Cincin Emas

11:45 PG JunAina 14 Comments


Hari ini Aina nak bercerita pasal cincin kat atas. Bukan setakat cerita disebalik cincin emas tersebut tetapi lebih dari itu.

1. Rezeki kita yang tak akan jadi milik orang hanya akan menjadi rezeki kita juga akhirnya.

Setahun yang lepas anak perempuan Aina merengek nak pakai cincin, tiap-tiap hari ada sahaja ayat yang keluar dari mulutnya. Tak tahan dengan rengekannya Aina berikan sebentuk cincin emas (cincin kat atas) pemberian Pak Tuan sempena hari lahir Aina beberapa tahun lepas. Jari Hayani (anak perempuan) sedikit tembam jadi boleh berkongsi dengan mama (bukan setakat cincin sahaja, kasut, baju, tudung semua dikongsinya).

Seminggu kemudian kami balik ke kampung. Cincin masih di jarinya. Bermain entah ke mana. Kebetulan jalan di depan rumah Mak Tok sedang dilebarkan dan terdapat satu timbunan tanah yang tinggi sepelaung dari rumah Mak Tok. Balik dengan muka mencuka, perlahan-lahan dia bagitau cincin dah hilang! Mama garu kepala, nak bising pun tak guna tapi kalau abah tahu seminggu dileternya, 5 tahun masih diingatnya. Puas dicari tidak juga berjumpa.

Balik baru-baru ini, Mak Tok sarungkan cincin di jari Hayani. Sedikit kemek. Suatu hari pulang dari kedai Mak Tok tertinjau-tinjau di kawasan sekitar. Manalah tahu ada rezeki walaupun traktor telah menolak tanah sehingga rata. Terpandang plastik gula-gula berkilat di atas tanah. Mak Tok menguis-nguis, rupanya cincin emas yang cucu hilangkan disangkanya plastik gula-gula sudah leper. Balik Pak Usu ketuk-ketuk jadikan cincin yang tak bulat lagi Alhamdulillah... Walaupun dah berminggu-minggu rezeki Mak Tok nak jumpa cincin tu. (Mungkin masa cari dulu Aina mencari dengan emosi Allah tutup pintu hati). Balik sebelum ini Mak Tok lupa nak bagi dan dia nak bagi kat cucu jugak tak mau bagi kat Aina.

2. Emas pelaburan yang bagus.

Masa beli cincin ini dulu dalam 5 tahun lepas harganya cuma Rm160 (surat pembelian disertakan sekali oleh Pak Tuan sebagai bukti...hahahaa...). Hari Jumaat lepas semasa berjalan untuk ke SOGO, singgah ke kedai emas di bazaar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Membelek-belek cincin yang di  pamer, hajat dihati nak tukar baru. Susut nilai yang di ambil adalah 20%, nilai selepas di tolak 20% cincin tersebut adalah Rm320 dan ini bermakna cincin itu bernilai Rm400.00 mengikut harga emas semasa iaitu Rm197/gram. Tak sampai hati nak beli, sebentuk cincin sekarang ini harganya Rm900, dulu-dulu dan boleh beli rantai tangan!

Sebulan yang lepas Pak Tuan mengikuti Krusus Persediaan Bersara, sepatutnya diadakan di IPOH berbulan yang lepas tetapi ditangguhkan (Pak Tuan hanya dapat tahu bila sampai IPOH dan dewan sunyi sepi, terdapat juga dua tiga orang yang tercicir info macam dia dan termanggu-manggu kat sana). Mengikut penceramah dari Bank Muamalat seelok-eloknya wang hadiah perkhidmatan dibeli sekeping emas seberat 100 gram sebagai aset beku. Banyak sangat orang sekarang bila dapat duit yang banyak gelap mata. buat rumah besar-besar, beli kereta jugak besar dan guna duit selagi ada. Akhirnya tiada apa yang tinggal untuk menjalani sisa-sisa umur yang ada. Kalau anak-anak boleh diharap tidak mengapa tetapi sejauh mana kita nak mengharap pada anak-anak.

Sebaik-baiknya melaburlah melalui emas fizikal. Buatlah perancangan dan kiraan sewajarnya. Jangan lupa untuk membayar zakat juga.

Moral dari cerita ini. Para suami kalau isteri merengek hendak membeli barang kemas dari emas (916 atau 999), sekiranya keewangan mengizinkan turutkan sahaja. Jangan dianggap ia satu pembaziran tetapi anggaplah ia satu pelaburan.


You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Dulu suami kakcik pernah belikan rantai emas dengan harga RM3K, bila dijual semula harganya meningkat hampir RM10K!. Sekarang kakcik tidak mempunyai seurat emas pun kerana kakcik memang tidak berminat dan tiada pula anak perempuan untuk diwariskan. :)

    BalasPadam
  2. Pelaburan emas baik secara saham mahupun barang amat menguntungkan Aina. Dulu Hongkong Gold Asso. ada offer hubby kakak RM 10K lebih kurang 8 tahun dulu Aina tahu berapa harganya sekarang? 4 kali ganda. Kalau tahu dulu beli banyak-banyak...

    BalasPadam
  3. syarikat swasta dah buat dulu pemberian emas ni

    mcm ibu sy..dapat award khidmat cemerlang...dia dapat seketul emas berbentuk loket..4 segi tepat..dalam 100grm beratnya... :)

    sy pun tergerak nak beli emas...cincin ke...yer la gaji dpt bulan tu...lebur pada benda2 yg tak dapat pulangan...macam beli gajet2..habiskan kat kereta..

    kalau beli emas..ada juga kan hasilnya..huhu.. :)

    BalasPadam
  4. ni tengah kumpul duit nak beli emas la ni~~

    zakat emas berapa kena ha?

    BalasPadam
  5. Nasib baik jumpa balik.....

    Memang emas harganya tka jatuh banyak... tapi lama-kelamaan akan naik juga...

    BalasPadam
  6. betul2 emas adelah pelaburan yg sgt bijak!

    BalasPadam
  7. betul tu melor setuju. dulu masa ayahanda melor meninggal bonda guna emas miliknya untuk besarkan kami. bonda melor ni masa muda2 suka kumpul barang kemas.

    BalasPadam
  8. dan harga emas pun makin meningkat dan meningkat!

    BalasPadam
  9. Aina..acik ni asek menghilang kan barang kemas..nak buat camana kan..hilang tidak disedari..dah 3 kali..malas dah nak beli.

    BalasPadam
  10. CA mcm Kak Cik .... tak minat pakai emas .... tapi masih simpan lagi perhiasan dari hantaran perkahwinan ...

    Nak jual sayang .....

    BalasPadam
  11. huhu.. saya pun ngah kumpul duit nak belai emas ni.. tu leh dijadikan aset untuk masa depan kn :)

    BalasPadam
  12. dan dan nak belikan mamadiana gelang/rantai emas...

    BalasPadam
  13. Salam, kalaulah suami-suami daca perenggan akhir tu.. ah.. bahagianya..jgn lupa singgah blog Che Mid ya.. ada entri wajib baca..

    BalasPadam
  14. betul3..tak rugi beli dan simpan emas..pelaburan yg sangat menguntungkan..melabur kt pasaran emas pun untung jugak :)

    BalasPadam