Biskut Raya.
Masih terlalu awal untuk menyelak-nyelak buku resepi tapi sekarang ni senang sangat hanya di hujung jari je. Sebut sahaja nak resepi apa terus je tanya en google, kejap je dia akan bagi segala jenis resepi yang kita minta. Bagi wanita bekerja hujung minggu sahajalah masanya nak mengadap oven kat rumah. Masih berbaki 3 kali hujung minggu, masih ada masa.
Perancangannya hujung minggu ini nak jadikan sejenis dua biskut. Wajib ada almond london, cornfleks salut coklat dan biskut mazola dan memandangkan Pak Tuan telah mengeluarkan kacang dari menu hariannya (masalah kesihatan) biskut mazola di tukar ke biskut kelapa sahaja. Tart nenas yang menjadi kesukaan Pak Tuan dan emak kat kampung hanya di tempah sahaja. Kebiasaanya akan oder tart gulung tetapi tahun ni mencari kelainan dan aina memilih Tart Nenas Tersohor dari kak azie.
Perancangannya hujung minggu ini dapat siapkan 3 jenis biskut. Siap pack untuk mak, ibu mertuaku dan tukang jahit depan rumah (adik). Banyak juga le nak kena bakar sebab buat untuk empat buah rumah dan rumah emak perlu lebihkan kerana ramai tetamu nanti dan kebiasaannya anak kesayangan sahajalah yang bawak balik kuih banyak-banyak (hihihiii...tak tahan anak kesayangan marah le anak mak yang lain, semua dia sayanglah saja nak panaskan telinga dia orang). Minggu depan pula nak kemas rumah, ganti langsir, mop lantai, cuci tingkap bagailah (walaupun tak berhari raya kat rumah tp sebelum balik semua mesti tip top). Minggu terakhir sudah tentulah sudah memegang stereng kereta merentas benua negeri untuk balik ke Perlis (tak dapat nak membayangkan keletihan memandu dalam bulan puasa ni). Harap-harap jalan belum begitu sesak.
oh sangat rajin
BalasPadamsya je dah jadi sangat malas
masak kek tak apa, tp biskut bercinta!!!!
saya tak prepare biskut raya pun..
BalasPadamwah..rata2 gi blog dan fb kekwn semua sibuk..dah nak merancang buat kuih raya. baguslah mcm tu...buat sendiri dpt byk dan boleh bagi2 lagi kat mak dan jiran.
BalasPadamsaya pun ordern tat nenas tersohor tu jugak. tak sabo nak mamam!
BalasPadamAina..sama la ngan akak..sebelum balik siap kemas semua..sampaikan uih pun dah masuk lam bekas..dulu la..sekarang ni ma ayah dah takde..rumah pun dah tinggal kosong..
BalasPadamsemoga Aina selamat lam perjalanan pergi dan balik.
rajinkan diri je sayang2ibu...kalau tak buat anak2 tanya, balik kg pulak tak berkuih rumah mak. org datang tak ada penyeri kat meja nanti...
BalasPadamkek Aina pun suka...sekali bakar kejap ada kejap tak ada sebab anak2 mewarisi kegilaan kek yg dimiliki emaknya...hehehee...
mamaema...buat lebih jimat walaupun tak canti dan tak sesedap biskut chef ternama tp yg penting air tangan...
BalasPadamzue...beli barang dalam Rm100 dah dapat berbalang2 kuih dan berjenis2 pulak tu tp kalau beli mungkin dapat 3 bekas je...
BalasPadamGB...best2...kak Aina pun tak sabar tp nak gi ambik lambat sikit. takut belum raya dah tinggal bekas kosong...
BalasPadamacik erna...alfatihah kepada mereka yg telah dahulu meninggalkan kita. aina hanya ada ibu sedari kecil kerana abah meninggal semasa aina berusia 2 tahun. jadi semasa hidupnya ini sahajalah anak2 ingin berbakti.
BalasPadambab rumah ni memang kena kemas...balik nanti tenang je tengok rumah yg dah cantik...
waaa...kak aina, tart nenas feveret saya tu..tapi tahun ni tak sempat nak buat..tadi pun baru jer call mak, mak cakap tak payah buat tart nenas raya ni..
BalasPadamrajinnye...cik bunga tak prepare wat kuih pape lg neyhhh ;)
BalasPadamCik Bunga ditimpa eksiden, huwaaa.. sedihhh :(
Dah merancang nak buat macam2 kerja,tentu seronok kalau ada anak2 yang membantu kan.
BalasPadamnina biasanya order je.. :)
BalasPadamKakak pun kalau buat kena lebih sebab nak bagi rumah bapak juga. Tapi kakak tak buat banyak jenis. Banyak membeli dari membuat sendiri Aina...
BalasPadamcikgu...kak aina suka makan tapi bila buat rasa macam tak menjadi je macam org lain buat...tiap2 tahun tempah je tart...
BalasPadamCB...kak aina kena le prepare awal2 minggu depan dah masuk bab nak mengemas rumah dan mengemas baju pulak tpkan biskut yg buat baru separuh jalan coz sabtu di paksa bekerja...waaa...
BalasPadamalhamdulilillah kak zai...seminggu sebelum puasa anak sulong dah cuci tingkap ruang tamu. lega satu bab...
BalasPadambuat biskut pun tolong juga 2 beradik tu walaupun kacau yg banyak tp legalah sikit beban...
masing2 dah tak sabar nak balik tengok mak tok!
nina...kalau nak oder jenuh la. rumah akak, rumah mertua & rumah mak termasuk untuk adik (memang confirm tak buat kuih coz sibuk menjahit jerk). sejenis biskut kena ada 5 balang...ngeee...
BalasPadamkak zakie...aina cuma buat 3 jenis + oder tart 1 jenis tu sahaja...
BalasPadam