Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan

2:48 PTG JunAina 19 Comments

Isnin.
26 Disember 2011.

Merintis kenangan 10 tahun lepas. Dijabkabulkan dalam susana yang paling sederhana. Diikuti doa agar selagi hayat dikandung badan kasih sayang kami akan terus bersatu.

Kini setelah 10 tahun pahit manis dilalui terasa terlalu cepat masa berlalu. Walaupun mungkin kami tidak sesempurna orang lain tetapi kami sama-sama bahagia dengan cara kami. Bertolak ansur dan berlebih kurang tanpa menyimpan sedikit pun perasaan kecil hati. Sesungguhnya ijab dan kabul itu merubah keseluruhan hidup yang dulunya terlalu banyak cerita-cerita duka.

Buat Pak Tuan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN. 10 tahun terlalu banyak mengajar erti sebuah kesabaran. Mendidik supaya menghargai setiap apa yang menjadi milik kita. Kita lebih tahu perjalanan hidup kita walaupun dimata orang lain mungkin kita tidak sehaluan bukan sepeguruan dan tidak sealiran. Syukur Ya-Allah sesungguhnya kali kedua itu lebih membahagiakan.

Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Terima kasih juga kerana kasih sayang buat anak-anak yang tiada bezanya. Terima kasih yang tidak terhingga kerana kasih sayang yang tidak pernah berkurang. Keranamu aku akan setia disini mengira bintang-bintang yang bertaburan dilangit, megutip bahagia di pantai tak bertepi, menggapai impian di langit tinggi. Terima kasih atas segalanya.






You Might Also Like

19 ulasan:

  1. Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 10 Aina. Semoga bahagia itu milik Aina dan suami buat selamanya. :)

    BalasPadam
  2. Happy 10ty anniversary Aina. Moga mendapat limpahan rahmat dariNya selalu. Sama dgn kakciklah...

    BalasPadam
  3. tahniah
    semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dunia akhirat

    BalasPadam
  4. selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-10 tahun kak..:D

    BalasPadam
  5. SALAM,
    LF TUMPANG GEMBIRA KEBAHGIAAN MU BERDUA. SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN. MOGA KEKAL SEJAHTERA DUNIA AKHIRAT

    BalasPadam
  6. SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN BUAT AINA DAN SUAMI. DIDOAKAN SEMOGA TERUS KEKAL BAHAGIA BERSAMA SELAMANYA-LAMANYA...AMIN.

    BalasPadam
  7. saya suka sangat gambar tu kak. terasa aura kasih sayang tu. :)

    happy anniversary kak...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat ye. :D

    BalasPadam
  8. wak pon nak ucap tahniah yeee...,, eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

    BalasPadam
  9. alhamdulillah. selamat menyambut ulangthn perkahwinan yg ke 10. tahniah semoga ikatan yg terjalin dirahmati Allah selalu dan kekal bahagia selamanya..insyaAllah:)

    BalasPadam
  10. Assalama Aina..Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan.
    semoga diberkati dan terus berbahagia selamanya.

    BalasPadam
  11. Selamat ulang tahun akak....

    BalasPadam
  12. Selamat Ulangtahun Perkahwinan. Dah 10 tahun ya? Tak sedar masa berlalu.

    Mengenali Pak Tuan Syed, wpun jarang jarang, sangat maklum dia begitu penyayang dan prihatin.

    Moga jodoh berpanjangan. Kita sedih bila awak sedih! Kita happy bila awak happy!

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah..
    selamat ulangtahun perkahwinan kak..
    semoga berbahagia hingha ke jannah

    :)

    *romantiknye.... :)

    BalasPadam
  14. SALAM,
    LF COPY N PASTE SEMULA KOMEN LF DALAM N3 SEBELUM INI.
    SALAM,
    Minta maaf byk2 terlepas pandang n3 ini ... Ala mcm ni ? Nak jumpa pak tuan dgn mak tuan. Lagi cepat lagi bagus .. Mcm mana ni? No hp LF ada tercatat dlm bookmark perjumpaan blogger tempuh hari. Member2 yg datang mesti dah tahu no hp LF. Tanya mereka dan kita berhbg dgn segera. Jgn tunggu2 lagi. Kajang dgn Bangi ni dekat sgt. Salam mesra LF kpd pak tuan

    BalasPadam
  15. ala...ala...so sweet.... :)

    Happy Anniversary...moga hubungan ini kekal hingga ke akhirnya..Amin... :)

    BalasPadam
  16. Terima kasih buat semua teman-teman, doa kalian sangat-sangat dihargai.

    Kak Azie tak mau sedih-sedih, kalau sedih pun tetap nak tunjuk yang kita sentiasa happy.

    BalasPadam
  17. ooo...maaf akak terlepas entry ni...ramai lak yg sambut ulgtahun perkahwinan..baru 10 tahun ye june...mudah2an berkekalan hingga akhir hayat..

    BalasPadam
  18. Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 10 ..Semoga bahagia berkekalan selamanya........ semoga berbahgia :)

    BalasPadam