Pulanglah

1:45 PTG JunAina 13 Comments

Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah


Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah


Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga


Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia


Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )


Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya
Artist: Aishah


Begitu tersentuh dengan bait-bait lagunya. Hati menjadi sendu. Hati bakal berlagu rindu. Hati juga akan mampukan menahan sebu. Pastinya airmata akan bertamu. Di dalam keriuhan terasa kesunyian. Di dalam gelak ketawa jauh di sudut hati terasa kekosongan. SEPARUH JIWAKU PERGI...bersamanya di AIDILFITRI.

Ingin kukucup tanganmu di pagi mulia. Apakan daya takdir Ilahi menentu segalanya. Suatu hari moga doa dan impanku akan menjadi kenyataan. 10 tahun yang panjang dan 10 tahun aku meniti penuh kesabaran. Semoga aku sentiasa begini membilang waktu dan menghitung hari penuh kesabaran. Harapan ku juga jiwaku ini akan sentiasa tepu dengan kasih padanya.


Saban tahun aku akan setia menanti di sini, mengharap datangnya ombak membadai pantai tetapi sekadar ombak bukanlah tsunami.

You Might Also Like

13 ulasan:

  1. mmg rasa syahdu bila dgr lagu dendangan Aisyah.

    semoga apa yg ditunggu...akan pulang akhirnya...berdoalah semoga dimakbulkan olehNYA.

    BalasPadam
  2. Amboiiii.. dibuai kenangan, ya? :)

    BalasPadam
  3. insayallah zue...berkat ramadhan hendaknya...

    BalasPadam
  4. kak cik...banyak kenangan yg perlu di ktip tetapi kenangan yang pahit akan manis jua akhirnya...

    lagu aishah ni memang tangkap lentok boleh meleleh air mata...

    BalasPadam
  5. apa kata turunkan joran sekali
    mesti dapat sekor dua..seronoknya...

    BalasPadam
  6. kalau bebetul di jiwai lagu tu wajib leleh juga tu
    semoga penantian akan berakhir dengan kegembiraan.

    BalasPadam
  7. lagu ni leh wat air idung meleleh

    BalasPadam
  8. huhu... dah lamer x dgr lagu2 gini..=)

    sy syg awak?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html

    BalasPadam
  9. Lagu ni memang sahdu boleh tangkap nangis.InsyaAllah yang ditunngu akan tiba.

    BalasPadam
  10. alamak.....betul2 sedih la dengar lagu nie. syahdu rasanya

    BalasPadam
  11. Banyak banyak bersabar.

    Kalu 10 tahun boleh tunggu, tentulah lagi 10 tahun pun boleh lagi, kan? :)


    Ramadhan: Nuzul Quran “bacalah...”

    BalasPadam
  12. salam ramadhan aina..
    mood lagu raya dan kenangan silam..
    fuh!!
    ayu pun rasa debaran lebaran itu

    BalasPadam