Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin

1:53 PTG JunAina 11 Comments

Kata Pak Tuan terbaek sejak 10 tahun bersama...hahahaa...
Alhamdulillah bukan senang Pak Tuan nak memuji apa yang dimasak kat rumah sebab dia memang seorang yang tidak banyak kerenah kalau bab makan. Lauk kegemaran Pak Tuan, kebetulan sebelum puasa balik tengok ibu mertua kat Bota Kiri pulak tu musim durian. Merasa le durian kampung dan bawa balik bekalan tempoyak baru yaang dibuat oleh mak mertua. Orang Perlis kuat karinya berjumpa pulak dengan orang Perak yang kuat tempoyaknya memang le saya gagal untuk memasak gulai tempoyak sebaik mak mertua atau kakak-kakak ipar.

Paling senang dan simple nak masak, main campak-campak je. Ikan patin, tempoyak, cili tumbuk, timun potong panjang dan serai dititik. Campurkan dalam periuk dan ramas semua bahan hingga sebati, masukkan air dan renehkan atas api perlahan hingga masak. Kalau tempoyak baru tambahkan garam sikit.

Sekarang Aina pun dah pandai makan tempoyak terutama gulai tempoyak ikan patin. Kalau balik ke Bota Kiri menu rasminya adalah gulai tempoyak dan gulai taucu tetapi sejak terpaksa brpantang jenis kekacang menu gulai taucu terpaksa di ketepikan.

Apapun 'Practice Make Me Perfect'!



You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Kakcik perasan akhir2 ni, kakcik tak boleh makan tempoyak. Nanti kepala kakcik jadi 'nenong' semacam. Tak tahulah kenapa. :(

    BalasPadam
  2. kalau durian boleh makan ke kak cik? agaknya kategori di peram kot tak leh makan...

    BalasPadam
  3. sedapnya menu......
    nak cari ikan patin lah.

    BalasPadam
  4. tempoyak memang terbaik la kak.. lagi2 kalau tempoyang cili api style negeri smbilan tu... perggghhhh.. meleleh :)

    BalasPadam
  5. wah...
    rasanya ayu tak pernah makan betul2 air tangan orang n9/perak yang masak versi tmpoyak.
    kemarin ada jual patin tempoyak.. tak boboh bawang putih..
    betul ker??
    maklumlah orang johor tak tau

    jun.. boleh syer entry resepi?
    bila2 pun tak apa

    BalasPadam
  6. Alamak...terliur la Kak Aina...
    sob...

    BalasPadam
  7. top...ini versi org bote, apapun perut kak aina dah mula serasi dgn tempoyak...

    BalasPadam
  8. insyaallah ayu...ini gulai tempoyak perak tiruan pasal org perlis yang masak...hehehee..

    memang tak der bawang...

    BalasPadam
  9. cik shinju...meh2 sedap nih...hehehe...

    BalasPadam
  10. Saya sukaa :D walaupun tak makan tempoyak, tapi sy suka gulai tempoyak :D btw salam ramadhan

    BalasPadam
  11. Nyam2 kegemaran pakar. P Kuantan selalu dapat makan ni. hik3.

    BalasPadam