Taman Laut Tuanku Abdul Rahman

11:59 PG JunAina 13 Comments

Edisi tertunda.

19hb Julai seminggu sebelum umat Islam menyambut Ramadhan Aina sekeluarga terbang ke Kota Kinabalu memenuhi janji pada anak-anak untuk membawa mereka menaiki kapal terbang (janji dibuat semasa mama berpoya-poya di Bandung bersama teman-teman). Pak Tuan pula telah meluluskan cuti sekolah anak-anak.

Perjalanan ini juga memenuhi impian Aina untuk menjejakkan kaki melihat keindahan laut di Negeri Di Bawah Bayu ini. Pada hari kedua di Sabah menyusuri persisiran laut dari Hotel Permonade ke jeti, dengan bayaran Rm24  seorang kami sekeluarga dihantar ke Taman Laut Tuanku Abdul Rahman dengan janji akan diambil semula pada pukul 2 petang. Perjalanan hanya mengambil masa 10 minit. Anak-anak sangat teruja tetapi bagi Junior nampak sedikit kelat di wajahnya mungkin agak takut menaiki bot laju.


Menjejaki kaki di jeti Pulau Manukan, kelihatan air yang sangat jernih dan ikan berenang-renang. Cantik dan sangat menenangkan.

Sempat bergambar kenangan di pintu masuk ke Taman Tuanku Abdul Rahman. Bayaran untuk dewasa Rm 3 sahaja dan pelajar sekolah cuma 50 sen. Pak Tuan tiada di dalam gambar kerana menjadi camera man.

Empat beranak bergembira di pantai. Tanpa ombak yang kuat cukup membuat hati mama tenang membiarkan anak-anak mandi di pantai dan mama melayan perasaan sendirian.

Abang dan kakak sibuk menggoogle di pantai. Entah apa yang dicari dan dilihat di dalam air.

Kakak dan abang lagi entah berenang atau berjalan di dalam air.

Pemandangan yang bisa membuatkan hati ini terusik...

Tiada di tempat lain, hanya di sini. Keindahan yang tidak tercemar. Kebiruan lautnya mendamaikan tanpa ombak yang ganas. Airnya juga sejuk tidak sepeti mandi di pantai lain di Semenanjung.

Jeti ke Pulau Manukan di kejauhan.



Di suatu sudut yang lain juga dari persinggahan yang sama. Bola-bola di laut itu adalah sebagai penanda kawasan selamat untuk mandi-manda tetapi jangan bimbang life guard yang sasa ada untuk memantau persekitaran. Sedikit terganggu dengan keseksian org di persekitaran (tidak di tayangkan di sini.)

Junior bermain pasir di pantai. Peace...tp pasirnya memang halus dan putih. Selesa sahaja berjalan berkaki ayam cuma perlu berhati-hati dengan kerangan di tepian pantai.

Mama...hanya menikmati keindahan Taman Laut Tuanku Abdul Rahman. Membasahkan kaki di tepian pantai, memang tiada niat untuk mandi bila ke sini sekadar ingin memenuhi impian melihat keindahan laut bumi Sabah.

Mama dan Junior yang keletihan setelah 5 jam berendam kat pantai. Berada di dalam bot laju dalam perjalanan pulang ke tanah besar.

Tercapai sudah impan yang satu, menjejak bumi Sabah dan menikmati keindahan lautnya. Bersyukur kerana masih ada kesempatan untuk memenuhi impian mungkin di lain kali dapat bersnorkling pula dan menjejakkan kaki ke pulau-pulau lain di sekitarnya. Memang indah seperti mana selalu dilihat di tv tetapi lebih keindahannya bila berada di alam realiti. Sangat-sangat cantik dan berbaloi habiskan sedikit duit untuk ke sini (hanya menggunakan penerbangan Air Asia dan membeli tiket semasa promosi sahaja).



You Might Also Like

13 ulasan:

  1. bestnya kak , air laut dia jenih dan bersih je..

    BalasPadam
  2. wah.... bestnye dapat bercuti kat sabah.. pantai die memang cantik giler subahannallah

    BalasPadam
  3. Nampak kegembiraan terpancar di wajah-wajah itu. Anak-anak lagilah kalau dgn air memang amat sinonim benar...

    BalasPadam
  4. bestnya dpt tgk ikan mcm tue..msti ada tangkap terus ikan tue kan :-)

    BalasPadam
  5. mmg seronokkan klu dpt nengok coral dan hidupan laut yg cantik2.

    kita ni x pndai brenang dan tu pkai live jaket pun x trapung mcm nak trbalik...tu yg serik..takut.

    selamat berpuasa.

    BalasPadam
  6. ema pun ada pergi sini..nanti nak buat entry..tp tak sempat nak mandi...nak kejar masa mahu pulang ke kl

    BalasPadam
  7. memang sangat2 best amy...sampai je kat pulau tu anak2 akak terjerit2 tengok ikan dalam air. nasib baik akak tak menjerit sama...hahahaa...

    BalasPadam
  8. taufik...

    kalau ada kesempatan cuba ke sana memang berbeza dari pantai kat semenanjung...

    BalasPadam
  9. memang gembira sangat kak zakie...almaklumlah telah lama menanti nak ke sabah. dapat pulak berenang2 kat pantainya...anak2lah paling gembira tp bapak anak pun berenjoy sakan jugak kat pantai...

    BalasPadam
  10. sahrom...kalau dapat tangkap lepas tu bakar kat tepi laut tukan best. kalau nak kena saman buatlah...hahahaa...

    BalasPadam
  11. belum sempat nak bersnorkling...hanya membiarkan anak2 melepas geram di pantai...

    pstttt...k.aina pun tak pandai berenang!

    BalasPadam
  12. ema..hari tu kak aina ada juga baca entri ema ke sabah tu. tak sabar nak tengok gambar2 ema kat sana...

    BalasPadam
  13. cantik la pemandangan kat tepi laut..pantai kat situ pon bersih..tenang je bila tengok..

    BalasPadam