Nikmat sihat yang di tarik Allah.

1:09 PTG JunAina 13 Comments

Salam ceria semua...

Dua or tiga hari tak sempat nak menjengah ke halaman ini terasa rindu pula, rindu hendak menulis sesuatu di sini walaupun kekadang ianya hanyalah catatan peribadi dan rindu juga pada halaman kengkawan yang tak pernah putus idea untuk menulis. Hari ini hari Jumaat sementara hero-hero kat opis ni pergi bersolat sempat le menjengah sekejap, melepas rindu...

Dalam kesibukan kerja yang tak berpenghujung coz projek ini hanya akan habis pada bulan November dan mungkin akan berpanjangan jugak hingga awal tahun depan, anugerah sihat yang Allah berikan ditarik sementara waktu. Alpa dengan tugasan sehingga mengabaikan kesihatan jadi cik gastrik pun datang menyapa, mengejutkan dan mengingatkan serta memberi isyarat yang badan juga memerlukan rehat.

Sejak tiga hari lepas inilah teman setia, nikmat sihat ditarik bermakna nikmat makan juga telah ditarik. Sekarang hanya bersarapan dengan roti putih dan susu, makan hanya rebus-rebus sahaja seperti sup, ikan kalau dapat bakar tapi biasanya makan ikan goreng. Tiada lagi cili, makanan yang berminyak, bersantan dan berempah. Terasa hambar hidup ini.

Menanti untuk minggu seterusnya, andai keadaan tidak berubah kenalah ambik package percutian kat mana-mana hospital untuk buat rawatan seterusnya. Kerisauan coz tiga tahun lepas doktor dah detact ulser kat perut melalui endoscopy dan dinasihatkan untuk menjalani endoscopy sekali lagi. Siap warning....ULSER...ULSER AKAN JADI KANSER!!

Jagalah kesihatan! Sayangilah diri anda dan keluarga.

You Might Also Like

13 ulasan:

  1. kalau kita lambat makan
    perut masuk angin..
    pastu sakit perut sebelah kanan...
    tu gastrik yer kak?

    =]

    BalasPadam
  2. memang betul akak. saya pun sama jugak dulu. masa di beri kesihatan terlalu lalai dan lupa kepada yang memberi-Nya. kini bila sudah mulai di tarik keistimewaan barulah terasa betapa kerdil dan keciknya kita.

    BalasPadam
  3. salam,

    sakit juga nikmat dari Allah swt juga... semoga cepat sembuh... :)

    BalasPadam
  4. yang tu betul yanie, makan memang kena jaga walau sesibuk mana pun...kalau nak diet kasi kurus pun kena betul caranya jangan tahan makan coz gastrik ini kesan jangka panjang bukan dan-dan tu kena...

    selalunya gastrik melibatkan bahgian ulu hati...

    BalasPadam
  5. eelobor,

    itulah...sepatutnya kita bersyukur dan menjaga nikmat yang Allah berikan tak kira dalam bentuk apa pun...

    sebenarnya sakit adalah peringatan Allah untuk kita...utk lebih mengingatinya...

    BalasPadam
  6. thanks MLD...

    ya nikmat hanya utk org terpilih, supaya kita mensyukuri waktu2 sihat kita...

    BalasPadam
  7. Walau sesibuk mana pun kerja makan tetap pada waktunya,bila perut dah masuk angin ia akan berlarutan menjadi gastrik.

    Mudah2an junAina cepat sembuh.

    BalasPadam
  8. yanie pernah puasa sehari...pastu esok nye yanie pedih ulu hati....

    sakit dier memang tak tahu nak cakap mcm mana....nak bangun pun tak leh...

    =[

    BalasPadam
  9. k.zai...aina sentiasa makan tetapi mungkin agak tidak teratur dan mengambil pemakanan yg salah...

    harap gastrik ini tidak akan berlarutan...

    BalasPadam
  10. yanie...1st time kena memang teruk setiap kali memulas je menggigil tangan menahan sakit...

    kena kali nie sakitnya boleh tahan tapi yg membuatkan tersiksa angin tu menolak ulu hati dan membuatkan pernafasan agak terganggu...

    BalasPadam
  11. Jaga kesihatan ye.. rajin2 mkn ubat ;)

    BalasPadam
  12. as salam jun..jangan lupa jaga kesihatan..
    dulu suami pun doktor pernah bagi tau ulser kronik..
    sampai sekarang tak boleh makan pedas..
    dulu masa selalu sakit..suami minum horlick aje..

    BalasPadam
  13. horlick...nanti aina try. thanks k.erna.

    BalasPadam