Entri Khas : Dato LF

10:53 PG JunAina 15 Comments

Terima kasih daun keladi buat Dato dan Datin kerana sudi menerima kami menyepahkan istana yang tersergam indah dengan pelbagai kemudahan. Entri ini di buat khas untuk Dato LF atas sebab yang agak mengejutkan (terasa kecil sangat dunia ini).

Sebulan sebelum GATHERING sudah booking Pak Tuan untuk acara 'Pertemuan Blogger' tetapi kita hanya mampu merancang bila sampai masanya dia tidak dapat bersama. Jadi Aina hanya bersama anak-anak sahaja.

Balik rumah bercerita dengan Pak Tuan.
Semalam mama pergi rumah Dato' Abdullah. Best...
Dato' Abdullah mana?
Ala...rumah dia kat Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Tenang je kat sana...selain besar tapi suasana tu rasa macam bestlah. Dato' dan Datin pun best, layan tetamu macam dah lama kenal.
Sebelum bercakap Dato' dah tergelak besar, very humble.
Pak Tuan senyum je, acuh tak acuh melayan.

Esoknya berborak lagi (sebenarnya Aina lupa nama penuh Dato' sebelum tu).
Abah! Dato' tu nama penuhnya Dato' Abdullah Al-Hadi.
Mukanya nampak berkerut.
'Laaa...Dato Abdullah Al-Hadi tu dulu Timbalan Naib Censlor UPM kan?

'Abah kenal dia very well (very well yang macam mana entah le). '

Aina gelak je ingatkan Pak Tuan main-main sahaja.

Dia mula bercerita.
Abah dah lama dulu kenal Dato'. Masa Dato' buat research pasal dadah untuk PHD (masa tu Pak Tuan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman).
Kami pernah beberapa kali menjadi penceramah bersama. Abah dengan tajuk DADAH. Dato' pulak PSIKOLOGI.
Dulu kerap juga abah dapat jemputan memberi ceramah di UPM.
Masa tahun 1990an abah dalam perjalanan ke Kluang kerana ada jemputan ceramah di sana. Kereta rosak dekat lebuhraya. Dato' juga yang berhenti dan membantu abah.
 Dato' ada beri abah senaskah tentang research yang dibuat. Naskah itu jugalah menjadi rujukan abah untuk syarahan selama 2 jam (tapi sayang naskah tu disimpan kat office kalau tak boleh snap masuk sini).


Insyaallah suatu hari Aina akan ajak Pak Tuan ziarah Dato'.
  

Gambar Pak Tuan ketika menghadiri convension di Jakarta beberapa tahun yang lepas.

You Might Also Like

15 ulasan:

  1. Assalamualaikum Aina

    saya sependapat dan sokong dgn Aina
    Tahniah Dato'
    moga Allah memberkati keiklasan Dato'

    Wassalam

    BalasPadam
  2. seronoknya..harap dapat bertandanga di lain hari

    BalasPadam
  3. itulah hikmah kite merapatkan silaturrahim. tup tup bila bercerita cerita rupa-rupanya..... :D

    kecik je dunia ni kan? :)

    BalasPadam
  4. oo pak tuan kenal dato rupanya....

    BalasPadam
  5. kenalan rapat tuh.... jangan di selidik sangat. hahahaha... gurau2 jer Pak Tuan

    BalasPadam
  6. assalam Aina..kalau la datang sama masa 18hb. tu mesti perjumpaan semula la tu kan..mesti seronok dia.

    BalasPadam
  7. Subhanallah.. Allahuakbar..jodoh pertemuan Allah menentukan. Allah gerakkan hati Aina dan Dato' berjumpa diblog rupanya utk menyatukan kembali dua tubuh yang telah lama terputus hubungan..Insyaallah tak lama lagi jumpa lah mereka berdua tu..

    BalasPadam
  8. Benar Aina... kalau Allah nak temukan bila-bila masa boleh bertemu. Akan tiba masa Pak Tuan bertemu dgn Dato' nampak gayanya tak lama lagi...

    BalasPadam
  9. Assalam..

    Boleh kembalikan nostalgia lama, kenal kenalan lama

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/12/jangan-mandi-bila-kenyang-petua-lansing.html

    BalasPadam
  10. Allahuakbar. Tak sangka kan?

    Agaknya kalu bertemu hari tu, mau peluk Arab sakan depa. Silap2 menangis bagai!

    BalasPadam
  11. semoga dapat merapatkan hubungan silaturrahim dengan lebih ukhwah lg..

    BalasPadam
  12. assalamualaikum Aina...itulah rahmatNya....moga ukhuwah akan berterusan.

    BalasPadam
  13. SALAM,
    Minta maaf byk2 terlepas pandang n3 ini ... Ala mcm ni ? Nak jumpa pak tuan dgn mak tuan. Lagi cepat lagi bagus .. Mcm mana ni? No hp LF ada tercatat dlm bookmark perjumpaan blogger tempuh hari. Member2 yg datang mesti dah tahu no hp LF. Tanya mereka dan kita berhbg dgn segera. Jgn tunggu2 lagi. Kajang dgn Bangi ni dekat sgt.

    BalasPadam