Perkhidmatan Pos Malaysia
Sejak kebelakangan ini saya jarang menggunakan khidmat Pos Malaysia bukan apa kalau dulu khidmat Pos Malaysia sangat perlu untuk menghantar surat. Sekarang tidak lagi bila zaman telah berubah. Email dari sini terus sahaja orang di sana dapat ataupun terus sahaja sms, WhatApps mahupun WeeChat, FB juga dan banyak lagi cara lain boleh di gunakan.
Sesekali ada juga keperluan menggunakan Pos Malaysia bila perlu menghantar barang atau salinan sesuatu dokumen. Sangat menyedihkan bila sampai sahaja sampul surat terdapat kesan buka. Pelik kalau di pos mestilah telah digam sebaik mungkin tetapi kesan bukaannya sangat jelas. Inilah jadinya bila ada antara pekerja yang tidak amanah. Bukan menyalahkan Pos Malaysia tetapi bila terjadi perkara begini pastinya penerima/pengirim sangat kecewa.
Sampul surat ini saya terima dari kiriman seseorang. Mengirimkan buah tangan bila kembalinya dari luar negara menggunakan pos biasa. Gam di penutup sampul surat nampak seperti dikoyak kemudian di letak tape putih sebagai pelekatnya. Mungkin depa ingat di dalam tu ada barang berharga kot. Sekali dulu sama juga menerima kiriman 'FM' dari seorang kawan dengan sampul yang sedikit koyak dan penyambut tetamu tidak mahu mengambil risiko minta saya datang collect cepat-cepat surat saya.
Memang jarang2 sgt dah guna perkhidmatan pos, Jika benarlah...nampak sungguh tidak amanahnya. Tapi bersangka baik ajelah...mungkin terkoyak atau terbuka semasa proses penghantaran atau agihan di lakukan. Alhamdulillah...selamat sampai :)
BalasPadamhaaihh.. mcm2 hal no...
BalasPadamish iye la kak...tu kesan bukak tu....aduh takkan laa pekerja pos malaysia tak amanah kan....mane boleh mcm tu...mereka ni dah kurang integriti la kak....kene buat aduan sewajarnyer...mungkin bukan semua pekerja pos mcm ni, tapi at least bile ade aduan semua pihak akan ambil maklum....
BalasPadamkena buat aduan ni...walau x mahal...tp pemberian dri seseorng tu...mmg amat berharga....
BalasPadamorng pos malaysia ~ sila amanah dan jujur....!
mungkin mereka nak pastikan apa ada dlam sampul tu...berfikiran positif sat ^_^
BalasPadamx sangka ada posmen yg x amanah di malaysia ni..
BalasPadamsaya terpaksa guna pos msia wpn kekdg was2 bl nak htr brg kat customer'-) yg swasta jauh dr rumah
BalasPadamsiap dengan tape putih tu.kecewa dengan orang tak jujur macam ni.better buat post berdaftar agaknya kalau dah mcm ni.
BalasPadamLagi dahsyat Aina bila kawan postkan kita langsung tak dapat. Kakak sedih sebab ada teman blogger kirim sesuatu hingga kini terus tak nampak bayang. Dah berbulan-bulan...
BalasPadamCuba akak email gambar ni ke Bahagian Aduan Pengguna POS Malaysia....saya rasa kalau ramai buat aduan bergambar ( ada bukti),mungkin mereka boleh ambil tindakan drastik ke atas segelintir pekerja mereka yg tak amanah ni
BalasPadamini yang buat kita risau nak guna perkhidmatan mereka ni .
BalasPadamjelas tak amanah la macam nie.. mana boleh bukak sampul surat kita..kenapa akak tak complaint jer.. salah dah tue kak..
BalasPadamSaya setuju gak ngn akak.last week kwn saya antar bungkusan dari perak tapi tak sampai ke tgn saya sebab pos laju tak antar ke umah. And end up,bungkusan tu dihantar semula ke kawan saya (return back),,alangkah terkejutnya dia bungkusan tu telah dibuka.huhu.kawan saya kotak kertas A4 yg besar damm dibalut dgn kertas minyak warna perang.huhu.sedihnya,betapa tak amanah nye diaorg.tapi ini hanya 1 kes je la,biasa2 nye saya guna pos laju ok je
BalasPadamBetullah JA....mmg jarang sangat guna perkhidmatan Pos ni....tp masih perlukan....
BalasPadamAgaknya geram lelama staff pos tu, selalu sgt tgk envelope kembung gitu, nk tau gak apa ke benda dlm sampul....hehe
deqla pun gunakan perkhdmtn pos sejak berblog ni... hihi..
BalasPadam