Merlimau. Agaknya banyak ke limau kat sana?

10:43 PG JunAina 11 Comments

Merlimau? Jenuh le agaknya makan limau! Hahahaa…tugasan terbaru Pak Tuan makan limau kat Merlimau tapi still nak makan mee bandung Muar jugak dan pekena beriani gam Air Itam yang glamer tu. Pasai tulah tugasan kat Merlimau duduk kat Muar.

Bermulalah edisi merempit sendirian lagi selama hampir dua minggu. Bila dah lama selesa kat belakang terasa peritnya nak merempit sendiri, ishhkkk...banyak sungguh kereta kat KL ni. Jenuh le nak mencilok sana-sini, nak mengelak kereta dan lubang jugak. Jalan raya kat KL ni kereta banyak lubang pun banyak jugak. Kenapa tak bawak kereta? Kalau dengan kereta ceq lagi merana, pukul 7 keluar rumah agaknya pukul 9 sampai opis kot. Jalan Tun Razak tu menyiksakan batinlah, pas tu Jalan Sultan Ismail traffic light dia menyakitkan mata. Lagipun spesis tak tahan jem macam Aina ni tak leh bawak kereta dalam KL kecuali terpaksa.

Balik memalam pulak tu, gerun jugak tetapi tawakkal jelah kita keluar rumah dengan ikhlas nak mencari rezeki. Berserahlah kepada Allah (s.w.t) dan memohon segala kebaikan buat kita. Bukan takutkan apa cuma takutkan orang coz sekarang ni macam-macam perkara dah jadi tambahan perempuan pulak merempit sendirian dari KL ke Kajang takut ada yang berniat jahat. Bab pancit tak risau sangat coz sejak guna rim sport dan guna tayar tiubless jarang-jarang sangat le nak buat perangai. Sebelum tu sebulan pernah 3-4 kali kena. Serik tolak motor kat highway tukar guna rim sport, rabak jugak poket...

Hujung minggu ini ada harapanlah nak pegi makan limau kat Merlimau! Nak soh Pak Tuan booking limau banyak-banyaklah...heheheh...

Nukilan Aina: Buat semua kekngkawan hari ini tak dapatlah nak buat blogwalking, kerja tengah bertimbun lagipun hari sabtu ini tak mau kerja, nak pi makan limau! Petang-petang sikit ceq curi-curi masa na...

You Might Also Like

11 ulasan:

  1. kak tak pe take ur time ok, yang penting harus di beri keutamaan.

    BalasPadam
  2. kuat sungguh pak tuan menjelajah yer. hampir kesemua tempat tuh.

    BalasPadam
  3. Sisa-sisa limau CNY masih ada kot. Pasar malam kakak engok memang masih berlambak-lambak lagi.

    Insya-Allah perjalanan selamat. Tawakkaltu 'alallah....

    p/s: kakak tak dapat buka videonya. something wrong with my pc kot.

    BalasPadam
  4. hahaha... teringt mase chinese new year ari tu.. bnyk giler mkn limau :)

    BalasPadam
  5. Saya pon dh lm x merempit x dpt keizinan dari cik abg..:)

    BalasPadam
  6. maybe dulu2 byk limau kot kat sana tu yer...pelik juga tapi mesti ada sejarahnya yg tersendiri tu.

    BalasPadam
  7. amy akak curik2 juga masa jalan2, tup2 lead kat belakang...wakakaaa...kena tagkap da...

    eelebor...tanggungjawab, kalau ikut hati akak nak aje ikat kaki dia...hahaha...

    BalasPadam
  8. dah lama aina tak pi pasar malam k.zakie, kalau ada pun pi econsave beli barang tak pun pi kedai runcit belakng rumah je...

    topimage...thanks ya sudi2an kat sini. jangan makan banyak2 nanti sakit perut...

    azzey...merempit itu duniaku, jangan pisahkan...cewahhh.

    BalasPadam
  9. buat apa kat Merlimau...terlibat dgn Pilihan Raya eh..? :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    HAIWAN WARNA PELIK

    BalasPadam
  10. nabilah...abg tu bapak polisi so kena jaga bilik gerakan pilihanraya merlimau...oh...sedihnya berjauhan...hahahaa...

    BalasPadam