Ingin Ku Gapai Pelangi - Seni Mengawal Rumahtangga

10:09 PG JunAina 14 Comments

Terlepas siri asal rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 dan hanya sempat megikuti siaran ulangan sahaja pada 28hb-29 Dec jam 12 malam selama sejam. Ustaz kegemaran Aina.

1. Sekufu. Bukan sahaja dari segi harta dan keturunan tetapi merangkumi education level, hobi, minat dan cara hidup. Selepas kahwin akal dan jiwa hendaklah sama, jangan dibiarkan pemikiran jadi berbeza. Contoh yang diberi suami isteri menuntut dan mempunyai kelulusan dibidang yang sama. Akhirnya suami memilih untuk menjadi bisnessman dan isteri menjadi cikgu. Selepas 5 tahun pasti pemikiran akan menjadi berbeza kerana suami sibuk dengan pertemuan-pertemuan bisness yang membuka mata kepada dunia luar sedangkan isteri sibuk di sekolah dan dunia rumahnya. Sebagai penyelesaian suami sepatutnya mengajak isteri untuk masuk ke dunianya berada di dalam lingkungan kehidupan suami dan memahaminya supaya mereka dapat berkongsi cara hidup bersama. Begitu juga suami perlu masuk kedalam dunia isteri.

2. Ilmu. Tingkatkan ilmu rumahtangga bagi suami mahupun isteri. Ilmu bukan sekadar segulung ijazah kerana ilmu berada di mana-mana. Banyakkan membaca. Belajarlah dari pengalaman-pengalaman orang yang terdahulu. Bertanyalah kepada yang lebih arif. Ilmu rumahtangga mempunyai bab yang tersendiri. Mesti mencari orang yang tahu bab ini untuk belajar kerana setiap cerdik pandai mempunyai jurusan yang tersendiri.

3. Merubah sikap, jiwa, attitude.Berusaha dari baik kepada lebih baik dan lebih bagus.

4. Doa. Keberkatan doa adalah penting. Doa dari suami untuk isteri, dari isteri untuk suami dan dari suami-isteri untuk anak-anak. Orang zaman sekarang membesarkan anak-anak dengan makian berbeza dengan orang zaman dahulu yang kuat berdoa. Hidup yang dikelilingi doa, imam doakan anak-anak dan masyarakat sekeliling begitu juga masyarakat jugak berdoa untuk anak. Doa ibubapa untuk anak-anak, doa cikgu untuk anak murid. Mereka dikelilingi doa. Berbeza dengan masyarakat zaman sekarang ibu maki anak, bapa maki anak, waima cikgu pun maki anak murid. Silap sedikit menengking sahaja.

Berbekas di hati.
"Allah menegur melalui ujian. Jadi kita kena menilai dan seterusnya memperbaiki diri kita"

Doa-doa yang mudah.

Al-Fatihah.
Setiap kali sudah sembahyang bacakan Al-Fatihah niatkan untuk dibaca atas nama suami/isteri kemudian berdoalah untuk mereka.

Al-Kauthar 
Amalkan surah ini. Elok dibaca semasa memasak atau semasa membancuh air untuk suami/isteri.

Maksudnya:
(Ni`mat Yang Banyak)
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu ni`mat yang banyak.
Maka dirikanlah solat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah .
Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus .

Lahaula wala quwwata illa billahil aliyyil azim. Mencari kekuatan untuk berbuat sesuatu dan sekiranya kita memang telah buat kita akan mendapat keikhlasan.

Selawat
Membantu kita untuk menahan perasaan dalam mengharungi rumahtangga.

Antara yang dapat dikutip sepanjang kuliah.
1. Quratayun. 
Apa yang menyenangkan hati suami atau isteri. Kena belajar memahami dan penuhi. Jika suami suka kopi bila balik kerja cepat-cepat buatkan kopi. Isteri pula suka manja-manja suami kena penuhi, layan sebaik mungkin.
Quratayun di dunia yang bermanafaat sehingga keakhirat. Contohnya anak-anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya yang telah tiada.

2. Peranan mertua dalam rumahtangga anak-anak.
Sistem tidak adil dalam kehidupan seperti ibu akan protect anak tak kira anak buat salah atau tidak. Ibu yang baik bukan kaunselor yang baik. Takut kita meruntuhkan masjid apabila memberi nasihat yang tidak tepat.

3. Jodoh Lambat.
Islam tidak menolak faktor kemanusiaan. Kita kena ubah sikap. Betulkan cara memandang, betulkan sikap, betulkan akhlak.

4. Malas.
Malas bekerja boleh jatuh hukum haram terutama pada lelaki yang mempunyai tanggungjawab. 

5. Golden Rule
Jaga keharmonian rumahtangga. 
Paling penting tiga perkara untuk suami iaitu makan, pakai dan kehendak batin suami.
Hak isteri pada suami yang perlu di jaga pula ialah nafkah, lisan dan sentuhan. 
Sekiranya suami tidak mampu untuk memberi nafkah pada isteri suami kena minta redza isteri. Kena jelas lafaznya sekiranya isteri sanggup. Akad mesti jelas. Sekiranya menjadi hutang wajib pada suami untuk bayar. Jangan sesuka hati berbelanja diluar kerana takut terambil hak isteri dan anak-anak dan jika kita termakan akan jatuh haram.

6. Jangan bandingkan kebahagiaan rumahtangga kita dengan rumahtangga orang lain. Mereka ada cara sendiri. Redza dan syukur. Perbaiki.

7. Kenali sihir.
Sihir wujud tetapi akan jadi hanya dengan izin Allah. Masuk rumah bagilah salam, syaitan akan tertahan dipintu sahaja tidak dapat memasuki rumah. Bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali sebelum masuk ke rumah.

8. Nabi Muhammad (s.a.w) banyak membaca Al-Quran untuk orang yang masih hidup. Orang yang meninggal bila kita bacakan Al-Quran untuknya hanya akan mendapat pahala tetapi manusia yang masih hidup masih ada peluang untuk berubah.

Huraian di atas hanyalah lahir dari kefahaman Aina sendiri. Ulasan sepenuhnya boleh ke SINI untuk siri satu dan  SINI untuk siri dua.

Photo credit.


You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum Aina

    ikut info ini
    Insyaallah aman rumah tangga

    terima kasih

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Mmm..ada pasangan sekufu, isteri dah jaga baik punya makan pakai suami, anak-anak yang comel tp suami tetap nak cari yg lain...

    Mcm ne tu agaknya?

    =p

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, suatu rancangan Tv yg sangat membantu khususnya untuk santapan rohani di pagi hari jika berpeluang ,jangan lepaskan peluang menonton Tanyalah Ustaz @TV9...

    p/s...Jangan bandingkan kebahagiaan rumahtangga kita dengan rumahtangga orang lain. Mereka ada cara sendiri..LIKE.

    BalasPadam
  4. Ayat al-kauthar itu amat benar kalau rajin diamalkan. Bahkan sewaktu memasak utk kenduri pun Aina jadikan sebagai doa/zikir insya-allah masakan pun jadi sedap, dan kalau bimbang tak kecukupan baca ayat qurisy masa menyenduk makanan utk dihidang insya-allah makanan akan cukup dan sedap...

    BalasPadam
  5. thanx info ni...nanti nak masak kena amalkan surah al-kausar ni....

    BalasPadam
  6. SALAM,
    TKASIH ATAS PERKONGSIAN. KITA JADIKAN AMALAN. HARI INI JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI .. BYK KELEBIHAN DAN AMALAN YG BOLEH KITA LAKUKAN

    BalasPadam
  7. :)

    banyak sungguh ilmu saya dapat dari entri akak ni.

    cuma tinggal time nak praktikkan je. ngeee~

    BalasPadam
  8. thanks berkongsi semua tue..insya allah akan dicuba utk kerukunan rumahtangga

    BalasPadam
  9. insyaAllah..same2 la kite amik contoh yg elok

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...saling ingat mengingati dan saling berpesan

    BalasPadam
  11. SALAM,
    SELAMAT TAHUN BARU. MENDOAKAN KITA SEMUA SENTIASA DLM PERLINDUNGAN ALLAH.

    BalasPadam
  12. assalamualaikum..

    entri yg bagus..renungan yang sgt bermakna... terima aksih byk2

    BalasPadam