Pertemuan Blogger : Malu Tapi Mahu

3:32 PTG JunAina 10 Comments

Selasa.
Terlewat sangat untuk update entri seperti tajuk diatas.
Alasan.
1. Sakit gigi. Otak pun seolah-olah berhenti dari berfikir yang ada cuma sakit.
2. Mc. Duduk kat rumah. Kat rumah tak ada internet (wahahhaaa...mesti korang tak percaya)

3. Tak ada gambar nak share kerana kamera masuk ICU (mintak baru le tu).
4. Kamera kat hp sama je bila hp chap ayam tentu kamera chap ayam. Segan nak ambil gambar (org Perlis kata...org KeyEl kata malu!) 

Sebenarnya Aina seorang yang pemalu. Bila ada yang memulakan baru reti nak mula berborak, kalau tak kematu kat situlah. Mungkin tak pandai nak bersosial (tak reti bawak diri dalam majlis). Apapun semuanya memang best. Tuan rumah yang best (Dato' LF yang the very friendly buat saya jatuh chenta pada pada pandangan pertama...opssss...hahahaa...). Datin yang the very understanding. Teman-teman blogger yang best. Ramah dan mesra walaupun hanya pada pertemuan pertama bagi Aina.

Harap lepas ini dapat jumpa lagi dan lagi. Masih ada juga yang ingin menaja lokasi untuk seterusnya (rumah Aina kecil sangat tak seswai...hehehee...). Masih ada lagi yang mahu menawarkan diri menjadi AJK Kehormat. Berhempas pulas menjayakan majlis.

Pada semua terima kasih daun keladi. Perkenalan pertama membibitkan rasa kasih pada kalian. 

Paling mengkonpiuskan keadaan. Rupanya Uncle Gedek pandai buat lawak jadi jangan percaya pada gambar-gambar BENGIS diblognya!

Review penuh kehadiran boleh jengah ke nasikerabubuahtanjung. Terima kasih ye dik...

Harap lepas ini KakCik dan Kak Azie akan sentaisa jadi orang kuat.


You Might Also Like

10 ulasan:

  1. Hahaha... Gedek memang seorang yang sangat kelakar sebenarnya. :)

    BalasPadam
  2. SALAM,
    INSYAALLAH KITA BERTEMU LAGI ..... TEMPAT JANGAN BIMBANG .... MUSOLLAH EHSAN SENTIASA TERSEDIA ! DATANGLAH LAGI KE BBB ...TAK SEMESTI MASA ADA EVENT TERTENTU JE.. CALL JE !

    BalasPadam
  3. akk kena jumpa slalu br la hilang shy2 cat tu hehehe

    BalasPadam
  4. rasanya ada gambar kenangan dgn jue pada saya...

    BalasPadam
  5. pegi pertemuan antara blogger ke..?
    bestnye..

    BalasPadam
  6. assalam aina..tak perlu malu..acik pun rasa malu..tapi buat2 tak malu je bila disambut..dan ada yang menegur..rasa mesra gitu.

    BalasPadam
  7. kak aina p gather2 na...best kan...

    BalasPadam
  8. wah, seronoknya dpt jumpa2 blogger2 ni kan...

    BalasPadam
  9. saya pun malu jugak sebenarnya...
    seronokan dapat sembang same2 hari tu...

    BalasPadam
  10. segan ke?akak tenguk jun ok je..first time memang malu2 kucing tp bila kali ke dua mst malu2 rimau pulak hahahah

    BalasPadam