Tip Untuk Kurus

9:38 PG JunAina 23 Comments

Tajuk memang tak hengat.
Ada ke tip untuk kurus?
Banyak yang boleh kita baca bila search kat internet. Macam-macam cara. Macam-macam produk. Macam-macam kegilaan kalau orang nak kurus. Sanggup berhabis beribu-ribu ringgit tapi bukan Aina. Ada cerita seorang teman, menantunya sudah tiga tahun lebih tidak menjamah nasi hanya kerana ingin kurus tetapi hasilnya memang berbaloi-baloi.

Rentetan dari entri INI . Suatu hari bawa adik dan abang ke klinik kerana demam. Sementara doktor buat kerja Aina naik atas timbangan dalam bilik doktor. Sah kecelaruan yang dihadapi. Jarum penimbang telah naik melebihi 60. Menakutkan. Tidak. Cuma rasa tidak selesa bila terasa sesuatu menekan di dada. Kepenatan mendaki tangga. Paling ditakuti apabila kemalasan melanda (memang terjadi sejak akhir-akhir ini).

Tiada jalan mudah untuk berjaya. Strategi di atur.
1. Jogging setiap hujung minggu (bukan berlari sangat hanya jalan-jalan keluarkan peluh).
2. Sit-up. Sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Ikut kemampuan (sedang berusaha).
3. Minum banyak air kosong (duduk dalam econ inilah cabaran paling kuat, malas minum air kosong).
4. Kurangkan gula (selama ini pun memang dah terkurang gula)
5. Kurangkan makanan berlemak, seeloknya rebus atau bakar je confirm boleh kurus (seminggu sekali menu kari tetap ada dalam senarai).
6. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan (satu lagi kelemahan).
7. Makan ikut keperluan bukan ikut nafsu (kalau dah pegi makan kat hotel boleh ke sekat-sekat, kat perjumpaan blogger je pun dah tak mampu nak tahan godaan).
8. Mendapatkan sokongan produk untuk menguruskan badan yang banyak terdapat di pasaran (dah dapat).

Tip ini adalah untuk ingatan diri sendiri. Bukan kerana cantik. Bukan takut dipandang sinis. Tidak juga takut di tertawa. Hanya untuk kepuasan diri. Memastikan kesihatan di tahap optima. Bertuah juga kerana Pak Tuan tetap memberi semangat dan sanggup juga menjadi sponsernya.

Montel tak semestinya tak comel. Montel tetap menarik. Montel pasti ada aura tersendiri.


Photo from Mr. Google.

Photo credit

Photo credit .


You Might Also Like

23 ulasan:

  1. nawaitu wajib betul...menjaga apa yang telah Allah kurniakan pada kita dgn sebaiknya...

    kalau dah sakit, yg susah pun bukannya org lain...

    biarlah org nak kata apa, bg akak kecantikan biarpun tak seberapa wajib dijaga, satu ibadah juga...

    yg suka mengutuk tu kurang sehat mindanya..perlu dirawat juga...

    BalasPadam
  2. salam jun,
    kpah tengok jun okay je. takder lah montel.

    BalasPadam
  3. salam... saya mengurangkan makan nasi dan perut yang tinggi telahpun turun.."kencing manis" menjadi pengajaran buat saya.

    BalasPadam
  4. kbetulan! mmg tgh nk kurus skrg ni..isy pening bdn dah mcm kondo...blapis2 haha

    BalasPadam
  5. assalamualaikum...

    sy nak tips utk naikkan berat badan hihihhhhhh

    BalasPadam
  6. wak pon sukak tengok yg ramping hiks2...,, eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

    BalasPadam
  7. kurus sangat pun tak comelkan..

    BalasPadam
  8. betul tu. bila kita dah start mengah2 naik tangga (erk saye la tu), sila la berkurus skang. xtau la ngape sejak kawen nie, mendadak plak la berat nie naik. hehehe tp still kena jaga makan juga dan exercise sket pasal takut ada penyakit pula :)

    BalasPadam
  9. takut obese tanpa disedari sebenarnya. bila dah bam bam ni banyak penyakit yg sudi datang ;)

    BalasPadam
  10. azam ayu nak kurus dah terlaksana

    betul kata aina, untuk kepuasan dari segi kita rasa puas sebab kita bertenaga dan melakukan apa2 aktiviti

    dulu, ayu pernah gemuk.. sampai temengah2 nak berjalan

    BalasPadam
  11. saya dah kurus kak!!!
    jiwa kacau... :(

    BalasPadam
  12. saya nak kurus juga! hehe..
    kalau malas jogging boleh skipping..hehe

    BalasPadam
  13. Kakak pun rasa dah gain banyak. Nak timbang pun takut Aina, tapi dapat rasa bila pakai baju rasa semakin besar hahaha....

    BalasPadam
  14. minum air kosong...tak sanggup asyik gi toilet jerr...

    ain tengok aina ok jer..tak la gemok sangat punn...

    BalasPadam
  15. Senarnya Aina memang tak gemuk (statement tak hengat) cuma nak buang sedikit lemak2 yang dah mula nak bertapa kat perut ni...

    BalasPadam
  16. GB kene masuk dalam list tu rasanya. i montel kan? huhu~

    *

    nampaknya, untuk kurus...kene la kita kurang2kan gathering. heheh!!!

    BalasPadam
  17. lepas bersalin ni badan melor macam di pam2. byk susah ati lol

    BalasPadam
  18. alhamdulillah, saya seorang yg solid..hehe...nak2 tembun bila jd mak org...aduhhhh!!

    fenomena akhir tahun

    BalasPadam
  19. yg penting ada perasaan nak kurus.. tp mmg susahkan nak kurus ...

    BalasPadam
  20. Jun - Nak joging.. taman sunyi sangat.. bahaya..., buat sit up.. pinggang sakit sbb pernah kena langgar motor dari belakang time anak dara dulu, diet makan.. sehari dua je.. pas tu lupa... cam ne ni???

    BalasPadam
  21. Salam Aina,

    saya pun nak jaga berat badan jugak, azam tahun 2012, dan tahun lepas punya...he he

    BalasPadam
  22. saya nie, nak naik badan senang sangat, nak kurus.... teramat lah susah. orang lain pun hadapi masalah macam saya jugak ker?

    BalasPadam