Apa nak jawab?

8:06 PTG JunAina 6 Comments

Petang ini dalam kesibukan bekerja tiba-tiba sms berbunyi kat my pinky...dan tertera nama HAYANI my beloved daughter. Buka sahaja sms terkaku aku membacanya...
Hayani bersama si kecil-anak tumpang sanggup tinggalkan umi nak ikut mama berjalan.


Macam mana nak jawab soalan ini agaknya?

Nama mak tok apa? Tentu-tentunya Hazizah, mak sendiri takkan lupa.
Keluarga arwah apa? Nama isteri ayah arwah apa? Ishhkkk...soalan jenis apalah yang anak aku tanya petang-petang macam ni. Sayu saja dengar dalam bedebar-debar.

Terus angkat telefon dan call dia. 
'Kakak tanya apa mama tak fahamlah?'
'Ni hah ada kerja sekolah cikgu nak esok. Isteri kepada bapa arwah nama apa?
Aina pun pening-peninglah nak jawab soalan dia, pelan-pelan susun balik ayat dia. Di hujung sana sudah terdengar suara mendengus, marah agaknya sebab maknya tak faham-faham lagi.
'Ooo...nenek le tu. Namanya Hajah Mariam'
'Abdul Rahman tu bin apa, berapa adik beradik dan nama dia orang?'
'Aaaa...' terngangalah mulut maknya hendak menjawab.

Nukilan Aina: Bila putus kasih dan terputus juga silaturrahim sesama keluarga inilah akibatnya. Anak-anak menjadi mangsa, buta salasilah, tak kenal keturunan. Akukah yang bersalah atau memang inilah takdir anak-anak? Al-fatihah buat Hajah Mariam, Haji Abdul Rahman dan Satmi Abdul Rahman, sejarah dahulu tersimpan jauh di sudut hati tanpa dendam kerana masih ada yang sudi menerima seadanya dan melayari bahagia insyaallah sehingga ke hujung nyawa.

You Might Also Like

6 ulasan:

  1. macam ade something happen je kat famili akak.. xpe akak.. bende lepas jangan kenang sangat ye =)

    BalasPadam
  2. hmm.. susah nak komen. tapi orang kata cincang air tidak akan putus...

    BalasPadam
  3. salam,
    soklan anak2 ni kadang2 buat kita pening memikirkan, apatah lagi nak jawap.. bimbang tersilap sebut pulak... :)

    BalasPadam
  4. Salam kenal K.Aina...

    Budak2 memang x puas hati kalau soklan x berjawab..heheh..
    Putus kasih x bererti silaturahim juga boleh diputuskan kerana darah yang mengalir tetap dari susur galur yg sama... :)

    BalasPadam
  5. kay...

    jodoh pertemuan, ajal dan maut Allah yang tentukan. anak2 hilang kasih kerana kedegilan orang tua tapi sekarang ketiga-tiganya telah tiada.

    k.pah...
    betul tu aina setuju sangat walaupun luka tapi pejamkan mata, biarlah anak-anak kenal asal usulnya.

    BalasPadam
  6. MLD...
    soalan tu kadang-kadang tak terjangkau dek fikiran pun, kata orang soalan cepu mas. ternganga mak nak menjawab, kalau boleh tak nak didik anak2 dengan pandangan2 negatif...

    cik shinju ari-gato guzaimas...hehehee...

    k.aina pun fikir macam tu jugak tapi ada yang tak mahu mengerti, last2 k.aina diam sendiri.

    thanks ya sudi singgah.

    BalasPadam