina rasa ralat sangat, di mata terbayang sotong bula skali datang tepung gedabak...hahahaa...

    BalasPadam
  9. arin...nak jalan tak yah duit banyak. simpan sikit2...k.yang pun cuma beli tiket aor asia masa promosi je, kalau tak sakit jugak nak gi satu family macam tu...

    BalasPadam