Aktiviti Balik Kampung

2:16 PTG JunAina 18 Comments

Seminggu bercuti tanpa ada masa untuk membelek blog. 26 November-3 December 2011. Padat dengan aktiviti balik kampung yang begitu mengujakan. Keletihan melayan kehendak-kehendak yang terlalu banyak apabila berada di tanah kelahiran. Juga sibuk menguruskan majlis berkhatan anak sulung atas permintaan Mak Tok.


Hari pertama memenuhi permintaan budak beruniform kat atas. Pergi menjengah dia yang mengikuti latihan PLKN di Kem Guar Chenderai, Jalan Padang Besar. Belum sampai rumah mak tok dia dah telefon bertanyakan bila mama nak pergi tengok dia. Ini Shaiful bin Norazrin anak kakak yang sulung. Syukur alhamdulillah PLKN banyak merubah pandangan terhadap masa depannya.
My sista...dua-dua nampak serupa je dan sama saiznya. Baju hijau adik dan yang berdiri kakak sulung. Dah macam pergi berkelah, siap masak mee dan macam-macam makanan.

Balik dari Padang Besar singgah di Ulu Pauh, rumah bapa saudara sebelah arwah abah. Ini adalah adik arwah abah yang kedua bungsu. Jemput ke majlis berkhatan anak.

Malamnya terpaksa mencari bank kerana bekalan keewangan yang semakin menyusut dan kebetulan pula pagi esoknya akan memulakan operasi ke Pasar Borong Kangar seawal jam 5.00 pagi. Sempat singgah di sini. Capatinya memang BEST dengan pilihan kari daging, ayam atau sardin. Hanya 80 sen bagi capati kosong, kari ayam atau daging Rm2 satu set dan set kuah sardin Rm1.40 satu set.

Bawak budak ni jugak jadi bodyguard. menung tunggu capati.

Berbekalkan kamera chap ayam hanya ini yang mampu disnap. Ikan seludu atau ikan duri yang baru dibawa dari jeti. Dua ekor menjadi habuan masak kari untuk makan tengahari dengan harga Rm7.50 sekilo. Pagi tersebut pasar borong sedikit sepi semasa sampai mungkin hari cuti umum jadi pasar borong bermula sedikit lewat.

Debaran menanti giliran, malu menutup muka. Petangnya selepas bertungkus lumus cuci ayam bawa budak ini ke klinik di Kangar untuk dikhatankan pada pukul 4 petang. Bersama ayah dan Alya. Masa berkhatan hanya ayah yang dia benarkan masuk mama dan umi tak boleh coz takut gambarnya tengah berkhatan diambil.


Pada hari kenduri 29hb Nov 2011, sedikit petang tetamu pun dah tak ramai. Masa awalnya terlalu sibuk melayan tetamu terlupa nak mengambil gambar, kebetulan pula kamera rosak jadi hanya menggunakan kamera telefon bimbit sahaja.

Ini teman AP.COM Encik Adnan Jahaya bos BERNAMA Perlis. Terima kasih kerana sudi hadir En.Nan.

Tetamu petang, almaklumlah hari kerja jadi selepas waktu kerja baru dapat datang. Sepupu mak bersama tok dan mak. Hidangan petang kopi, baulu dan roti empat segi selain nasi.

Budak ini paling syok. Buat collection banyak-banyak dalam sakit boleh senyum lagi. Rezeki budak sakit. Menjadi adat orang Perlis bila pergi kenduri berkhatan mereka akan memberi duit pada anak yang berkhatan.
 Memancing kat sungai/parit di jalan bawah dekat rumah mak menakan. Dapat ikan haruan yang tak berapa nak besar. Berkain batik dan bert-shirt sebijik macam orang kampung jatikan? (memang orang kampung pun)

 Bondaku bersama anak menakan. Ikan keli telan mata kail kenalah hero jadi penyelamat.

 Antara ikan yang sempat mengena dimata kail.

 Nak juga berposing. Duduk tepi sungai dalam semak rumput tapi cantik ada bunga-bunga lagi.

 Hari Jumaat ambik budak ni di Stadium Utama, Kangar. Tamat sudah latihannya selama tiga bulan di Kem Guar Chenderai. Sekurang-kurangnya apa yang dilalui membuka mindanya.

 Lepas tu disebabkan Junior merengek lapar pusing setereng kereta ke market. Selepas di pindahkan inilah kali pertama menjejakkan kaki ke Pasar Besar Kangar yang terletak di Kampung Bakau, lebih selesa dan luas. Mencari parking pun tidak sesusah dahulu. Agenda utama tentulah BERNASI GANJA tetapi sudah tiada sentimental valuenya makan di bawah pokok besar seperti dahulu.
Petangnya sebagai aktiviti terakhir dikampung menziarah tok menakan di rumah anak perempuannya di Kampung Baru Sungai Serai dekat Chuping, satu-satunya kakak tok. Di masukkan ke hospital beberapa minggu lepas kerana angin ahmar. Umur lebih kurang 87 tahun ketika ini.

Sabtu berkemas-kemas untuk balik ke Kajang, terasa rindu sangat-sangat pada orang yang ditinggalkan kat Kajang. Kesian Pak Tuan...

Terkedu bila membaca di halaman ustazamin, tiba-tiba terasa kecilnya diri ini. Kita rasa kita sudah terlalu baik dan memandang orang lain tidak cukup baik sedangkan Allah (s.w.t) memandang lebih dari itu.



You Might Also Like

18 ulasan:

  1. baru tau ikan duri tyu nama utara dia ikan seludu~~tempat saya panggil ikan bagok~~

    BalasPadam
  2. seronoknyaa tengok suasana kampung macam ni...rasa tenang sangat hehe

    BalasPadam
  3. ikan duri masak kari???
    first time dgr....

    BalasPadam
  4. Assalam Aina..banyak axtx sepanjang masa bercuti.
    bagus tu memancing dapat ikan haruan..sesuai dibuat lauk untuk yang baru berkhatan tu.

    BalasPadam
  5. bestnyer suasana kampung yang memang terasa kampungnyer... banyak gak xtvt sepanjang balik kampung....

    BalasPadam
  6. selamat tengahari aina

    baca entry ini, aina dan ayu serupa.. kalau balik kampung macam3 pekara yang nak dilakukan. jenguk dan lakukan aktiviti dengan semua kerabat saudara..
    mmg syok

    ewah layan ikan depan rumah dengan berkain batik?

    wahhhhhhh.. samalah

    BalasPadam
  7. betullah kan, bila baca cerita ustazamin tu, banyak rupanya pandangan hidup saya yang perlu dibetulkan

    BalasPadam
  8. hehehe....mcm mana agaknya kangar sekrang yer. ssaya pernah gak duk arau sekitar tahun 95-97. mesti dah banyak perubahan kan. bila la boleh kesana lagi. terlepas peluang bila adik ipar masuk belajar matrik kat arau tahun lepas, tapi tak sempat nak ke tempat dia.

    BalasPadam
  9. Seronok la kak jun sesekali membawa famili jauh dr kesibukan kota camni. Fun, kan.

    BalasPadam
  10. Kakak paling suka melihat suasana kg Aina. Terasa nyaman sungguh.

    Ikan duri kakak suka masak asam pedas, bubuh daun kesom.. huh... sedapnya Aina.:)

    BalasPadam
  11. indahnya bersantai kat kampung kan.. cuma tu la, bila kat kampung salu saja terlepas nak jenguk2 blog kan

    BalasPadam
  12. itu ikan ape??? mcm ikan keli je huhuhhhhh

    BalasPadam
  13. saya mencari kain yg puan pkai tu... mcm na saya nk cari n beli kain tu

    BalasPadam
  14. salam, saya mmg mencari kain yg puan pkai, mcm na saya hendak dpt atau beli kain tersebut... penting sangat2

    BalasPadam
  15. mne nak dpt kain btik ni...saya mmg mencri corak kain nie

    BalasPadam
  16. mne nk dpt kain tu... mmg mencari kain ni

    BalasPadam
  17. mcm na saya nk dpt kain btik nie...mmg mencari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kain ini suami beli bertahun yang dulu di Sarawak tetapi kalau kat Semenanjung di Jalan TAR ada pelbagai jenis kain batik dengan pelbagai mutu kain dari yang murah sehingga yang mahal.

      Padam