Tindakan Jais - Muhasabah Diri

11:43 PG JunAina 17 Comments

Tertarik dengan tulisan Dr MAZA yang boleh di baca di MINDA TAJDID. Ada kebenarannya kerenah birokrasi menghadkan pemberian zakat kepada yang berhak.

Mendapat input dari seorang teman antara yang bantuan yang bakal di berikan kepada jemputan yang hadir pada hari tersebut ialah:

   1. Rumah sebagai tempat perlindungan - kenapa pihak pusat zakat mahupun kerajaan tempatan tidak menimbangkan perkara ini kepada mereka sekiranya mereka layak.
2. Perbelanjaan sara diri sebanyak Rm500.
3. Perbelanjaan untuk isteri sekiranya beristeri Rm300.
4. Perbelanjaan anak-anak Rm200 setiap anak.
  

Bukan membuat tuduhan atau membina tembok isu perkauman kerana Malaysia Negara demokrasi. Setiap individu mempunyai hak dalam beragama tetapi bagi penganut agama Islam mereka juga terikat dengan undang-undang syariah.

Tidak kisah di mana kita makan selagi halal tak kira di mana juga kita boleh bersoalat tetapi andai ada pilihan terbaik kenapa kita perlu menolak masjid dan memilih tempat ibadat agama lain.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar buat semua, bukan sekadar pada masyarakat juga kepada yang bertanggungjawab dalam soal Agama Islam. Buat Pusat Zakat bantulah mereka kerana duit zakat tidak akan pernah habis, jangan hanya sanggup berada di kerusi empuk dan di bilik berhawa dingin tanpa ingin mengambil tahu pada fakir miskin yang berpanas di luar dan menahan lapar di luar Ramadhan.

Wahai umat Muhammad. Teguhkanlah akidahmu kepada yang satu Allah (s.w.t). Janganlah kau pesongkan wajahmu dari kiblatnNya. Tetapkanlah pendirian walaupun yang datang itu secangkir madu yang manis di dalam seribu kepahitan. Tanamkanlah di dalam hati terhadap agamamu dengan menjadikan seagungnya Nabi Muhammad dan mengabdikan diri kepada Allah (s.w.t) yang satu.




You Might Also Like

17 ulasan:

  1. sebenarnya kes mintak bantuan dgn gereja ni mmg dah lama trjadi...kesian dia org ni mintak sana-sini tapi tak dilayan yg diberinya tak mencukupi...jadi bila ada pihak gereja yg mmbantu....mereka tiada pilihan lain trpaksa terima.

    jgn duduk dikerusi empuk aje...pergilah tmpt org2 miskin tanya masalah mereka...barulah betul duit zakat disalurkan kpd org yg brhak menerimanya.

    BalasPadam
  2. iya, saya setuju sangat dengan pendapat ini..
    jangan hanya tahu duduk2 di pejabat.. ingat2lah pada fakir miskin yang berpanas di luar dan menahan lapar di luar Ramadhan. sumbang2 lah zakat tu

    salam ukhuwah ye.. Followed (",)

    BalasPadam
  3. politik di mana-mana. saya dah sampai tahap fikir yang isu halal haram tu pun dah jadi mangsa permainan politik juga. sedih kan?

    BalasPadam
  4. zue...kadang2 kita terutama yang berada di atas tidak pernah mengambil pengajaran. bila terantuk esok baru nak gosok2 kepala...melompat tak tentu hala...

    BalasPadam
  5. En Gen2Merah...:)

    terima kasih kerana sudi ziarah...
    masalah dia org nak tak boleh di arah..
    bila dah jadi semakin parah...
    baru nak berlari tak tentu arah...:)

    BalasPadam
  6. GB...akhirnya ayam menang kampung tergadai...

    paling sedih pasal Golden Churn habis industri kek lapis terkena tempiasnya.

    BalasPadam
  7. selamat tenghari jun

    sebenarnya, walau ayu sibuk mcmana pun, ayu akan pastikan apa jua punca rezeki atau bahan mentah yang ayu perolehi adalah halal....

    bukan apa, punca2 itulah buatkan rezeki berkurang, kita salahkan mana2 pihak, walhal puncanya dr apa y kita makan

    BalasPadam
  8. sedihkan bila dengar berita orang Islam dapat bantuan dari pihak gereja..

    BalasPadam
  9. saya pn setuju dgn entry ini...

    knpelah zakat ni tak diagihkan kpd yang berhak. Rasanya taklah akan terjadinya pihak gereja taja..

    Tapi saya sedih dgn mrk yang tidk teguh imannya sehingga sanggup memesongkan aqidah.

    BalasPadam
  10. setuju dengan ayu...apa jua yg terjadi segalanya berpunca dari kita.

    BalasPadam
  11. mama ema...mereka mengambil kesempatan atas kelemahan masyarakat islam terutama pada yg rapun akidahnya...

    BalasPadam
  12. CTE...entahlah, mungkin terlupa atau tak senaja tetapi mengapa mesti kita tidak perihatin terutama yg menggalas amanah dan tanggungjawab berkaitan...

    BalasPadam
  13. diharap perkara yang baik timbul dari keadaan ini. pemberian lebih mudah dan pegawai yang terlibat lebih prihatin dengan masalah ummah

    BalasPadam
  14. betul azam segalanya bermula dari individu itu sendiri...sama-samalah kita menjadikan ISLAM itu lebih kukuh...

    BalasPadam
  15. lebih menyedihkan bila zakat yang dipungut disalah gunakan oleh pemungut zakat tu..

    salam ukhwah kak, thanx sebab jengah blog saya (",)

    BalasPadam
  16. Taman perumahan kakak nasib bukan Islam tapi Buddist pun ramai yg jadi sasaran gereja utk mengikut dgn cara mengumpan dana kewangan.... sampai anak-anak nak pergi tuisyen pun ada van ambil foc lagi. Tuisyen mereka bayarkan.

    Nampaknya gejala menular ke Islam pula... takut kita namun bagaimana yg diberi kuasa?....

    BalasPadam
  17. erm... skang ni nk minta bantuan pun kna main politik..

    BalasPadam