Isteri ikut kekasih

2:17 PTG JunAina 12 Comments

'KUALA LUMPUR: Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya itu.
Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.

Bertindak atas laporan suaminya, wanita itu bersama bekas teman lelakinya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Rabu lalu.
Sumber Jais berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih terbabit gagal membuktikan mereka mempunyai ikatan sah mengikut hukum syarak apabila disoal siasat.'

Laporan penuh rujuk ke sini.

Apa nak jadi dengan dunia sekarang, selalunya kita di suapkan dengan cerita kecurangan suami yang membuatkan isteri menderita. Bersesuaian dengan sifat wanita yang halus, penuh kasih sayang dan kesetiaan jarang-jarang ada wanita yang berbuat onar di belakang suami. Cerita ini memang betul-betul menjatuhkan martabat wanita sebagai isteri dan ibu.

Siapa yang harus disalahkan antara isteri, suami atau facebook.


You Might Also Like

12 ulasan:

  1. hahahaa...betul2...
    paper memang nak tingkatkan jualan dengan cerita2 macam tu...kadang2 jadi macam tak bertanggungjawab pula, buka aib orang...
    tapi wartawan tu kerja...cari rezeki...entahlah...

    BalasPadam
  2. as salam Jun..rasanya..kalau kita dah kahwin..dah bersuami..datang la..segala mala yang lama pun..yang penting jaga nama dan maruah seorang isteri..ingat dosa dan hukuman tuhan..

    BalasPadam
  3. salahnya kerana terlalu mengikut perasaan serta tidak mempunyai keimanan yang kukuh.

    BalasPadam
  4. Aduhhhh.. sungguh malu. Dah ilang ingatan ke aperr...


    *dah tukar kaler ek... sweet pink.




    Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

    BalasPadam
  5. Selamat Ulangtahun Kelahiran AINA, Moga sejahtera selamanya, dan cemerlang dalam kerjaya...

    Bila Mak Tarzan Membebel...

    BalasPadam
  6. setuju ngan zeqzeq....

    berita tak baik mcm tu selalu dihebohkan

    BalasPadam
  7. tooceyyyy...k.azie...
    terasa makin tua walaupun jiwa ini sentiasa rasa muda...hikhikhikkk...

    BalasPadam
  8. k.erna - jun setuju kalau kita buat pertimbangan secara waras semua ini tak akan terjadi...

    al-lavendari - dari mana datangnya iman? hati juga perlu dididik...

    cikgu normah - setuju juga kadang-kadang cerita yg seinci dah jadi sejengkal kadang2 jadi sedepa...

    BalasPadam
  9. macam2 hal berlaku sekarang. tak silap kes nie rentetan daripada cerita kes itu hari yang kecoh pasal penyebaran sms

    BalasPadam
  10. salahkan mark zukenberg tu..sbb dia yg cipta fesbuk ni.. :P

    BalasPadam
  11. salah perempuan itu...

    terlalu mengikut perasaan..tmpa memikirkan baik dan buruknya satu2 tindakkan itu...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BIRTHDAY DD

    BalasPadam