Adat Jawa - Kami Di Sambut Meriah

2:07 PTG JunAina 16 Comments

Masih berkisar tentang majlis yang lepas. Kali ini utusan menghantar pengantin ke Rantau Panjang, Klang pada Ahad 25hb November 2012. Rombongan terdiri dari keluarga terdekat. Tiada dulang hantaran yang dibawa tiada juga bunga telur pengiring rombongan kerana semuanya telah diselesaikan pada hari pernikahan.

Sebelum berangkat. My Pak Long first wife. Sekarang masanya banyak di habiskan di Kuala Lumpur melayan kerenah cucu-cucunya. Pak long? Lagi dua yang jaga.


Sesampanya di rumah pengantin lelaki. Adat mendahuului segalanya. Masih mengekalkan adat Jawa agaknya. Sebelum pengantin melangkah di beri minum dahulu tapi Aina tak pasti air apa yang di kongsi pengantin hari tersebut. Taburan beras kunyit dan bunga rampai mengiringi langkah pengantin.

Silat pelengkap adat. Panas terik. Rombongan kami bergerak ke bawah khemah coz sampai empat orang dok bersilat pengantin hari tu. Phewwww...

Persandingan serba coklat. Sepadan dan serasi pengantin.

Pengantin perempuan memang jenis peramah dan suka senyum. Kebanyakan gambar yang ada boleh dikatakan dia sentiasa sengih je. Berbeza dengan pengantin dulu-dulu yang kalau boleh nak tunduk pandang tanah sahaja.

Bersama kedua ibu-bapa di majlis meraikan mereka di sebelah pihak lelaki. Bapak mengalahkan pengantin!


Anak-anak serta sepupu yang semakin membesar. Tak lama lagi jenuh menyusun kenduri. Masa terlalu pantas berlalu.

Me and my mak cik. Beza umur kami hanya setahun. Geng gaduh kat rumah dan kat sekolah serta geng terjun main keleboq dulu-dulu. Adik mak yang bungsu.

Dua jurugambar tak bertauliah. Hanafi adik pengantin yang bongsu.
Abang sulung pengantin bersama isteri dan tiga anaknya. Express satu tahun satu so muda-muda dah tutup buku. Tabik kat depa very cool layan anak-anak yang masih kecil dan bermacam ragam tu , kalau Aina dah lama kena debik...hikhikhikkk...
Sepupu yang mengiringi pengantin pada hari tersebut. Bertudung hijau dan hitam kedua-duanya anak Pak Long bersama isteri pertama.
Anak menakan. Mimi dan Hakim dah macam ambik gambo kapel.

 Adik ni hensem la. Jom kawen dengan kakak...hahaaa...

Rombongan kami lagi. Tok, Mak Cik, kawan mak cik dan isteri kawan Pak Cik. Walaupun berkerusi roda kami tetap gigih bawak tok sekali kerana ingin dia merasai kemeriahan perkahwinan cucunya.

Entri panjang terakhir untuk edisi perkahwinan Sheila. Semoga rumahtangga mereka berdua akan kekal bahagia sehingga ke nafas yang terakhir. Menjadi suami serta isteri yang sentiasa berpegang pada ajaran Islam. Doa kami sentiasa mengiringi mereka.

16 Rider Beraksi:

Jejak Kaki Ku Di Blog Mu

10:13 PG JunAina 7 Comments

Segmen tambah kenalan di laman maeraismail. Baca-baca, telek-telek syarat yang diberi sangat simple so Aina dengan rela hati menyertainya. Lagipun dah lama tak joint mana-mana segmen. Terima kasih Maera. Jom ramai-ramai tambah kenalan di alam maya ini.

Blog Tuan Punya Segmen. Silalah klik untuk menyertainya.


http://www.maeraismail.com/

Rantaian Segmen.

1.http://indahsutera0605.blogspot.com/
2. http://dia-honey.blogspot.com/
3. http://ciksiputmanis.blogspot.com/
4. http://lamanprincess.blogspot.com/
5. http://wifecombat.blogspot.com/
6. http://2octobersecret.blogspot.com/
7. http://mrsdhya.blogspot.com/
8. http://www.nieyxzha.com/
9. http://creamyshuga.blogspot.com/
10. http://juneaina.blogspot.com/
11. http://www.syuhadasalleh.my/2012/11/segmen-jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
12. http://cikdania.blogspot.com/2012/11/segmen-jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
13. http://nyueyien.blogspot.com/2012/11/jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
14. http://kay-akam.blogspot.com/2012/11/segmen-jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
15. http://myjourneyandestiny.blogspot.com/
16. http://farahijriah.blogspot.com
17. http://meyrajohn.blogspot.com
18. http://pandaiscute90.blogspot.com/
19. http://ieranie80.blogspot.com/
20) http://laramorreno.blogspot.com
21. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/
22. www.mamashikin.com

Senarai akan bersambung mengikut penyertaan segmen di blog Maera.


7 Rider Beraksi:

Keluarga Besar Kami - Kemeriahan Ungu

2:26 PTG JunAina 26 Comments

Meriah majlis berwarna ungu. Entri yang panjang dengan gambar-gambar candid dari compact camera. 18hb November 2012 keluarga besar kami berkumpul di Puncak Alam dengan tema ungu. Meraikan pengantin yang di nikahkan pada malam sebelum itu. Penuh meriah dengan kaum keluarga jauh dan dekat serta sahabat handai. Masih ramai ahli keluarga lain yang hadzir tapi hanya ini yang sempat di snap tambahan pula kamera di ambil alih oleh anak-anak.

 Kalau nak belajar rahsia bahagia kahwin tiga bolehlah cari Pak Lebai dalam gambar. My Pak Long Mat yang datang bersama dua isteri, anak dan cucu-cucunya. Isteri ketiga tidak dapat hadzir kerana kesihatan yang tidak mengizinkan (gambar isteri-isteri dia tak ada pulak).

 Mak cik, tok, Alya, Umi, Emak, Lan (adik ipar).

 Ketiga-tiga gambar di atas adalah tika sama-sama menjamah sarapan pagi di hari meraikan pengantin. Najihah (sepupu), Pak Cik E, Hakim dan Yong (kak sulung). Masing-masing masih keletihan menguruskan malam pernikahan.

Pengantin dalam senyum kebahagiaan. Sama chuby sama padan. Teman sekolah yang akhirnya menjadi teman sebantal. Itulah jodoh yang menjadi rahsia Allah s.w.t.

Bapa pengantin Othman Ali. Berasal dari Kedah dan bertemu jodoh dengan ibu saudaraku.

Ibu saudara kesayangan hamba. Di sini hanya dia tempat mengadu, mengganti emak. Dia umpama emak kedua buat Aina. Tempat mengadu jerih di hati.

 Si musyuk Alya dan uminya. Adik Aina. Si kecil tu tempat kami satu family melepas kasih pada anak kecil. Mama dan abah memang manjakan sangat dia. Sanggup tinggalkan umi dan ayah kerana nak ikut mama dan abah jalan-jalan.

 Sepupu sepapat yang ada.

 Lagi sorang mak cik. Nor Hayat. Family kami memang ramai mak cik mungkin sebab ingatkan anak bungsu nengok-nengok ada lagi.

  Kakak dan adik. Satu saiz. Sikit hari lagi Aina pun jadi cam tu jugak.

 Kesibukan menyambut tetamu juga tandahati dari keluarga pengantin. Sepupu Fatin Nabilah dan my pricess Hayani. Sibuk menyusun cenderahati dan hadiah yg di bawa tetamu.

 Amirul antara orang kuat majlis. Pada keesokan harinya terbang semula ke Sarawak atas tuntutan tugas. Aina selalu mengusiknya sebagai duda terhangat. Jodohnya hanya seketika bersama bekas isterinya. Sebelahnya my anak menakan Syamimi.

majlis menepung tawar
Majlis persandingan yang di serikan lagi dengan acara menepung tawar dari kedua-belah pihak.

 Mak, mak lang Ajalilah dan tok. Sehari selepas majlis mak lang di masukkan ke Hospital Termerloh kerana jangkitan kuman di paru-paru. Demam berpanjangan sejak dua minggu.

 My princess Hayani and little Alya.

Biru. Kakak dan adik.

 Pengantin dengan kek tiga perisa. Paling bawah perisa coklat yang kedua red velvet dan paling atas perisa kopi (lupa sudah).

 Anak dan menantu sulung.

Makanan pada hari tersebut. Pencuci mulut dihidangkan di dalam sampan. Selain nasi ada laksa Perlis, rojak, pelbagai kuih muih dan paling best tapai daun getah. Air pelbagai perisa di sediakan di sudut berlainan. 

  Pelamin nan indah. Buku tamu serta antara door gift pada hari tersebut. Khas buat keluarga terdekat pula ada beg berisi kain batik dan kain pelikat.

Tuan tanah. Memenuhi tema warna.

Majlis sebeginilah antara penyambung silaturrahim bagi keluarga besar kami. Sedaya mungkin masing-masing akan tetap meluangkan waktu untuk menghadirkan diri meraikan tuan rumah dan juga pengantin. Masih utuh ikatan kekeluargaan kami di tika ini. Moga ia akan terus erat sehingga bila-bila. Kekayaan bukanlah jaminan bahagia, hati yang baik jiwa yang bersih dan silaturrahim yang terjaga akan membuat kita sentiasa tersenyum. 

26 Rider Beraksi:

Tautan Dua Jiwa - Dia Terima Nikahnya

9:39 PG JunAina 11 Comments

Keluarga telah mula berkumpul seawal hari Khamis 15hb November 2012 bagi meraikan majlis pernikahan mereka berdua. Aina hanya tiba pada hari Sabtu kerana urusan yang tak dapat di elakkan. Majlis Pernikahan Sheila dan Fendi berlangsung pada sebelah malamnya.


Pelamin pernikahan yang bertemakan merah putih berhias indah di dalam rumah. Persediaan pernikahan yang sedikit lebih kerana inilah satu-satunya anak perempuan emak dan bapa saudara Aina.

Hantaran kedua belah pihak. Bunga-bunga segar terdiri dari kekwa dan mawar menghias dulang dari pihak perempuan kepada pihak lelaki manakala dari pihak lelaki betemakan putih.
Ceq belanja hantaran berhias indah. Dulu-dulu duit tunai masuk dalam album zaman sekarang bagi je sekeping kertas.

Suasana di dalam rumah tika berlangsungnya majlis pernikahan. Di penuhi sanak saudara kedua belah pihak. Ruangan agak terhad. Majlis berlangsung dengan selamatnya. Di mulai tazkirah oleh kadi yang menikahkan mereka. Nasihat dalam melalui alam rumah tangga.

Upacara membatakan air sembahyang setelah sah menjadi suami isteri. Fendi memakaikan gelang tangan sebagai hadiah kepada isteri.

Sheila menyarungkan cincin perkahwinan buat Fendi.

Bergambar bersama kedua ibu-bapa pengantin. Baju kuning dan biru itu adalah emak saudara Aina dan suaminya Rosnani Senapi dan Othman Ali.

Mak dan dua anak perempuan serta cucu-cucunya (tuan tanah nak gak menyelit).

Ketika berlangsungnya majlis akad nikah Aina telah di pertanggungjawabkan untuk menguruskan majlis pada malam tersebut. Tuan rumah telah mengamanahkan untuk menguruskan segala kerja-kerja untuk meraikan tetamu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

11 Rider Beraksi:

Pesanan Dr Zakir Naik

10:40 PG JunAina 13 Comments




Mengutip ilmu disepanjang jalan kehidupan. 
Kecil tetapi amat bermakna di dalam kehidupan kita.
Umpama menghidupkan sunnah Rasul yang tiada batas, pahala mudah tanpa kita sedari.
Berniatlah sekiranya berbuat sesuatu mengikut sunnah rasul nescaya kita akan mendapat pahala. Umpamanya makan dengan tangan kanan. Selain mengucapkan kalimah 'Bismillah...' pasangkan niat di hati kita mengikut sunnah Rasulullah (s.w.t.). In Shaa ALLAH ada ganjaran sedia menanti.


13 Rider Beraksi: