MyTeksi Diskaun 30%

10:25 PG JunAina 5 Comments

Pejabat saya agak jauh dari LRT serta tiada bas yang lalu di sini, bagi yang menggunakan LRT mereka perlu berjalan agak jauh kira-kira 700 meter hampir-hampir sayu kilometer jugak lah kan. Jadi perkhidmatan teksi memang penting bagi kami yang bekerja di sini sekiranya ada perkara yang perlu diuruskan semasa rehat tengahari. Kebiasaannya teksi yang berwarna biru senang sahaja nak dapat sebab pejabat saya berada bersebelahan dengan Micasa Hotel & Resort tetapi harganya agak mahal berbanding teksi biasa, almaklumlah teksi executive.




Kebanyakan dari kami di pejabat ini biasanya akan telefon untuk booking teksi dan terpaksa menunggu agak lama, kadang-kadang pemandu pula tidak mahu datang ke lokasi kerana kesesakan lalu lintas. Pernah dengar mengenai applikasi MyTeksi? Sekarang kebanyakan dari kami pekerja di bangunan The Icon menggunakan applikasi ini. Memang sangat mudah dan tidak perlu menunggu lama. Hanya request teksi di applikasi  MyTeksi masukkan lokasi dan applikasi akan menunjukkan teksi yang berada berdekatan dengan lokasi kita dan pemandu teksi akan telefon kita. Tidak perlu membuang masa. Cuma kita perlu membayar Rm5 lebih sebagaimana kita book melalui telefon.


MyTeksi memberi diskaun sehingga 30 bagi pengguna Samsung Galaxy dan anda boleh download applikasi MyTeksi serta nikmati diskaun  tersebut. Download applikasi MyTeksi Diskaun 30 Peratus. Mudah lepas tu dapat diskaun pula bukankah itu sangat berbaloi selain kita tak perlu membuang masa menunggu teksi.


Zaman moden semuanya hanya berada dihujung jari, booking teksi di dalam pejabat yang sejuk turun ke bawah teksi sedia menunggu tak perlu berpanas berpeluh melekit atau basah berhujan. Urusan pengangkutan anda akan berjalan dengan lancar tanpa mengaggu mode anda. Teknologi memunungkinkan segalanya. Apa yang penting pastikan data internet telefon anda masih ada dan internet berfungsi dengan baik. Tak rugi pun download applikasi MyTeksi mungkin hari ini kita tak perlukan applikasi ini tetapi mungkin suatu hari kita akan menggunakannya juga. Applikasi MyTeksi memudahkan urusan seharian.



You Might Also Like

5 ulasan:

  1. baru jer download app nie akak.. nanti nak try guna..=D

    BalasPadam
  2. Dekat lebih kurang 3 bulan dah tak gunakan MyTeksi, tetapi diakui yang mana memang mudah menggunakan MyTeksi...

    BalasPadam
  3. lieya penah guna minggu lepas kak....kebetulan driver bos takde...mmg driver lain pun takde so nak tanak kene panggil teksi...mujur okey...leh request jenis mpv tapi rate teksi kereta...puas hati gak le...

    BalasPadam
  4. informasi yg berguna..t,kasih.Mungkin perlu naik teksi bila ke KL bln 10 nanti.

    BalasPadam
  5. thanks for the info aina.. selalu sgt benda ni keluar kat Hp akak.. tp selalu ignored je.. nnt ingat nak pakai lah. heeee

    BalasPadam