Rutin Ramadhan
18 Ramadhan
Syukur alhamdulillah kita masih di beri kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah di bulan mulia ini. Kita tidak sakit, kita tidak ditimpa musibah kerana ada sebahagian dari kita terpaksa melalui Ramadhan dengan seribu kepayahan. Kesakitan yang membataskan ibadah dan ada juga telah pergi mangadap Ilahi di Ramadhan yang mulia ini. Itulah ujian buat yang tinggal semoga Ramadhan tetap memberi kekuatan.
Merenung sejenak.
1 Ramadhan. Sahur hari pertama berpuasa.
Terkenangkan mak kat kampung, mengambil telefon dan mendail.
Assamualikum mak. Mak dah makan ka?
Waalaikummussalam. Dak lagi, depa tak bangkit lagi. Sat lagi mak gerak la depa. Baru sudah masak.
(Depa tu maknanya adik-adik dan abang yang ada kat rumah. Angah, Izat dan Syafiq kekadang anak-anak kakak kat rumah sebelah pun tumpang sekali. Yang tinggal dengan mak semua anak-anak lelaki).
2 Ramadhan.
4.45 am.
Telefon berbunyi.
Assalamualaikum...
Waalikummussalam...
Kak Yang bangkit dah ka?
Bangkit lama dah. Siap hidang dah.
Budak-budak(cucu-cucu dia le) bangkit dah?
Dak lagi mak. Tunggu pukoi 5.15 sat gi kot. Biaq lambat sikit sat ni depa tak tidoq dah teruih siap pi sekolah.
Saja ja mak telefon. Tak palah nak gerak depak pulak.
Yalah mak. Sat ni kalut pulak.
Itulah rutin mak sejak 2 Ramadhan sehingga kini menjelang 18 Ramadhan. Setiap pagi jam 4.45am telefon akan berdering. Mak tetap akan telefon bertanya khabar, bimbang anak terlajak tidur dan cucunya tak sempat bersahur. Itulah kasih mak. Sehingga terasa malu pada diri sendiri. Kasih mak sampai bila-bila. Masih merasa anak-anak sentiasa memerlukannya walaupun untuk bangun sahur. Agaknya mak terasa anak-anaknya masih kecil yang suatu hari di usap kepalanya setiap kali dikejutkan bersahur. Mak tak pernah jemu.
Pastinya mak sedang membilang hari. Menunggu hari anak-anak yang berada jauh di rantau balik (dua kerat je pun yang duduk jauh, pulak tu duduk rumah berdepan je dua beradik). Mak dah siap bagi tahu nak buat baulu tahun ni kerana tahun lepas mak kecewa baulu yang di tempah tak sempat disiapkan. Tahun ni dia bertekad nak buat baulu tradisional, nak bakar guna sabut. Larat lagi ke mak? Kalau ikutkan hati biar tak payah buat kuih nanti anak-anak balik bukan berlenggang kangkung, anak-anak lenggang berisi tapi mak tetap keras hati katanya nanti anak-anak tak puas hati.
Hanya seminggu sahaja lagi. Masa tu pasti mak tersenyum senang bila dua biji kereta anak dan menantunya sampai ke rumah. Senyumnya pasti beseri umpama mawar yang sedang mekar. Anak-anak ada di sekelilingnya, cucu-cucu memenuhi ruang rumahnya. Itulah bahagia buatnya.
Inilah gambar mak dengan anak-anak perempuan mak. Sayang mak...
**Jangan ada yang tergeliat lidah udah la ye nak mengikut lorat utagha.
Kakcik dah tak ada mak dan bapa. :(
BalasPadamaduhai sedih pula sebab kita tahun ni raya sini je sebab dah dekat due bersalin. Permintaan hubby nak anak dia lahir kat sini.. Memang x best raya kat sini tapi antara family & suami terpaksa di dahulukan suami & mak pun faham walau berharap jugak dapat balik walau 1 hari
BalasPadamAlhamdulillah Aina masih ada mak,kasih yang tak pernah berbelah bagi.
BalasPadamKak Zai juga setiap waktu sahur talipon akan berdering,panggilan dari hubby takut terlajak tidur.
kak cik doa kita sebagai anak2 sentiasa bersama mereka...
BalasPadamlekit...
BalasPadamitulah pengorbanan.
semoga lekit selamat nanti ye, tak kiralah bersalin kat mana.
syukur kak zai...
BalasPadamselagi hayat dikandung badan selagi itulah bakti tak pernah putus buatnya...
selamat berpuasa yer JunAina ... singgah & follow Jun, terima kasih coz sudi comment my entryy ... ^_^
BalasPadamsayang semua mak. :)
BalasPadamdont wori bab tergeliat. GB pun org utara. :D
senyum sendir baca entri ni... :)
BalasPadamsy belum merasa lagi la menda2 ni..masih dok dgn mak ayah..
bagun sahur pun..sy yg kna bagun dulu... ;)