Mentor Vs Protege.
Dalam kesibukan menguruskan kerja rumah yang tak habis dari pagi membawa ke malam hari ,sempat juga le layan-layan tv tapi masa berita tu wajib le tak boleh alih-alih siaran coz mama menggunakan kuasa VETO kalau masa lain tak apa. Tv pulak dah tinggal satu entah bila boleh berganti, mengadap le tv kecil yang dibawa keluar dari bilik belakang bila tv utama rosak. Dah berbulan tapi belum berganti walaupun sudah ada idaman hati.
Sesungguhnya bukan cerita itu yang nak dikongsi. Lepak-lepak yang tak lepak sangat coz masih mencuri-curi masa melipat baju sambil melayan TV3 dan rancangannya adalah MENTOR. Malam tadi mentornya Rahim Maarof, Noh Hujan, Sharifah Aini dan Edry (KRU) juga seperti biasa Ajai akan turut bersama dan berpusu-pusulah remaja-remaja kita berbaris panjang nak menguji bakat (yang hairannya pergi majlis keilmuan tak ada pulak yang sanggup macam tu, yelah berbaris dari pukul 6 pagi!).
Bermacam-macam jugaklah ragam dan gelagat yang dapat kita lihat dan kadang-kadang kita sendiri tak berapa sanggup nak lihat. Kadang-kadang nampak macam memperbodohkan diri sendiri pun ada, apa taknya kita kat luar ini pun naik malu nak tengok gelagat dia orang kat tv. Sampai sanggup menangis, ada yang sanggup jual PS, beremo tak tentu pasal bila tak terpilih, sanggup tidur kat kaki lima, ada pergi dengan harapan ingin mengubah masa depan keluarga. Paling tak tahan bila datang Kuala Lumpur tak ada tambang nak balik dan Ajai pulak bagi duit tambang!
Itulah minat dan kegilaan insan. Sepatutnya bila ingin berbuat sesuatu kena ukurlah baju kat badan sendiri, mampukah kita nak buat. Boleh pergi ke uji bakat tapi pastikan persiapan dibuat dengan rapi jangan main hentam sahaja. Tak salah nak masuk MENTOR atas apa alasan sekalipun tetapi jangan sampai menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling kita semata-mata gila nak jadi artis!
Nukilan Aina : Kalau boleh nak didik anak-anak jangan sangat menyintai dunia hiburan, kalau dapat biar lebih kenal alim ulama tanpa meninggalkan perjalanan dunia. Mampukah kita?
Assalamu'alaikum JunAina,
BalasPadamEntahkan perasan entahkan tidak
remaja kita selalu berasak
tempat ilmuan berkata tidak
kalau hiburan cepatnya bertindak
Betul tu. Kalau pertandingan al-quran berape kerat yg hadir. Dah jadi tak pelik dah pd zaman sekarang.
BalasPadamkebanyakkan remaja skang pilih kerjaya artis sbb membayangkan popular, kaya walhal.. tak semua yg berjaya. kalau di pupuk dr kanak2 lg.. dia membesar dgn apa yg didik la.. skang ni realiti kanak2 dah bersepah. kalau dr kecik dah di dedahkan dgn aktiviti hiburan pentas mcm tu.. dh besar minat dorang susah la nak ubah.
BalasPadambetul tu...memalukan lah..
BalasPadamadakalanya kesian tgk dieorg ni..memperbodohkn diri sendiri... :(
jom ke APA KATA HATI pulak,
BUBUR JAGUNG
yang x ada bakat pun sanggup turun ke kl...yg dtg bukannya dekat2 jauh2 lak tu dtg.
BalasPadambila suruh nyanyi..suara hancur.
k.zakie...begitulah lumrahnya rmaja zaman sekarang, entah salah didikan atau jugak hati sudah tepu dengan dunia hiburan...
BalasPadamyang pastinya setiap ibu bapa menginginkan yg terbaik buat anak-anak cuma jalannya sahaja yg berbeza.
rozie - itulah kekadang hairan majlis ilmu banyak pulak urusan lain tapi kalau bab hiburan sanggup berhujan panas...
tapi kadang2 sebagai insan biasa kita jugak alpa...
LLG - kesiankan bila dibesarkan dalam hiburan sehingga melupakan akhirat dan pada penghujungnya psti ada kekesalan...
BalasPadamnabilah - k.aina tengok dan cakap dgn anak2 bila dah besar sok mama tak nak anak2 mama macam tu, kalau nak menyanyi kat umah je...kat bilik air...hahahaa...
itulah pasal zue, hancus suaranya pun teringin gak. kadang2 kesian tengok MENTOR2nya yang merah padam muka menahan gelak sebab nak jaga hati dia orang...
BalasPadam