Hatiku Menangis.
Seminggu dua ini hati Aina tak tenteram. Anak perempuan berada di kampung, sesekali merenung gambar dia hati sangat rindu. Makin bersusah hati bila dia membuat keputusan untuk tidak balik ke sini selepas habis cuti sekolah. Terkedu.Meminta izin dari mama untuk bersekolah di kampung. Sedari kecil ditatang bila dah besar boleh menolong mama kat rumah hatinya pulak beralih arah. Bukan takut si anak tak cukup makan atau juga tak berjaga tetapi takut hati mama yang tak tahan. RINDU...
Abah...moncong. Anak perempuan seorang macam mana nak lepaskan. Mama...tersepit antara permintaan anak dan kehendak abah. Pujuk anak tetapi kemana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Keras hatinya sama je macam abah. Pujuk abah mula-mula mama kena marah. Diam. Dua tiga hari pujuk lagi, kali ini dapat respon yang agak positif.
Aina bagi alasan yang agak menyejukkan hari Pak Tuan.
1. Anak abah dah pandai berdikari. Berus baju sendiri sebaldi. Bila Pak Ngah tanya kenapa tak masuk dalam mesin nanti Mak Tok basuh. Dia Jawab. 'Mama kata kalau nak dok dengan Mak Tok jangan menyusahkan Mak Tok. Baju kena basuh sendiri'. Mak kata baju basuh sendiri, ampai sendiri, angkat dan lipat sendiri. SEDIH...bersungguh benar dia, hati mama menagis juga. Kalau duduk dengan mama semua mama buat. Sanggup sampai macam tu dia.
2. Elok kakak kat kampung. Sekolah kat kampung kalau bagus ada peluang nak masuk asrama penuh kerana status luar bandarnya. Cikgu boleh bagi tumpuan lebih kerana murid-murid tak ramai.
3. Mama susah nak kawal anak. Balik sekolah...main kat padang, pergi Cyber Cafe, berkawan tanpa kawalan. Kita kerja.
4. Biarlah ANGIN kakak tu berkurang sikit bila duduk kampung. Kalau tak masa marah mama pun di tengingnya. Duduk dengan Mak Tok tak boleh dia buat perangai macam tu lagi.
5. Anak akan lebih berdikari bila duduk dengan Mak Tok kerana didikan Mak Tok tak pernah berubah dari dulu sehingga sekarang. Manjakan cucu tapi kalau buat silap masih kena hukuman sewajarnya (tapi kalau mama yang marah anak memang mama kena marah balik.)
Bukan hendak melepaskan tanggungjawab tetapi bila tak diizinkan takut pula pelajarannya semakin merosot. Telah setahun dia merengek hendak bersekolah dikampung cuma Aina sahaja yang tak izinkan. Di sebabkan apa yang ditakutkan telah terjadi (terpaksa turun kelas dari kelas no.1 ke kelas no.2 sedangkan kebiasaanya dia antara pelajar 10 terbaik dalam kelas paling baik kat sekolah).
Aina faham hati ABAH walaupun bukan darah daging sendiri, berada di dalam pelukannya sejak kecil membuatkan hatinya tak keruan andai puteri kesayangan jauh di mata. Terima kasih ABAH!
Inilah budak yang nak sekolah kat kampung tu.
Kalau kakcik pun serba salah juga jadinya Aina...
BalasPadamberatnya keeess...
BalasPadamakak takleh lah jauh dr anak lelama..
mau mengong dibuatnya, tp kalau dah TERPAKSA nak wat camner kan aina?
doa jerlah yg terbaik buat mereka...
wah...saya yang membaca entri ini pun tersentuh. terasa pendek jer entri nie. tak puas membacanya.....
BalasPadamke mana pun anak ini belajar, kita doakan semoga kejayaan itu babakl menggembirakan kedua org tuanya
BalasPadamberi peluang...kalu x serasi...pindah smula...
BalasPadamapa yer yg buatkan dia nak sangat bersekolah di kampung..? :)
BalasPadamSalam Aina
BalasPadamrasanya jika sy pun tak sanggup nak tinggalkan anak2 di kampung kecuali seminggu..susah senang biarlah anak2 berada dengan saya..kecuali jika benar2 terpaksa..
Salam sayang Jun, Jangan lupa buat solat Istikharah ya.. semoga apa yang bakal berlaku nanti tiada sesalan.. airmata rindu itu biasa, hilang di mata 2-3 hari pun boleh menangis inikan tinggal berasingan..
BalasPadamKalo itu yg terbaik teruskan walaupun nti bakal rindu rinduan,huhu
BalasPadamKak Zai setuju dengan peratusan sekolah luar bandar lebih kalau nak ke asrama penuh.
BalasPadamAgak mengelirukan cerita ABAH,maaf ya.
alahai, kak june... sedey gaks....huhuhuuh
BalasPadamMudah-mudah dengan berpindah sekolah lebih mengeratkan ikatan hati dengan kampung temapt di mana kita bermula.
BalasPadambila tepaksa berpisah memanglah terasa sedih.. harap2 semuanya akan lebih baik nanti.. insyaAllah..
BalasPadamsemoga status sekolah luar bandarnya akan memudahkan impiannya untuk ke sekolah asrama penuh..
BalasPadamJauh ke kg tu ngn umah akak...
BalasPadamMesti rindu giler nt kan..
Tapi yg bagusnya dia boleh berdikari kalau berjauhan...
kampong kt perlis kahh? weee wak pon dulu soklah kampung jugakkk... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........
BalasPadamsebak pulak baca n3 ni...huhu...
BalasPadam