For Him - Selamat Ulangtahun Kelahiran.
Kesibukan kerja terlalu membataskan waktu untuk keluarga sejak akhir-akhir ini. Anak-anak sudah mula merungut dan membanding-bandingkan dengan si ayah dan umi yang masih ada masa bersantai bersama mereka berbanding mama dan abah yang ada sahaja urusannya. Kekangan tugasan di pejabat juga membuatkan masa untuk anak-anak semakin terbatas. Sejak lepas Hari Raya bermulalah edisi kerja tanpa henti walaupun di hujung minggu. Terasa sangat penat dan letih.
3hb Febuari - masih berkerja dan tugasan hanya dapat diselesaikan pada pukul 6 petang. Hari ini juga hari ulangtahun kelahiran Pak Tuan walaupun sudah banyak angkanya seboleh-bolehnya sebagai isteri keinginan untuk menyediakan sesuatu yang agak istimewa tetap ada. Seusai kerja, bekejar balik ke Kajang dan sempat jugak mencari-cari menu yang senang untuk di sediakan. Memusing setereng kereta ke kedai kek dan berkira-kira seandainya kedai tutup terpaksalah menghala ke Bangi pula. Kedai pertama...tutup, terus ke Pekan Kajang dan alhamdulillah masih ada kedai kek yang buka di cuti Tahun Baru Cina.
Balik ke rumah singgah ke kedai, beli ayam dan bahan-bahan untuk memasak yang paling cepat dan mudah. Sibuk di dapur tuan punya diri entah ke mana, punya urusan di luar agaknya. Selesai memasak dan semua di hidangkan di atas meja cuma menunggu si birthday boy (ahaksss...). Lepas magrib baru terpacul tuan punya diri dengan senyum meleret. Alahai...
Hanya ini yang mampu di sediakan dalam masa tak sampai 2 jam. Ringkas dan mudah, masak sup ayam dan rebus bihun so terhidanglah bihun sup dan sebiji kek dan tak lupa secawan kopi buat Pak Tuan.
Teruja dengan besday kek yang biasa-biasa aje, tak sabar-sabar nak potong dengan permintaan tak nak lilin ye...malu kat anak-anak...hahahaaa...
Semangkuk bihun sup, memang simple tapi habis jugak seperiuk supnya...
Penat memang memenatkan tetapi tidak ada apa yang lebih menggembirakan bila melihat orang-orang yang kita sayang tersenyum gembira tanda terima kasih. Hilang penat hilang letih...hilang segala lelahnya...
Selamat ulang tahun buat pak tuan semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.
BalasPadamBukan masakkan yang istimewa tapi memadai dengan masakkan yang ikhlas dari seorang isteri.